Rabu, 9 Ogos 2023

KEISTIMEWAAN VITAMIN E SHAKLEE

Vitamin E adalah sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Ia adalah nutrien yang penting dan membantu memberikan kulit, mata dan otak yang baik, malahan, ia juga penting untuk penglihatan dan sistem pembiakan. Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan oleh fungsi tubuh. 

Tubuh kita memerlukan vitamin E untuk membantu sistem kekebalan tubuh terhadap virus dan bakteria. Vitamin ini juga penting dalam pembentukan sel darah merah dan ia membantu tubuh menggunakan vitamin K. 




10 Manfaat Vitamin E


1. Kulit

Vitamin E tinggi antioksidan dan bagus untuk mengurangkan keradangan kulit. Fungsi ini amat penting kerana keradangan kerap berlaku pada kulit yang berjerawat. Maka, dengan pengambilan Vitamin E, ia akan mengurangkan kemerahan serta kesakitan yang ada pada jerawat seseorang. Kulit juga akan kelihatan lebih muda dengan kebolehan antioksidan serta anti-keradangan ini. 



2. Bibir

Vitamin E memudahkan pengaliran darah dalam salur darah juga menjadikan ia sebagai bahan yang perlu ada pada pelembap bibir atau gincu. Apabila darah mudah mengalir pada bibir, kulit baru akan mudah terhasil menggantikan kulit kering pada bibir. Maka, bibir menjadi lebih lembut dan lembap secara semula jadi. 

3. Rambut

Antioksidan dalam Vitamin E juga mengelakkan kulit kepala menggelupas dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

4. Mengelakkan darah beku

Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan vitamin ini mengelakkan daripada terhasilnya darah beku dan mengurangkan risiko strok serta serangan jantung. Hal ini kerana, ia mempunyai fungsi menghalang daripada darah membeku dalam saluran darah dengan mengganggu salah satu proses pembekuan yang melibatkan bahan platlet.

5. Membantu mengurangkan kadar kehilangan memori

Kajian juga telah mendapati, vitamin E berfungsi mengurangkan kadar keterukan memori kognitif pesakit Alzheimer. Namun, ia tidak boleh memulihkan penyakit tersebut.

6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah

Kajian di Malaysia mendapati vitamin ini dapat mengurangkan kolesterol dalam darah ke atas 15% pesakit kolesterol tinggi yang diuji sepanjang kajian tersebut. Hal ini secara tidak lansung mengurangkan risiko serangan jantung yang menjadi antara punca utama kematian di Malaysia

7. Mengurangkan kadar kerapuhan dan keretakan tulang

Walaupun bukan fungsi utama vitamin ini, namun, vitamin E mempunyai fungsi mengurangkan kadar kerapuhan tulang kerana fungsi antioksidanya. 

8. Membantu membaiki sel otot yang rosak

Fungsi ini amat bermanfaat bagi ahli angkat berat. Terdapat kajian yang mendapati vitamin ini berfungsi merawat sel-sel otot yang rosak. 

9. Memelihara saraf badan

Fungsi ini juga bukanlah fungsi utama vitamin ini. Vitamin lain seperti B3 dan B1 lebih berperanan dalam memastikan kesihatan sel saraf badan terus terpelihara. Namun, vitamin ini memainkan salah satu peranan melindungi struktur dinding sel saraf. 

10.  Meningkatkan kesuburan

Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana bagus untuk meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan wanita. Bagi lelaki, Vitamin E membantu meningkatkan kualiti sperma yang rosak akibat radikal bebas.

Bagi wanita pula, Vitamin E membantu mengekalkan kesihatan rahim seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.


Sumber Vitamin E

Selain pengambilan suplemen, terdapat makanan lain yang mempunyai kandungan Vitamin E.

1. Kuaci

2. Bayam

3. Hazelnut

4. Avocado

5. Kacang tanah

6. Brokoli

7. Labu


Namun, untuk mendapatkan 400IU Vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas

  • 1kg biji gandum
  • 500ml minyak safflower
  • 8kg bayam
  • 500g badam

Tips memilih Vitamin E yang terbaik

Sebelum memilih suplemen vitamin E, mari kita rujuk garis panduan memilih supplemen vitamin E yang terbaik dari hasil penulisan Dr Bruce Miller : 

  1. Paling penting pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan).
  2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
  3. Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.
Selenium adalah mineral yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh, menjaga metabolisme dan fungsi tiroid, serta melawan radikal bebas dalam tubuh. Selenium tidak dihasilkan oleh tubuh, tetapi bisa diperoleh dari makanan atau suplemen.

Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? 

Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia (tidak dapat diserap tubuh sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan toksik sekaligus mewujudkan sel-sel abnormal dalam tubuh badan). 


Keistimewaan Vitamin E Shaklee

  1. 1. Sumber semulajadi yang terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate.

  2. 2. Mengandungi 10 mg Selenium

  3. 3. Lengkap sekali dengan Grape seed extract 

  4. Kelebihan Grape Seed Extract
    • Mengikut kajian saintifik grape seed extract terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkn secara konsisten.

    Kelebihan lain Grape seed extract :
  • Menguatkan sistem imun badan
  • Menurunkan paras kolestrol
  • Menghalang pembentukan darah beku
  • Melegakan masalah berpunca daripada urat timbul serta
  • Merencat pembengkakan dan keradangan.
  • Melambatkan penuaan
  • Grape seed extract mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.

Hubungi kakzaf untuk maklumat lanjut tentang Vitamin E atau mana-mana produk Shaklee, penyertaan ahli dan juga harga istimewa bagi produk Shaklee.

Click here
















Jumaat, 28 Julai 2023

PERCUTIAN MEWAH BERSAMA SHAKLEE






Shaklee memberi 3 jenis insentif kepada para pengedarnya yang layak iaitu Cash Bonus, Bonus Kereta dan Convention Trip.

Hari ni Kakzaf nak fokus kepada Convention Trip yang disediakan oleh Shaklee kepada Pengedarnya yang layak. Shaklee mengiktiraf Para Pemimpin yang telah menunjukkan contoh kepimpinan dalam membina perniagaan Shaklee secara konsisten dan berkembang. Setiap tahun, Shaklee manganjurkan bukan satu tetapi DUA Lawatan Insentif – Antarabangsa dan Serantau untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada para Pemimpin Perniagaan untuk mencapai sesuatu yang melebihi jangkauan keperluan Asas Pelan Pampasan Shaklee. Shaklee telah membawa lebih daripada 4800 Pengedar Bebas Shaklee (SID) ke 20 negara seluruh dunia, merasai keunikan budaya, meneroka bandar purba, merasai makanan lazat serta mencipta memori yang tidak dapat dilupakan untuk dikongsikan dengan orang di sekeliling mereka.



Setiap trip percutian yang Shaklee anjurkan adalah PERCUMA.  Sepenuhnya PERCUMA. Even duit poket untuk shopping pun Shaklee bagi tau. Terasa penat lelah kita dalam bisnes dihargai sangat dengan ganjaran sebegini. Trip MEWAH dan PERCUMA tentunya idaman semua orang kan.


Selain itu, Shaklee juga berikan lugage percuma kepada semua leader yang layak sertai Percutian bersama Shaklee ini. Kalau suami isteri layak join trip ni, dedua dapat lugage sorang satu. Best kan?




Shaklee juga memberikan layanan VVIP kepada semua yang join trip Shaklee ni. Contohnya semasa di airport mahupun ketika tiba di destinasi nanti, kita tak perlu fikir pun nak handle lugage ataupun risau lugage hilang ke, Shaklee sediakan lugage service dari airport hinggalah ke bilik hotel. 



Hotel penginapan buat semua pengedar yang layak juga bertaraf 5 bintang. Bukan hotel-hotel biasa. Semuanya eksklusif.



Setiap trip yang dianjurkan oleh Shaklee dirancang dengan teliti agar semua pengedar yang layak dapat melalui dan merasai keindahan dan keistimewaan sesuatu destinasi tersebut.

Contohnya ketika trip ke Jepun dahulu, semua qualifier diberi peluang untuk memakai kimono bagi menghayati gaya hidup dan budaya penduduk tempatan. Semua qualifier tentunya gembira dan teruja merasai pengalaman baru yang sangat berharga.





 Selain layanan istimewa, Shaklee juga sediakan surprise dan hadiah seperti doorgift eksklusif buat semua qualifier. Menggambarkan perasaan ketika dapat hadiah dan surprise daripada Shaklee pun dah buat kita teruja. Apatah lagi bagi yang menerimanya kan. Tentunya lebih bahagia. 

Bagi tahun 2024, Shaklee akan taja trip ke Jepun untuk International Trip dan Royal Carribean Cruise (Singapore - Penang - Phuket) bagi Regional Trip serta Trip Umrah. 
Jadi amat berbaloi untuk kita kerja keras capai target kita kerana ganjaran yang Shaklee janjikan sangat berbaloi untuk dinikmati. 

Kalau korang pun nak merasa join percutian Shaklee yang best ni, syarat pertama tentulah perlu jadi ahli Shaklee dahulu.

Jadi, meh klik sini untuk join.







Selasa, 25 Julai 2023

7 TIPS TRAVEL DENGAN LEBIH TENANG DAN GEMBIRA

Siapa suka travel? Mesti ramai yang suka travel kan?

Menurut tinjauan yang dibuat oleh Visa, daripada 10 orang rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk melancong di dalam negara. Manakala yang selebihnya sedang merancang untuk melancong di luar negara.


Jadi kalini, Kakzaf nak kongsi 7 tips travel yang dapat membantu korang menikmati perjalanan yang lebih baik.


1. Rancang perjalanan anda

Sebelum travel, pastikan anda rancang perjalanan anda dengan teliti termasuklahh destinasi, kemudahan, pengangkutan dan aktiviti yang ingin dilakukan. Ini akan membantu melancarkan lagi perjalanan anda. Sediakan itinerary lengkap dan kongsikan kepada semua geng travel korang.

Contoh Itinerary

2. Cara packing baju untuk jimat ruang

Bila travel, mestilah banyak baju yang nak dibawa kan? Tapi susah nak bawak beg banyak-banyak kan?
Meh kakzaf share satu cara packing baju yang paling efektif.



sumber : Travel Noire

3. Insurans Perjalanan


Selalu pertimbangkan untuk memiliki insurans perjalanan yang meliputi kesihatan, kehilangan bagasi dan pembatalan perjalanan. ini boleh menjadikan korang lebih tenang jika terjadi perkara luar jangka.

4. Bawa Dokumen Penting

Dokumen penting seperti Kad Pengenalan, Pasport, Visa (jika diperlukan), tiket kapal terbang, resit tempahan hotel dan dokumen-dokumen lain hendaklah dibawa. Buat Checlist jika takot tertinggal. Simpan juga version digital yang telah discan di dalam hp sebagai back up.

Dokumen Penting


5. Sediakan Kudapan

Ketika travel ke luar negara khususnya, waktu makan korang mungkin berbeza dengan negara tersebut. Dengan kudapan akan dapat mengawal rasa lapar. selain itu, bagi yang travel besama anak kecil. kudapan ringan sangat membantu mengelakkan anak-anak tantrum ketika dalam perjalanan.



6. Minum Air Secukupnya

Air sangat penting supaya badan kita kekal hydrate. Kurang air dalam badan juga menyebabkan kita mudah jatuh sakit. Namun, bila banyak minum air buatkan kita kerap ke tandas. 
Penyelesaiannya, Kakzaf cadangkan ambil minuman isotonik tanpa gas dan gula untuk pastikan  badan kekal hidrasi. Bila minum banyak air pasti risau juga kan takut kerap ke tandas. Cara mudah minum air isotonik untuk pastikan badan cukup hidrasi masa travel.

Pilihan sihat boleh minum Performance Drink. Dalam bentuk serbuk mudah dibawa masa melancong. Cukup campur bersama air kosong. Badan cukup air, badan rasa bertenaga tak letih bila berjalan sana sini dan tak keringkan kulit. Best dan sedap juga! Satu keluarga boleh minum.

Ujian klinikal telah membuktikan rumusan eksklusif Performance Drink yang sudah dipatenkan ini akan meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali ganda, memberi tenaga dan memelihara peredaran bendalir dalam badan. Berbanding minuman sukan yang lain, Performance Drink mempunyai lebih 67% oto glikogen (sumber tenaga) dan menyediakan 3 jenis karbohidrat dengan segera.

7.  Bawa ubat dan suplemen

Ubatan penting sebagai langkah berjaga. Contoh boleh bawa ubat demam, sakit kepala, muntah atau mabuk, dan minyak angin.

Ada juga yang turut membawa suplemen. Ini bagi pengamal vitamin boleh bawa mana-mana yang sesuai. Contoh boleh bawa suplemen vitamin C, untuk imun, bersin dan selsema, ostenutrix (ada kalsium + magnesium untuk tulang, sakit badan, tidur lena), multivitamin vitalize untuk cukupkan nutrisi masa travel, herb lax supaya kita kekal lawas. 



Semoga tips-tips ini membantu korang untuk travel dengan smooth dan lancar. Last but not least, jangan lupa ambil banyak gambar untuk kenang-kenangan.

Jika nak dapatkan suplemen Shaklee untuk travel, boleh hubungi Kakzaf untuk tempahan.






Isnin, 17 Julai 2023

TIPS BISNES ONLINE




Dalam era digital kini, ramai yang mengambil peluang untuk memulakan bisnes secara online. 
Dari segi kos dan risko, bisnes online memerlukan kos yang minimal kerana tidak perlu kedai fizikal dan berisiko rendah kerana tidak perlu pegang stok yang banyak. Hanya perlu order mengikut permintaan pelanggan.

Hari ini, bisnes online juga lebih mudah dan berpotensi memberi keuntungan yang lumayan. Rugilah jika kita tidak menumpang arus perubahan ini  kerana hanya bermodalkan smartphone dan internet anda sudah boleh memulakan mana-mana bisnes secara online. 



Jika anda sedang ingin memulakan bisnes online, meh kakzaf nak konsikan 5 tips penting untuk mulakan bisnes online.

1. Personal Branding

Personal Branding adalah satu aktiviti pemasaran bertujuan untuk memperkenal dan membina jenama seseorang.

Bagi orang bisnes, personal branding sangat penting kerana :

  • Memberi kepercayaan terhadap bisnes
  • Membantu meningkatkan jualan dalam jangka masa panjang
  • Menarik minat orang yang ingin berbisnes dengan anda
  • Menarik minat orang untuk bekerja dengan anda
  • Membantu mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap bisnes

Jadi penting untuk kita bina identiti diri bagi membina kepercayaan pelanggan dengan kita dan seterusnya mendapatkan jualan.




2.    Kenal pasti sasaran

Sebelum memulakan bisnes, kaji dahulu sasaran pelanggan ataupun customer avatar bagi produk yang dipilih.
Contoh jika kita memilih bisnes suplemen, target kita mestilah golongan yang ingin meningkatkan kesihatan.
berapakah kelompok umurnya, jantina dan lain-lain lagi.

Dengan adanya kumpulan sasaran yang jelas, memudahkan kita memberi nilai yang golongan tersebut perlukan serta memudahkan kita menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.




3.    Simpan database

Dalam bisnes online, database sangat penting. Database penting untuk kita mendapatkan repeated customer.
Menjaga pelanggan sedia ada adalah lebih mudah berbanding mendapatkan pelanggan baru.

Database juga penting untuk kita mengekalkan hubungan dengan pelanggan dari segi mendapatkan maklumbalas produk dan testimoni.

4. Medium

Bagi bisnes online adalah sangat penting untuk kita mengoptimumkan medium pemasaran kita.

Medium seperti Facebook, Instagram, Tiktok, blog, dan lain-lain lagi haruslah digunakan secara optimum dalam mengembangkan bisnes kita.

Kita juga haruslah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar content dan teknik kita seiring dengan trend semasa.


5. Konsisten


Dalam bisnes online, konsisten adalah perkara paling utama. 
Konsisten dalam mempromosikan produk.
konsisten dalam membina branding.
Konsisten dalam memberi nilai kepad pelanggan.

Sebagai peniaga online, kita mestilah konsisten mengemaskini kedai online kita, facebook, instagram dan lain-lain mestilah sentiasa dikemaskini.
Jiha tiada produk ataupun promo terbaru, update sajaha tentang tips. Ini dapat memberi nilai baru kepada pengunjung.


Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan anda, tetapi berkisar tentang apa usaha anda untuk bangun semula


Ada bahagian yang tidak jelas?

Tinggalkan komen anda, nanti Kakzaf jawab.


Kakzaf sendiri sudah 10 tahun membuat bisnes online.

Jika ada yang berminat nak bersama-sama team kakzaf, ayuh kita bersama-sama.


Zaffeera Zahidan

0125606409 






Jumaat, 14 Julai 2023

KERJA DARI RUMAH

Bekerja dari rumah bukanlah perkara asing pada hari ini.

Semuanya bermula ketika dunia dilanda pandemik Covid-19 pada tahun 2020, rakyat tidak dibenarkan keluar rumah bagi menyekat penularan virus pada ketika itu. 

Sejak itu budaya bekerja dari rumah telah menjadi trend hari ini apabila pejabat moden dan kerja menjadi lebih digital, maka pilihan bekerja dari rumah menjadi lebih popular di kalangan pekerja di seluruh dunia. 

Menurut akhbar BH, sebanyak 81 peratus daripada 1,175 responden bagi tinjauan pendapat secara dalam talian dilakukan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengakui selesa bekerja dari rumah. 

Tinjauan berkenaan turut mendapati 50 peratus daripada keseluruhan responden memilih untuk bekerja beberapa hari di pejabat serta rumah, jika diberi pilihan.

Selain itu, sebanyak 25 peratus memilih untuk terus bekerja dari rumah dan hanya 19 peratus tidak bersetuju dengan cadangan untuk kekal dengan kaedah berkenaan.

Walaupun ramai yang memilih untuk bekerja dari rumah, namun membuat peralihan secara tiba-tiba untuk bekerja di rumah tanpa persiapan agak menakutkan, bahkan mengganggu. Jika anda bersedia untuk menyediakan pejabat di rumah tidak lama lagi dan menjadi pekerja jarak jauh, maka penting untuk anda bermula dengan betul.



Di atas kertas, kelebihan bekerja dari rumah boleh kedengaran bagaikan mimpi. Anda tidak perlu berulang-alik lagi, boleh bekerja sambil memakai baju tidur dan makan tengah hari di mana-mana yang anda suka. Walau bagaimanapun, orang lama bekerja dari rumah tahu bahawa realiti bekerja dari rumah tidaklah sesantai atau seseronok yang dijangkakan. Agak sukar untuk mencari rentak kerja di rumah sama seperti ketika berada di pejabat. 

Fokus kita mudah terganggu dek tangisan anak dan kerja rumah yang tak pernah selesai.

Selain itu, perasaan untuk berehat ketika berada di rumah pasti mengganggu fokus untuk kekal bekerja di rumah.

Walau bagaimanapun, dengan tabiat yang betul, kita boleh memastikan bahawa kita lebih  cemerlang apabila bekerja dari rumah dengan mengasingkan kehidupan kita di rumah.


1. Sediakan jadual dan disiplin

Apabila bekerja dari rumah, cabaran terbesar adalah apabila kita gagal membahagikan masa di antara kerja rumah dan bisnes. Fokus kita mudah terganggu. Jadi sebaiknya kita mempunyai jadual bekerja yang betul untuk menyelesaikan tugasan rumah tangga dan hal bisnes. 

Rancang to-do-list setiap hari dan anggaran masa yang sesuai untuk task tersebut diselesaikan.



2. Sediakan Ruang Bekerja yang Selesa


Ruang kerja yang selesa memainkan peranan penting untuk menaikkan semangat bekerja kita. Jika kita bekerja secara santai di atas katil, memang boleh hanyut ke alam mimpi. Jadi, penting untuk ada ruang kerja sebenar untuk kita lebih fokus dan menaikkan mood bekerja.





3. Pilih Kerja atau Bisnes Online yang Sesuai

Ada yang suri rumah atau dah bekerja pun sekarang ini tetap juga buat bisnes untuk menambah sedikit sebanyak pendapatan. Di sinilah penting untuk memilih bisnes yang sesuai, risiko rendah dan tak perlu keluar duit modal banyak. Betul tak?

Contoh Bisnes Online yang sesuai dan praktikal untuk dilakukan dari rumah ialah Bisnes Shaklee.

Kenapa Bisnes Shaklee sesuai dibuat dari rumah?


1. Modal yang rendah

Modal serendah rm35 sahaja (nilai yuran keahlian Shaklee), anda pula tak perlu membeli minimum order quantity (MOQ). Modal kita hanyalah kegigihan, pengorbanan dan mungkin sedikit modal untuk penggunaan internet (gajet dan talian internet).
Manakala banyak kelas-kelas kebanyakannya percuma sahaja disediakan samada daripada Shaklee mahupun oleh upline kita.
Kalau yang mana nak ada stok sendiri pun boleh buat, ini terpulang kepada modal masing-masing. Kami upline tak pernah memaksa atau menetapkan.


2. Online

Sebagai SID Shaklee, kita hanya perlu order stock mengikut permintaan pelanggan secara online di laman web Shaklee tanpa perlu bersusah payah untuk uruskan postage. Shaklee uruskan semua. Kita klik-klik je kat web tu. mudah sangat kan?

Sebab tu boleh buat dari rumah. Santai-santai je layan customer sambil tidurkan anak.


3. Permintaan tinggi di Malaysia

Korang tau tak, ada survey dibuat mendapati  Vitamin Shaklee ni mendapat permintaan tertinggi di Malaysia berbbanding jenama lain.

Jadi tak perlu risau nak cari customer. Permintaan pasti sentiasa ada.


Suplemen pilhan rakyat Malaysia bagi tahun 2021



Jadi, dah ada keputusan nak buat apa untuk bekerja dari rumah?

Jika Shaklee pilihan hati, jom join team kakzaf untuk kita berjaya bersama.


klik sini untuk join





Jangan segan silu untuk whatsap untuk sebarang keterangan lanjut ye

Zaffeera 0125606409


Khamis, 15 Jun 2023

Testimoni Hamil Bersama Shaklee

 Bismillah

Setiap orang ada pengalaman hamil yang berbeza. Kemanisannya berbeza dan ujiannya juga berbeza.

Ada yang mengalami alahan yang teruk di awal kehamilan. Namun, gembira selepas fasa trimester pertama.

Ada yang diuji alahan yang teruk dari awal mengandung sehinggalah ke saat melahirkan.

Dan ada juga yang tidak mengalami apa-apa alahan dari awal kehamilan hingga bersalin.


5 kali pregnant. Macam-macam cerita. Macam-macam pengalaman.  Rindu tapi cukuplah tu. Hehe



Kisah Kehamilan Pertama

Bagi Kakzaf, setiap kehamilan ada cerita tersendiri.

Semasa kehamilan pertama, Kakzaf masih belum mengenali Shaklee.

Dari awal kehamilan, kakzaf tidaklah mengalami alahan yang teruk. Cuma sekadar kembung perut, perut rasa tidak selesa sampai tak tau perut ni tengah lapar ke kenyang. Sakit perut sebab lapar ke sebab apa ni.

Noob sangat daku zaman mengandung sulung.

Bila tau je hamil, terus cari susu untuk ibu mengandung. Walaupun hakikatnya tak suka minum susu tepung. 

Masa kecik-kecik dulu, Kakzaf boleh muntah kalau mak bagi minum susu tepung. Tak sedap dia tak terkata.

Tapi bila hamil, demi nyawa kecil yang baru wujud tu, ibu gagahkan diri telan susu tepung tu.

Ambil jus delima sebab orang kata jus delima baik untuk ibu dan bayi.

Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Masuk trimester kedua kehamilan, kakzaf dah mula diserang simpul mengkarung atau bahasa mudahnya cramp.

Setiap malam akan kena serang tanpa gagal ye. Walaupun dah minum susu, dah sapu minyak panas sebelum tidur, setiap malam kakzaf tetap kena hadap kaki cramp tu. Sakit dia takyah cerita. Memang sakit!

Kakzaf hadap cramp ni sampai bersalin tau. Memang dok ingat, cramp dan mengandung berpisah tiada. Benda normal.

Lepas tu, tak cukup dengan cramp, sembelit pulak.

Sembelit yang sampai bila nak buang air besar tu, keluar darah semata.

Nak cangkung pun takot tau! Trauma jadinya.


Lepastu masa minggu ke 25 kan kena minum air gula kan. Kakzaf tak lepas pulak. Sangkut GDM pulak.

Masa ni dah start letih. Seminggu berapa hari kena buat BSP. Cek darah 4 kali sehari kat klinik. 4x la dok ulang alik klinik. Nasib la zaman mengandung sulung tu muda lagi. Kalau dah tua, ada yang bertapa je seharian kat klinik tu kot. 

Zaman belum kenal Shaklee memang sadis ye. Bila ada masalah kesihatan tu, macam redha je, takde nak cari solution untuk selesaikan masalah sakit tu.


Kisah kehamilan Kedua

Tapi berbeza sangat bila Kakzaf hamil anak kedua.

Zaman dah kenal Shaklee.

Masha Allah.. memang berbeza betul pengalamannya.

Badan kakzaf ni rasa lebih bertenaga. Jalan laju mengalahkan orang yang tak pregnant.

Lepas tu, benda yang kakzaf dok ingat bila pregnant wajib kena cramp ibarat irama dan lagu, ibarat ombak dengan pantai ternyata salah.

Testimoni Shaklee

Masa pregnant anak kedua, sekali pun KakZaf tak kena cramp tu. Tidur lena sampai pagi. Allah, Allah bahagia sungguh la kalau nak dibandingkan dengan pregnant anak pertama dulu.

Hb pun cantik masa ni.

GDM pun terkawal.

Sembelit pun tak pernah rasa.

Semua elok cantik je.

Pendek kata, ianya satu pengalaman yang indah ketika hamil.


Suplemen Ketika Hamil

Nak tau tak suplemen apa yang KakZaf amalkan sepanjang pregnant anak kedua ni?

Haa ni yang nak cerita ni.

1. Ostenutrix



Ostenutrix ni dulu dikenali sebagai ostematrix. Tablet kalsium yang lengkap dengan magnesium, boron, vitamin D, mangan untuk memastikan penyerapan sepenuhnya kalsium dalam badan kita. Bila ambil Ostenutrix ni kita tak yah risau dos kalsium yang kita ambil cukup ke tak untuk ibu dan baby. In Shaa Allah cukup. Buktinya, Kakzaf dah tak kena cramp lagi sejak amalkan Ostenutrix ni.

Antara fungsi Ostenutrix ialah

✅ Membekalkan kalsium harian kepada ibu dan bayi

✅ Mengatasi masalah buasir dan sembelit

✅ Menguatkan tulang dan gigi ibu dan bayi

✅ Membantu untuk tidur yang berkualiti

✅ Membantu mengatasi masalah cramp/ kejang kaki/ simpul biawak/ tarik mengakarung

✅ Melegakan sakit dan lenguh-lenguh otot dan sendi


2. B Complex



B complex mengandungi 6 jenis vitamin B yang lengkap termasuk asid folik yang bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan

✅ Menukarkan gula kepada tenang

✅ Memberi tenaga dan stamina kepada ibu

✅ Mengandungi asid folic yang penting bagi mengelakkan risiko kecacatan tube neural kepada bayi

✅ Mengawal stress ibu dan menjadikan ibu lebih tenang

✅ Menguatkan rahim

✅ Mengelakkan risiko depression selepas bersalin


3.  Vitalea 



✅ Membekalkan zat besi kepada ibu dan bayi

✅ Membantu pembentukan sel darah merah

✅ Mengurangkan risiko anemia/hb low

✅ Melengkapkan nutrisi ibu dan bayi

✅ Elak dari mudah pitam dan letih

✅ Menyokong perkembangan bayi


4. Vitamin C




✅ Meningkatkan dan menguatkan imun badan

✅ Mengatasi masalah gusi berdarah

✅ Sebagai antioksida bagi ibu mengandung

✅ Bantu memaksimumkan penyerapan zat besi

✅ Membantu masalah kulit semasa hamil


5. Omega Guard




✅ Mengandungi Omega-3, DHA dan EPA untuk menyokong perkembangan mata, otak dan organ penting bayi

✅ Sebagai anti-radang

✅ Menyokong sistem saraf ibu dan bayi

✅ Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang

✅ Membantu melindungi dan menguatkan imun dan bayi

✅ Membantu mengawal paras gula dan kolesterol.

✅ Mengawal berat badan semasa dan selepas hami


6. Energy Soy Protein (ESP)




✅ Sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting

✅ Membantu menguatkan rahim ibu

✅ Bantu kurangkan risiko GDM ketika hamil

✅ Sebagai sumber tenaga tambahan

✅ Untuk kulit ibu dan bayi yang cantik

✅ Membantu kawal berat badan dari naik mendadak

✅ Membantu melegakan masalag gastrik

✅ Membantu mengurangkan kolesterol



Semua ni memang Kakzaf ambil dengan konsisten masa pegnancy kedua sebab kakzaf trauma sangat dengan pengalaman yang menyeksakan masa hamil anak pertama dulu. 

Alhamdulillah hasilnya memang berbaloi.

Dari awal kehamilan tu badan memang tak meragam banyak. Nafsu pun tak teringin yang pelik-pelik. bersalin pun smooth sebab badan kita sihat kan. Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah jua.


Jadi korang, kalau nak kakzaf bantu korang dengan journey yang baru untuk kehamilan korang, meh roger kakzaf.


In Shaa Allah, kakzaf akan guide sebaiknya supaya korang pun dapat pengalaman indah macam yang kakzaf pernah rasa.


Till then, see you again ya.