Selasa, 13 Oktober 2015

Hye Vitalea

Assalamulaikum WBT

Hye.

Hari ni nak share tentang perkenalan awal saya dengan Incik Vitalea ni...

My Super Vitamin!!!
.
Vitalea with iron formula ni memang kesukaan sebab dia best sangat-sangat!
.
Ini la vitamin yang bantu saya untuk jadi supermom
.
Dulu punca ambil vitalea sebab nak naikkan hb sebab masa dah hujung-hujung pregnant anak kedua, hb macam drop sikit..
So, nak ikhtiar la dengan vitalea n b complex.
Masa tu taktau pun bila makan vitalea badan kita akan rasa segar bertenaga, sihat, cergas.
Cumanya yang jadi tersedar tu, bila ter skip vitalea, badan rasa penat je..letih je..rasa macam lepas maghrib tu, terus nak tidur je..
Tapi bila ambil vitalea tu, tak rasa macam orang pregnant pun..segar bugar..hb pun meningkat.
.
Start tu yang fallin' in love sangat dengan vitalea ni.
.
Masa dalam pantang pun tak pernah missed! Hasilnya memang superb!!
Walaupun anak kerap jaga malam, tapi saya maintain je siang tu.. Tak tidur siang pun n i'm a happy mommy!! Sebab badan tak penat dan tak stress.. so, happy la kann~~
.
Sekarang bila anak dah makin membesar, perlu perhatian lebih. Rumah nak kena jaga, anak lagi.. So, vitalea ni memang sangat membantu.
Kalau tak ambil ni, memang lepas maghrib, dah selamat bermimpi punya..
Takdan nak setel kerja rumah. Apatah lagi melayan anak-anak..
.
 Tq Allah ketemukan dengan vitalea ni..
Tq vitalea.. U help me a lot!!
.

Sebelum tu meh nak cerita serba sedikit tentang Vitalea ni..

Vitalea merupakan Multivitamin yang pertama dicipta di dunia oleh Dr. Forrest C.Shaklee dan sekarang ni vitalea telahpun berusia 100 tahun. Hebat kan?
dah 100 tahun tapi masih mampu bertahan di pasaran dunia dan mendapat tempat di hati pengguna seluruh dunia.

Vitalea dilengkapi dengan 28 jenis vitamin dan mineral.

Jom kita tengok satu persatu kandungan dan fakta nutrisi yang terdapat dalam VitaLea:
  • Vitamin A - Kesihatan mata, kulit, anti-oksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, system respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat.
  • Vitamin D – Meningkatkan kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis.
  • Vitamin E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut.
  • Vitamin C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah.
  • Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulsert mulut, kesihatan kulit.
  • Vitamin B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan meransang peredaran darah, bantu tumbesaran, masalah keresahan, mabuk laut/darat, mengurangkan petanda herpes zoster.
  • Vitamin B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan.
  • Vitamin B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormone, meransang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migraine, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus.
  • Vitamin B6 – Metabolisma protin, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekajangan, kebas, anemia.
  • Vitamin B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, focus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun.
  • Biotin – Bantu B-kompleks berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambut beruban dan gugur, diabetis, sakit otot, eczema dan keradangan kulit.
  • Vitamin B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotic, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka.
  • Kalsium – Baik untuk tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis / penyakit tulang lembut.
  • Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetis, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu ligament / otot dan meredakan kesakitan akibat atritis, anoreksia.
  • Iodin – Baik untuk tirod, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligament/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan.
  • Zat Besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia.
  • Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetis, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hati dan masalah penghadalamn.
  • Copper – Membantu menukarkan zat besi kepada haemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebangkakan.
  • Zink – Meningkatkan sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda.

"Mencegah lebih baik daripada Merawat"

Bagi saya, Shaklee adalah produk terbaik untuk kita menjaga kesihatan, InsyaAllah dengan mengamalkan produk ini, kita akan merasa kesihatan kita makin baik..


Bulan 10 ni last month untuk grab peluang vitalea FREE tauu...
Jangan lepaskan peluang ni ye..


Untuk konsultasi dan cadangan produk yang terbaik untuk anda, boleh hubungi saya

Zaffeera Zahidan
012-5606409

zaffeerazahidan@gmail.com





Jumaat, 2 Oktober 2015

Papermint Ginger Plus Atasi Alahan dan Mabuk ketika Hamil

Assalamulaikum WBT.

Hye!

Kerenah mengandung setiap orang tak sama kan.. Jangan kata setiap orang, setiap anak pun tak sama..

Ceq ni dulu masa mengandung anak first, alahan tak teruk sangat.. muntah pun kadang-kadang je..tu pun waktu pagi je.. Selera makan..hehe..tak pernah ada istilah tak lalu makan... berselera sentiasa.. itu yang sampai kena GDM tu.. makan tak terkawal... ingatkan masa mengandung boleh makan ikut suka hati.. konon-konon takot teringin nak makan waktu pantang nanti..padahal pantangnya 44hari je pun... gaya makan masa mengandung tu, macam tak dapat makan dah nanti.. Haish!! itu kesilapan yang pertama... gara-gara syok sangat mengandung tanpa alahan..

Masa anak kedua, yang ni survive sikit..sebab sepanjang mengandung, En.Suami jauh... Rezeki anak, suami dapat naik pangkat waktu mengandungkan anak kedua.. Alhamdulillah.. Rezeki...
Kuasa Allah, Dia mudahkan segalanya waktu mengandung anak kedua ni.. Alahan takde sangat.. Tapi dah pandai kawal pemakanan.. Gara-gara takut kena GDM, takut berat naik melampau, takaut kena czer lagi.. Macam-macam la yang ditakuti.. 
And hasilnya memang memuaskan la.. ada GDM tapi terkawal.. jadi saya mampu untuk tunggu tarikh due. kalau tak, minggu ke 38 tu dah kena masuk wad..induce.. serik ooo...
berat badan tak naik sangat la.. dalam 10kg camtu je... masa jiha dulu dekat 18kg kot naik..makan banyak lagi!
Waktu anak kedua ni, punya la best...dah 7 bulan pun boleh pakai baju kurung time single lagi..hehe..memang best la... Masa ni, orang tak perasan pun saya mengandung walaupun dah 7-8 bulan.. nampakk?? bezanyaa..
Hasil penjagaan makan yang baik, saya berjaya melahirkan anak secara normal.. Yeyy!! mission accomplish!! 

Masuk anak yang ketiga ni memang dia manja terlebih... mentang-mentang suami dekat... Dia punya alah, awal-awal dah rasa.. Kembung perut sentiasa.. salah makan sikit, hah, siaplah kau..merana lah kau hari tu... Pening, muntah..semua cukup..pagi petang ada.. balik kerja, melepek jap..huhu..
Nasib la dah kenal shaklee time ni... Nasibla ada papermint ginger.. Nasibla ada penyelamat ni..
kalu tak, jenuh la nak mengadun rumah, suami, dan anak-anak dengan badan melepek sentiasa camni...

haa..meh saya nak kongsi apa kebaikan  PAPERMINT GINGER PLUS yang disayangi ni..
Sekarang ni, diala yang paling wajib ada dalam handbag.. Pergi mana pun sentiasa kena bawa sebab angin ni dia mai tak menentu..
bila dia mai ja, cepat-cepat makan Papermint Ginger ni.. dan dalam tak sedar, perut dah lega.. dah tak loya lagi... Heaven owh!


Papermint ginger plus merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur iaitu :
> daun pudina 
> halia 
> adas 
>cekur manis



Keempat-empat herba ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut dan penghadaman. 

1. Pudina/papermint 

> ia berfungsi utk melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang. > sangat membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. 

2. Halia/ginger

 > melegakan ketidakselesaan prut dan usus, lota, dan mual angin ketika mengandung 

3. Pokok adas (fennal) 

>melegakan sakit perut, kembung perut dan gejala flu. 
> membantu dalam masalah alergi pd saluran usus . 

4. Cekur manis (anise) 

>digunakan oleh orang mesir purba untuk atasi masalah pencernaan, gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
 >meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan 
> memberi perdaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Siapa yang sesuai mengambil Papermint Ginger Plus??


1. Pesakit gastrik 
2. Ibu hamil yang kerap loya dan mual 
3. Ibu berpantang 
4. Orang yang mabuk laut/darat 
5. Orang yang kerap alami sebu 
6. Orang yang nak menikmati makanan tapi badan tak tahan cepat berangin.. Bukan naik angin naa.. . 

Pengalaman saya makan papermint ginger ni memang best sangat!! Kalau sebu ke, perut kembung, loya, mabuk bila naik kereta cepattt sangat lega. Kadang-kadang tak sedar..eh? Dah ok la.. . Yang pernah alami je paham azabnya bila sebu kan..nak buat apa pun tak jadi dah..melepek jela..hehe. . Saya dah temui penyelesaiannya. Anda bagaimana? 

Hubungi saya untuk konsultasi dan tempahan segera...
saya faham derita anda yang mengalami alahan...
Kita bukannya saja nak melepek, penat memanjang..tapi keadaan memaksa.. i feel u... do contact me..so, i can help u.. =)


Zaffeera 
012-5606409


zaffeerazahidan@gmail.com

Khamis, 1 Oktober 2015

Vitamin E

Assalamualaikum WBT.

Hye.

Salam Oktober..

Bulan Birthday En.Suami..hihii

Bulan ni Shaklee bagi promo best sangatttt!!

Beli 1 percuma 1 wehh..



VITA E COMPLEX

Vitamin yang amat sinonim dengan kecantikan kulit..awet muda..dannn vitamin cinta *wink wink*

Apa yang istimewanya Vitamin E Shaklee ni??

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast].


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 
Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.
Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'.

Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Mengapa perlu memilih sumber asli? Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan , ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

Jom kita semak apa fungsi Vitamin E ni pula..

  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi


And yang best vitamin e ni dah ditambah dgn GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya dan tahap powernya berbanding yang dulu



Kebaikan grape seed extract..

  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan





Haa... amacam??
teruja tak dengan kebaikan vitamin E ni??
Best kan?



haa, tengok ni..tengok ni..
J.Lo pun amalkan Vitamin E Shaklee untuk kecantikan tau...so.. what are u waiting for?



Promo Buy 2 get 50% discount ni while stock last aje tau..
Jadi, kena cepat!!
Nanti melepas peluang nak dapat vitamin E dengan harga murah camni..


Untuk konsultasi dan panduan serta maklumat lanjut, boleh terus hubungi saya ye..

Zaffeera
012-5606409

zaffeerazahidan@gmail.com












Rabu, 30 September 2015

My Happy Vitamin!!

Assalamualaikum WBT

Hye.

Harini nak kongsi tentang 1 vitamin yang wajib ambil bila stress!!
.
Akhir-akhir ni saya kerap stress...
Banyak punca yang buat saya stress dan membabitkan orang disekeliling.. kesian orang sekeliling kan...

mungkin saya penat..
mungkin pembawakan ibu mengandung ni buat saya cepat marah, cepat melenting dan menjerumus kepada stress..(hmm..kesian baby..)
mungkin saya minta difahami..
mungkin hormon saya tak stabil..

Apapun puncanya, salah saya juga sebenarnya sebab tak pandai nak kawal stress tu...

Jadi, apa yang kita pelukan untuk kembalikan hormon gembira membuak-buak dikala stress menjelma??

Senang je...

MAKAN B COMPLEX SHAKLEE 2 BIJI..



Insya Allah cepat je boleh rasional balik otak tu..
Takde nak meroyan dah bila stress..hihi
Boleh senyum dengan riang-ria raya lagi haa...

Bagaimana B Complex membantu kita atasi stress??


B Complex terdiri daripada : Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B7, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan kita



  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurangkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B7 - Biotin ~ Vitamin Biotin juga sering dikenali sebagai vitamin H. Ia berperanan sebagai pemecah lemak, protien dan juga karbohidrat yang menjadi bahan bakar digunakan oleh tubuh. 25mcg sehari diperlukan oleh wanita dan 30mcg diperlukan oleh lelaki, manakala bagi wanita hamil dan menyusukan pula memerlukn lebih kurang 30-35mcg sehari Biotin. Kekurangan Biotin menyebabkan rambut gugur, masalah mata merah, pucat, lesu dan kulit bersisik. Sumber untuk mendapatkan Biotin ialah melalui telur, kacang tanah, susu, ikan salmon, oat, tiram dan juga pisang.
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap menjadikan ianya dapat bertindak balas dan memberi kesan yang terbaik kepada tubuh kita.

Disamping itu, sifatnya yang mudah larut menjadikan ianya memberi kesan yang cepat dan optimum.

Anda perlukan sebab lain ke untuk tidak pilih Shaklee??



Hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi terbaik untuk buat anda happy!! ^__^

Zaffeera Zahidan
0125606409

zaffeerazahidan@gmail.com



Jumaat, 18 September 2015

Happy 4th Anniversary!!

Assalamualaikum..

Hye..

Hari ni 18 September 2015..
Tarikh anniversary yang sebenar 16 September..
Dah terlewat 2 hari nak buat post anniversary ni...

Tapi takpe.. kita masih in the mood of anniversary ni kan... =D

Sekejap je 4 tahun dah berlalu..

Dah ada 2 anak
Nombor 3 pun dah on the way ni..hehe
Alhamdulillah..rezeki dari Allah... Syukur sangat-sangat..
Allah mudahkan rezeki kami sekeluarga dalam bab ni.. =')

Saya bersyukur sangat Allah kurniakan saya suami sebaik ini.. sesungguhnya dia lah yang terbaik Allah jadikan untuk saya.. Semoga perkahwinan ini kekal hingga ke jannah.. Aminn

Dialah sahabat..
tempat bergosip..tempat mengadu..kerusi urut pun selalu jugak..hehe..tempat nangis..tempat lepas geram..heheh

Dia lah musuh..
kadang-kadang kena mulut laser dia tu, sampai ke la terasa lagi oii..hahaa..

Terima kasih sebab sentiasa sudi melayan kerenah..
terima kasih kerana menerima diri ini seadanya..

nak cakap depan-depan malu..
hamik kau.. dekat blog kasik ucapan jiwang-jiwang haa...

Last but not least, video sempena anniverary yang keempat..

sebab annivesary di musim jerebu, makanya sepanjang hari dihabiskan untuk buat video ni je sambil berehat di rumah... penat lah kerja dan keluar je sebelum ni...
So, cuti sehari, rehat seharian di rumah..
Heaven!!



Khamis, 16 Julai 2015

Alkisah Esok Nak Raya!!

Assalamualaikum WBT

Hari ni hari terakhir kita berpuasa di bulan Ramadhan.. Ya Allah, semoga ini bukan Ramadhan terakhir buat kami sekeluarga.. Amin..

Ceritanya..
Hari ni dah macam drama swasta punya cerita pun ada...
Punyalah kalot..sedih..stress.. semua ada sebab baju raya TAK SIAP.
Baju tu dah hantar tempah sebelum puasa lagi.. sehari sebelum puasa pun kira sebelum puasa kann..

Tapi pagi tadi, akak taylor tu boleh sms bagitau baju raya den tak siap... bila call, tanya ada kat mana? dia cakap, dah on the way balik kampung.. balik Terenggau..

Uish kak.. kejamnya akak buat saya macam ni.. esok nak raya, akak baru bagitau saya hari ni baju raya saya tak dan siap.. belum usik apa pun lagi.. potong apa pun belum.. memang bikin nangis la akak ni.. huwaaa..

tapi.. bukan nak share kemarahan kat akak tu ke apa..

nak share kebesaran Allah yang Maha Mendengar.. Allah yang Maha Memberi Pertolongan..

Subhanallah.. Walhamdulillah..Allahuakbar..

Dalam dok kalot cari taylor untuk tempah baju raya saya dengan anak.. 3,4 kedai jugak masuk tadi.. semua tak mau terima dah...semua geleng kepala.. ada yang tak layan langsung pun ada..

Sedih.. T_T

Dengan berat hati saya melangkah pergi...
Perjalanan dari Alor Gajah ke Tampin tak mendatangkan hasil...

Macam mana nak raya esok ni.. Kesian kat Jiha takde baju raya.. iskk..iskk..

Tapi sebelum melangkah pergi dari Tampin Square tu, sempat toleh belakang lagi sekali..

Ternampak signboard "Tukang Jahit Lai Kim"

Saya cakap dekat kawan, " Kak Ina, jomla kita try pergi kedai tu..kot-kot ada rezeki.."

Allah Maha Besar.

Aunty tu nak ambil order sebab kerja dia dah siap. Allah. Allah. Allah..

Perasaan gembira tu memang tak terkata.. Allah je yang tahu. Dengan kadar upah yang masih berpatutan la bagi saya..

RM70 dewasa
RM 40 kanak-kanak

Mana taknya, hantar tempah hari ni nak siap hari ni jugak...

Siapa je la yang sanggup kan.. kot ada yang sanggup mesti bukan cenggini harga dia..
Tapi aunty ni baikkk sangat. Memang terus jatuh sayang lah kat aunty ni.

Thank you aunty..
Semoga Allah panjangkan umur aunty.. :')

Terima kasih Allah sebab temukan dengan insan baik macam ni.
Terima kasih Allah sebab permudahkan urusan harini


Itula kisahnya harini..

Memang sepanjang perjalanan tu dok selawat tak berhenti..

baca rabbi yasir wala tuasir rabbi tammim bil khoir tak berhenti..

cepat betol Allah makbulkan..
berkat bulan Ramadhan.. Alhamdulillah..

Now, tak sabar tunggu baju raya siap.. ^___^
Esok nak balik Perak dah.. Yay!!


Selamat Hari Raya Semua..
Maaf Zahir dan Batin.

Semoga semuanya ceria di hari raya =)


Rabu, 15 Julai 2015

WHY I LOVE VITAMIN C TO THE MOON AND BACK??


Tajuk nak omputih.. tak nak kalah..hihi

Assalamualaikum WBT..
Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya dengan Vitamin C Shaklee. 
Suplemen Shaklee yang pertama saya cuba. =)



Saya memang ada masalah lingkaran gelap bawah mata.. sejak bila dah tak ingat..sebab bila sedar, rasanya keadaan mataku dah kritikal...sangat hodoh macam niyang rapik..huhu

Bermacam cara saya cuba..dari tradisional, hinggalah cara moden..dari krim mahal hinggalah ke krim murah..semua tak mendatangkan kesan positif.
Mata saya masih begitu..dengan lingkaran gelap yang semakin bertambah teruk .. bertambah stress jadinya!! Huh!!

Sampai la satu hari saya cuba Vitamin C Shaklee ni.
Tak sampai 2 minggu, saya dah mula rasa perubahan positif.. =)
Best sangat-sangat!!


Lingkaran gelap bawah mata semakin kurang..

Tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata betapa best nya perasaan tu.. Sebab memang dah lama saya cari penyelesaian masalah gelap bawah mata ni. Memang tak pernah terfikir Vitamin C adalah penyelesaiannya.


Yang keduanya, bibir dah tak kering. Yang ni memang kesan yang paling ketara..
Ini pun antara masalah saya sejak dulu.. bibir sangat kering walaupun air kesukaan saya adalah sky juice.

Tak tahu lah apa masalahnya.. tapi memang kering sangat sampaikan bila senyum, bibir merekah dan berdarah. Sampai tak rasa pelik dah kalau ada orang tegur, 
"Zaf, bibir awak luka ek? pecah? berdarah tu.."
Dengan selamba, muka tak beriak saya akan jawab, " oo.. tak de apa la..biasa dah ni.."

Tapi itu kisah dulu la.. Sejak amal Vitamin C ni, bibir pun lembab sentiasa,, Best sangat!
Nak pakai lipstick pun dah takde hal dah.. Yeahh!!


Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah..

Dan sejak tu, sampai sekarang tak pernah missed makan Vitamin C.. 
kalau tak nanti, ada je bibir merekah bila terlebih senyum..
Mata pun dah kalah panda..
Agaknya kalau panda tengok pun dia keliru..aku panda ke dia panda nih?? Hihii

Anda pun menghadapi masalah macam saya?
Meh saya bantu anda untuk kembali cantik dengan mata yang cantik bersinar, wajah yang berseri, dan hidup yang lebih ceria.

Anda boleh hubungi saya untuk order dan konsultasi percuma ^__^

Love,
Zaffeera Zahidan
0125606409

Khamis, 14 Mei 2015

SET SUPLEMEN ASAS

SET SUPLEMEN ASAS



Ini adalah set kesihatan asas yang sangat mampu milik. Terdiri daripada


  • VITALEA
  • B COMPLEX
  • SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS


Ketiga-tiga suplemen ini adalah gabungan terbaik untuk anda yang baru ingin cuba mengamalkan makanan tambahan.

Antara khasiat set ini ialah:


  • menambah tenaga segera
  • menangani stress
  • meningkatkan antibodi diri
  • mencantikkan kulit
  • memelihara kesihatan saraf
  • membantu penyerapan optimum vitamin dan suplemen lain


Saya sendiri memang mengamalkan set ini setiap hari. Hasilnya memang best dibandingkan dengan zaman tak makan suplemen dulu.

Antara kesan ketara yang saya dapat lepas amalkan set ini ialah:

>>Badan semakin segar dan bertenaga. Kalau dulu, lepas maghrib je melepek.. Tidur awal sentiasa.. Tapi sekarang, anak meragam tengah malam pun, esok pergi kerja steady lagi. Best sangat! Tak rasa macam ada anak kecil pun..

>>Dulu saya ada masalah lingkaran bawah mata yang teruk. Dah memang ala-ala mata panda sangat! Walaupun saya tidur awal, sapu krim itu, ini.. Masih tak berkesan. Sampaila bila saya amalkan set asas kesihatan shaklee ni, lingkaran gelap bawah mata saya dah makin berkurangan.

>>Selalunya, angin ribut sering melanda bila saya PMS (Habis bocor rahsia..hehe)
Tapi, sejak saya mengamalkan set ini, emosi saya semakin stabil. Takde lagi dah angin ribut taufan dan segala monsun melanda. Semuanya stabil je. Orang disekeliling pun lebih aman damai..hehe..

Itu testimoni saya sendiri dan sebenarnya banyak lagi testimoni orang di luar sana yang sangat berpuas hati dengan set.
Anda jangan ketinggalan okey..

Rebut peluang waktu ada promosi menarik Mei ini.


Dengan mendaftar ahli pada bulan ini, anda akan mendapat VITALEA SECARA PERCUMA!


Menarik?

Sihat! Jimat! Dan berkesan.


Jom cuba!!

Hubungi saya untuk konsultasi terbaik untuk anda ye..

Till then, thank u for reading.

Love,
Zaffeera
0125606409

Sabtu, 14 Mac 2015

OSTEOMATRIX PENTING UNTUK WANITA

Assalamualaikum..

Semangat berkobar-kobar sebab baru balik dari dengar Health and Wellness Talk Shaklee.
Untung buat Shaklee ni sebab macam ni lah..
Kita dapat sokongan bukan sahaja daripada upline, sideline, downline malah dari company juga. Bersusah-payah Nutrionist Shaklee ni tavel seluruh Malaysia tau untuk sebar ilmu tentang vitamin Shaklee ni dan semestinya kelas tersebut percuma. Tinggal kita ni nak ppergi ke tak je..

Banyak benda yang saya nak kongsi dengan anda semua tentang Kesihatan Wanita hasil daripada talk semalam.

Dalam banyak-banyak tu, Osteomatrix terpilih hari ni.. Bagi saya, setiap perempuan wajib ambil Osteomatrix ni kerana ianya sangat penting bagi mengelakkan osteoporosis apabila usia kian meningkat.

Perbandingan anatara lelaki dan perempuan menunjukkan 80% daripada orang yang mengalami Osteoporosis adalah WANITA. Haaa....jaga-jaga Cik Salmah....

KENAPA WANITA WAJIB DAPAT KALISUM SECUKUPNYA?



1. KERANA WANITA DATANG HAID SETIAP BULAN

Kalsium amat penting untuk membina sel darah merah yang baru. Jika anda tidak membekalkan kalsium yang cukup kepada tubuh badan anda, badan anda akan menyerap kalsium daripada tulang anda untuk membina sel darah merah yang baru. Lama-kelamaan keadaan ini akan menyebakan osteoporosis.

2. KERANA WANITA HAMIL

Apabila hamil, perkembangan bayi dalam kandungan akan memerlukan banyak kalsium. Jika anda tidak membekalkan kalsium yang cukup kepada badan anda untuk tumbesaran bayi dalam kandungan, proses ini akan menyerap kalsium daripada tulang dan gigi ibu. Kesan jangka pendek, ibu akan mengalami lenguh-lenguh anggota badan dan kejang kaki. Manakala kesan jangka panjang pula akan menyebabkan ibu mengalami osteoporosis dam kesihatan gigi turut merosot.

3. KERANA WANITA MENYUSUKAN ANAK

Proses penyusuan juga memerlukan kalsium yang banyak daripada ibu untuk menghasilkan susu. Kekurangan kalsium bukan sahaja akan menyebabkan ibu sakit-sakit badan kerana tulang semakin rapuh akibat kekurangan kalsium sejak mengandung, malah menyebabkan penghasilan susu semakin berkurangan.
Akibatnya bayi anda tidak akan dapat menyusu secara eksklusif akibat ibu kekeringan susu. 


Kesimpulannya, semua yang bergelar wanita perlu membekalkan kalsium yang cukup kepada badan iaitu 1000mg sehari. 
Anda perlu bijak memilih kalsium yang terbaik untuk anda.

Bagi saya, sudah tentu Shaklee menjadi pilihan hati kerna saya yakin dan percaya yang kalsium Shaklee telah mendapat R&D yang terbaik sebelum dihasilkan dan setiap biji ostematrix yang dihasilkan dipantau bagi memastikan kualitinya sentiasa berkesan dan selamat.


Till then, selamat membuat pilihan. Jika anda juga memilih Shaklee, anda boleh membeli daripada saya dengan menghubungi saya di alamat emel : zaffeerazahidan@gmail.com
Atau


0125606409
Zaffeeera
SID YANG KOMITED UNTUK MEMBANTU ANDA

Tq for reading.. XOXO

Selasa, 10 Februari 2015

PMS OH PMS...

Bissmillahirrahmanirrahim..

Assalamulaikum WBT

Hye!!

Isu hari ni isu biasa di kalangan wanita..tak kira dewasa atau remaja memang akan lalui pengalaman PMS ni..bezanya kritikal ke tak je..huhu..serius bebenor bunyi nya.. eh?? tapi memang serius pun.. kalau tak tau, orang akan fikir kau dah buang tebiat ke hape..dah macam meroyan..heh!

PMS atau premenstrual syndrome merupakan himpunan fizikal, mental dan emosi yang berkait rapat dengan haid wanita. Tanda-tanda awal biasanya dialami sejak 5 ke 10 hari sebelum datang haid. Antara gejala PMS ini adalah seperti kemurungan, ketegangan emosi, kejang perut, sakit otot dan sendi, jerawat, cepat lapar, mudah marah, letih, dan banyak lagi... gejala pada setiap orang adalah tidak sama dan tahap kritikal pun tak sama ye.. jangan nak banding-banding lak.. its unfair!
Ada juga yang mengatakan tanda-tanda PMS ni sama macam tanda-tanda awal hamil..
Jadi, kepada yang merancang untuk hamil tu kalau ada tanda-tanda nak datang bulan, jangan lasak sangat ye...boleh ambil langkah berjaga-jaga kot-kot lekat =)

Berbalik kepada tajuk asal..PMS...bagaimana kita nak mengawal ketidakstabilan hormon tu sebab kalau dilihat kepada gejalanya takde yang baik pun...semuanya tak elok je kan..jadi benda yang tak elok, jangan disimpan...

Apa yang boleh diambil bagi mengurangkan atau mengawal PMS?


1. OSTEOMATRIX

  •  Osteomatrix adalah gabungan kalsium+magnesium+vitamin D yang membantu melegakan ketegangan otot ketika PMS. 
  • Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak dapat meringankan sakit ketika haid dan membantu membuang air kecil. 


2. B COMPLEX

  • B complex Shaklee mengandungi 8 kompenen penting vitamin B termasuklah 100% biotin dan asid folik. Kesemua 8 komponen B Complex ini perlu ada pada vitamin B bagi mendapatkan keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna. 
  • Dalam mengatasi PMS, B complex berperanan mengatasi tekanan dengan memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia.
  • B complex amat baik bagi mengatasi masalah senggugut, meredakan kerisauan, keresahan, dan masalah penghadaman.
  • lagi satu, bila PMS melanda kita kan jadi cepat lapar dan makan banyak kan... B complex ni juga akan tolong tukarkan makanan kepada tenaga... jadi masalah cepat letih akan turut diatasi. 



3. GLA COMPLEX

  • GLA Shaklee diekstrak dari borage dan digabungkan dengan minyak sunflower dan Vitamin E. 
  • Manfaat utama GLA Complex ialah menstabilkan hormon jadi dapat memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, dan mood swing.




Untuk penerangan, kosultasi produk cara pengambilan, boleh hubungi saya:

012-5606409

saya amat teruja untuk membantu anda menjadi lebih sihat dan ceria. =)