Khamis, 14 September 2023

SET MENGANDUNG SHAKLEE

 Shaklee bergabung dengan TANAMERA


Wowww

Selepas 2 tahun buat kajian dan penyelidikan untuk memastikan produk yang dihasilkan adalah organik, tiada bahan terlarang, selamat dan terbukti berkesan, akhirnya Shaklee keluarkan juga set hamil dan berpantang yang lengkap dengan minyak-minyak dan mandian herba.

So here we are!

Gabungan suplemen yang mantap dan herba yang selamat untuk wanita mengandung




Apa yang ada dalam set ni?

1.ESP




  • Shaklee menggunakan protein soya yang tidakdiubahsuai secara genetik (Bukan-GMO) di bawah Program Pengekalan Identiti (IPP).
  • Setiap hidangan membekalkan 14 gram protein berasaskan tumbuhan. Protein soya membantu menurunkan paras kolesterol*.
  • Mempunyai skor PDCAAS (Protein Digestibility Corrected Amino Acid Score) 1.0 – penarafan yang tertinggi dan bersamaan dengan skor yang diberikan pada protein haiwan.
  • Membekalkan 9 asid amino.
  • Tinggi dengan kalsium yang membantu perkembangan tulang dan gigi yang kuat.

2. VITALIZE




Setiap hidangan Vita-lize iaitu 2 tablet membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh badan yang sihat, termasuk:

• Vitamin C • Kalsium • Zat besi • Vitamin B • Asid folik

Multivitamin sangat penting dalam melengkapkan nutrisi seharian dalam badan. Kekurangan nutrisi menyebabkan keletihan dan ketidakseimbangan hormon dalam badan. 

Bagi wanita mengandung, Zat Besi yang terdapat dalam Vitalize membantu mencegah anemia semasa hamil.


3. B COMPLEX



B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B lengkap untuk keperluan ibu dan bayi.

  •  B-1 (Thamine) – Memainkan peranan dalam perkembangan otak bayi.
  • B-2 (Riboflavin) – Memastikan mata sentiasa sihat dan kulit sentiasa segar.
  • B-3 (niacin) – Perbaiki sistem penghadaman dan dapat kurangkan risiko berlaku alahan semasa mengandung ‘morning sickness’ dan loya.
  • B-5 (pantothenic acid) – Bantu hasilkan hormon hamil dan elakkan berlaku kekejangan kaki
  • B-6 (pyridoxine) – Memainkan peranan besar dalam otak bayi dan perkembangan sistem saraf (nervous system)
  • B-7 (biotin) – Proses hamil biasanya akan mengurangkan kadar biotin, jadi ibu hamil perlu tingkatkan kadar biotin dengan mengambil B Complex.
  • B-9 (folic acid) – mengurangkan kadar kebarangkalina berlakunya kecacatan bayi
  • B-12 (Cobalamin) – Bantu dalam mengekalkan kesihatan tulang belakang ibu dan bayi dalam kandungan serta sistem saraf pusat.

4. OSTENUTRIX




OsteNutrix diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting untuk membantu membina ketumpatan tulang :

  • Kalsium
  • Vitamin D3
  • Magnesium
  • Zink
  • Kuprum
  • Mangan
  • Boron


5. SMOOTH TUMMY OIL




Smooth Tummy Oil dihasilkan daripada gabungan :

Minyak Kelapa Dara 

  • Asid laurik -Meningkatkan pengeluaran kolagen dan melembabkan kulit
  • Antioksida - Mengurangkan keradangan 
  • Antibakteria - Mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan kegatalan yang disebabkan oleh rekahan kulit

Gula Tebu Skualen

  • Emolien semulajadi yang melembabkan kulit
  • Meningkatkan keanjalan kulit

  • Ringan dan tidak komodegenik - tidak menyumbat liang pori sesuai untuk semua jenis kulit

Minyak Halia Bentong

  • Kaya antioksidan untuk melindungi kulit daripada kerosakan
  • Anti-radang - sesuai untuk kulit sensitif
  • Anti-bakteria dan anti-mikrob - menguruskan jerawat dan jangkitan pada kulit
  • Sebagai minyak pati - penghidratan kulit dan keselesaaan


6. RELAXING MAGNESIUM GEL




Minyak Magnesium

  • Magnesium - tenangkan otot dan fungsi saraf
  • Minyak magnesium  - melembabkan secara mendalam dan kulit berseri
  • Pelembab yang berkesan - Hidrasi optimum

Minyak Lavender Asli

  • Linalool semulajadi - aroma dan kesan menenangkan
  • Aromaterapi - menggalakkan tidur nyenyak, mengurangkan tekanan, sakit kepala dan migrain
  • Antiseptik, antimikrob - berkesan dalam penyembuhan luka

Minyak Halia Bentong

  • Gingerol - memberi bau yang berpotensi untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan
  • Minyak pati - menghidrat kulit


Korang, walaupun Shaklee bergabung dengan Tanamera ni, tapi Tanamera memang keluarkan 2 jenis minyak ni khas untuk Shaklee tau. R&D yang diorang buat pun khas untuk Shaklee je.

Jadi herba dari Tanamera ni korang boleh beli secara eksklusif dengan Shaklee je tau.


Jom korang cuba Set Hamil Shaklee ni.




Rabu, 13 September 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

Apabila bercerita tentang kehamilan, oxytoxins kakzaf mesti membuak-buak.

Sama jugak bila dapat tau ada kawan-kawan yang pregnant, kita yang rasa nak lompat bintang 18x sebab seronok sangat.

Tapi seronok, seronok jugak korang. Bila pregnant, kita kena tau apa persediaan yang perlu kita buat sepanjang tempoh kehamilan tu.


Jadi, harini Kakzaf nak kongsikan 4 keperluan wanita mengandung yang korang kena ambil tahu.


1. Makanan yang sihat




Selalunya bila pregnant, kita akan rasa nak makan lebih dari biasa. Tambah-tambah mak-mak yang takde alahan tu (iolls taula, sebab iolls pun macam tu). 

Tapi sebenarnya kita tak boleh makan secara berlebihan. Walaupun orang kata, "takpe, makan je..awak kan makan untuk dua orang. "

Tidak ye.

Pengambilan makanan secara sihat dan berpada-pada tu penting untuk kita kekalkan tahap kesihatan kita.

Tambahan pula, semasa hamil, hormon wanita ni makin bercelaru tau. Pemakanan yang tak sihat boleh menyebabkan tahap kesihatan kita merosot semasa hamil sehingga boleh menyebabkan terjadinya kencing manis semasa mengandung(GDM), anemia, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi.

Ibu-ibu dah boleh start ambil suplemen secara konsisten untuk topup keperluan badan contohnya seperti mulitivitamin, kalsium, Vitamin C, Zat besi, B Complex untuk melengkapi keperluan ibu dan bayi.

Semua nutrisi ni penting untuk perkembangan bayi yang sihat.


2.    Pemeriksaan kesihatan secara berkala



Seawal usia kandungan 8 minggu, ibu dah boleh mulakan sesi pemeriksaan kesihatan di Klinik Ibu dan Anak.

Pentingnya untuk ibu-ibu melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memantau kesihatan ibu dan perkembangan bayi adalah mengikut tahap yang sepatutnya.

Jika ada sebarang permasalahan dapat dikenalpasti lebih awal dan membuat persediaan yang sepatutnya.

Berdasarkan pengalaman Kakzaf, pemeriksaan kesihatan ibu hamil di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kerajaan sangat teliti dan recommended.

Setiap kali datang checkup, kenaikan berat badan kita dipantau, HB, gula dalam darah, saiz baby, kadar denyutan jantung baby semua diperiksa dengan teliti.

Nurse pun baik. Siap datang rumah buat homevisit untuk cek tahap keselamatan rumah kita lepas baby lahir nanti.

Sangat detail kan? 

Jadi berbaloi sangat kakzaf rasa checkup di klinik kerajaan ni.


3. Penjagaan Emosi dan Mental




Seperti yang Kakzaf bagitahu awal-awal tadi, ketika hamil hormon wanita ni kacau bilau. Itu yang terlebih sensitif macam orang nak datang bulan. Bezanya kalini dia datang 9 bulan. Belum campur emosi lepas bersalin lagi.

Jadi, macam mana kita nak atasi masalah hormon tak stabil ni?

Banyakkan berzikir, mengaji dan solat malam untuk hati dan fikiran kita kekal tenang. 

Selain itu, kakzaf selalu dengar orang-orang tua kata, kalau ibu-ibu ni tenang je masa dia pregnant, nanti baby lahir pun tenang, cool je. Tak meragam. In shaa Allah..

Makanya, dari baby dalam perut lagi, ibu yang kena tenang-tenang dulu k..


4. Persediaan kelahiran



Bagi kakzaf yang tak reti nak spontan, surprise ni, perancangan sangatlah penting.

Ilmu, teknik dan skill untuk elak sakit terlampau waktu bersalin tu penting ye ibu-ibu.

Ye, kita tak nafikan bersalin tu memang sakit. Kalau masa sakit tu, rasa macam nak gila, nak mati pun ada sebab sakit sangat-sangat.


Tapi, kalau kita ada ilmu, sakit tu kita boleh hadapi dengan tenang.

Kalau kita takde ilmu, macam-macam komplikasi boleh berlaku.


Jadi 1 tips penting ketika bersalin ialah DEEP BREATHING.


Setiap kali contraction datang, tarikk nafas dalam-dalam, tahan selama yang boleh. Lepas tu baru lepas perlahan-lahan.

Masa ni bayangkan kita tengah bagi oksigen pada baby.

Bayangkan baby nak keluar meluncur dengan lancar.

Bayangkan pintu rahim kita terbuka macam bunga ros yang mekar.

Doa.doa dan terus berdoa. Mohon dipermudahkan dan dilancarkan urusan kita tu.


In Shaa Allah kesakitan yang kita alami tu sedikit sebanyak dapat kita hadapi dengan baik.



Begitulah serba sedikit perkongsian Kakzaf kalini tentang keperluan wanita mengandung.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu di luar sana.