Rabu, 9 Ogos 2023

KEISTIMEWAAN VITAMIN E SHAKLEE

Vitamin E adalah sejenis vitamin yang larut dalam lemak. Ia adalah nutrien yang penting dan membantu memberikan kulit, mata dan otak yang baik, malahan, ia juga penting untuk penglihatan dan sistem pembiakan. Vitamin E adalah vitamin penting yang diperlukan oleh fungsi tubuh. 

Tubuh kita memerlukan vitamin E untuk membantu sistem kekebalan tubuh terhadap virus dan bakteria. Vitamin ini juga penting dalam pembentukan sel darah merah dan ia membantu tubuh menggunakan vitamin K. 




10 Manfaat Vitamin E


1. Kulit

Vitamin E tinggi antioksidan dan bagus untuk mengurangkan keradangan kulit. Fungsi ini amat penting kerana keradangan kerap berlaku pada kulit yang berjerawat. Maka, dengan pengambilan Vitamin E, ia akan mengurangkan kemerahan serta kesakitan yang ada pada jerawat seseorang. Kulit juga akan kelihatan lebih muda dengan kebolehan antioksidan serta anti-keradangan ini. 



2. Bibir

Vitamin E memudahkan pengaliran darah dalam salur darah juga menjadikan ia sebagai bahan yang perlu ada pada pelembap bibir atau gincu. Apabila darah mudah mengalir pada bibir, kulit baru akan mudah terhasil menggantikan kulit kering pada bibir. Maka, bibir menjadi lebih lembut dan lembap secara semula jadi. 

3. Rambut

Antioksidan dalam Vitamin E juga mengelakkan kulit kepala menggelupas dan menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat.

4. Mengelakkan darah beku

Terdapat kajian yang dijalankan telah membuktikan vitamin ini mengelakkan daripada terhasilnya darah beku dan mengurangkan risiko strok serta serangan jantung. Hal ini kerana, ia mempunyai fungsi menghalang daripada darah membeku dalam saluran darah dengan mengganggu salah satu proses pembekuan yang melibatkan bahan platlet.

5. Membantu mengurangkan kadar kehilangan memori

Kajian juga telah mendapati, vitamin E berfungsi mengurangkan kadar keterukan memori kognitif pesakit Alzheimer. Namun, ia tidak boleh memulihkan penyakit tersebut.

6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah

Kajian di Malaysia mendapati vitamin ini dapat mengurangkan kolesterol dalam darah ke atas 15% pesakit kolesterol tinggi yang diuji sepanjang kajian tersebut. Hal ini secara tidak lansung mengurangkan risiko serangan jantung yang menjadi antara punca utama kematian di Malaysia

7. Mengurangkan kadar kerapuhan dan keretakan tulang

Walaupun bukan fungsi utama vitamin ini, namun, vitamin E mempunyai fungsi mengurangkan kadar kerapuhan tulang kerana fungsi antioksidanya. 

8. Membantu membaiki sel otot yang rosak

Fungsi ini amat bermanfaat bagi ahli angkat berat. Terdapat kajian yang mendapati vitamin ini berfungsi merawat sel-sel otot yang rosak. 

9. Memelihara saraf badan

Fungsi ini juga bukanlah fungsi utama vitamin ini. Vitamin lain seperti B3 dan B1 lebih berperanan dalam memastikan kesihatan sel saraf badan terus terpelihara. Namun, vitamin ini memainkan salah satu peranan melindungi struktur dinding sel saraf. 

10.  Meningkatkan kesuburan

Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana bagus untuk meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan wanita. Bagi lelaki, Vitamin E membantu meningkatkan kualiti sperma yang rosak akibat radikal bebas.

Bagi wanita pula, Vitamin E membantu mengekalkan kesihatan rahim seterusnya meningkatkan peluang untuk hamil.


Sumber Vitamin E

Selain pengambilan suplemen, terdapat makanan lain yang mempunyai kandungan Vitamin E.

1. Kuaci

2. Bayam

3. Hazelnut

4. Avocado

5. Kacang tanah

6. Brokoli

7. Labu


Namun, untuk mendapatkan 400IU Vitamin E, seseorang perlu mengambil makanan berikut untuk sel-sel sihat melawan radikal bebas

  • 1kg biji gandum
  • 500ml minyak safflower
  • 8kg bayam
  • 500g badam

Tips memilih Vitamin E yang terbaik

Sebelum memilih suplemen vitamin E, mari kita rujuk garis panduan memilih supplemen vitamin E yang terbaik dari hasil penulisan Dr Bruce Miller : 

  1. Paling penting pastikan Vitamin E dari sumber semulajadi (lihat pada label, ada huruf d kecil (d-alfa-tocoferol). Jika ada huruf ‘l’ atau ‘dl’ menunjukkan ia daripada sumber kimia atau tiruan).
  2. Cari perkataan mixed tocopherol dalam label.
  3. Pilih vitamin E yang ada kandungan selenium.
Selenium adalah mineral yang bermanfaat untuk meningkatkan daya tahan tubuh, menjaga metabolisme dan fungsi tiroid, serta melawan radikal bebas dalam tubuh. Selenium tidak dihasilkan oleh tubuh, tetapi bisa diperoleh dari makanan atau suplemen.

Kenapa perlu pilih bahan dari sumber semulajadi? 

Ini kerana ia lebih baik dan lebih mudah diserap badan berbanding sumber tiruan atau kimia (tidak dapat diserap tubuh sepenuhnya dan ini boleh menyebabkan toksik sekaligus mewujudkan sel-sel abnormal dalam tubuh badan). 


Keistimewaan Vitamin E Shaklee

  1. 1. Sumber semulajadi yang terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate.

  2. 2. Mengandungi 10 mg Selenium

  3. 3. Lengkap sekali dengan Grape seed extract 

  4. Kelebihan Grape Seed Extract
    • Mengikut kajian saintifik grape seed extract terbukti amat berkesan untuk membantu mengatasi masalah KANSER serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika mengamalkn secara konsisten.

    Kelebihan lain Grape seed extract :
  • Menguatkan sistem imun badan
  • Menurunkan paras kolestrol
  • Menghalang pembentukan darah beku
  • Melegakan masalah berpunca daripada urat timbul serta
  • Merencat pembengkakan dan keradangan.
  • Melambatkan penuaan
  • Grape seed extract mengandungi pelbagai khasiat kesihatan iaitu protien, lipid, karbohidrat dan polifenol.

Hubungi kakzaf untuk maklumat lanjut tentang Vitamin E atau mana-mana produk Shaklee, penyertaan ahli dan juga harga istimewa bagi produk Shaklee.

Click here
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan