Khamis, 15 Jun 2023

Testimoni Hamil Bersama Shaklee

 Bismillah

Setiap orang ada pengalaman hamil yang berbeza. Kemanisannya berbeza dan ujiannya juga berbeza.

Ada yang mengalami alahan yang teruk di awal kehamilan. Namun, gembira selepas fasa trimester pertama.

Ada yang diuji alahan yang teruk dari awal mengandung sehinggalah ke saat melahirkan.

Dan ada juga yang tidak mengalami apa-apa alahan dari awal kehamilan hingga bersalin.


5 kali pregnant. Macam-macam cerita. Macam-macam pengalaman.  Rindu tapi cukuplah tu. Hehe



Kisah Kehamilan Pertama

Bagi Kakzaf, setiap kehamilan ada cerita tersendiri.

Semasa kehamilan pertama, Kakzaf masih belum mengenali Shaklee.

Dari awal kehamilan, kakzaf tidaklah mengalami alahan yang teruk. Cuma sekadar kembung perut, perut rasa tidak selesa sampai tak tau perut ni tengah lapar ke kenyang. Sakit perut sebab lapar ke sebab apa ni.

Noob sangat daku zaman mengandung sulung.

Bila tau je hamil, terus cari susu untuk ibu mengandung. Walaupun hakikatnya tak suka minum susu tepung. 

Masa kecik-kecik dulu, Kakzaf boleh muntah kalau mak bagi minum susu tepung. Tak sedap dia tak terkata.

Tapi bila hamil, demi nyawa kecil yang baru wujud tu, ibu gagahkan diri telan susu tepung tu.

Ambil jus delima sebab orang kata jus delima baik untuk ibu dan bayi.

Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Masuk trimester kedua kehamilan, kakzaf dah mula diserang simpul mengkarung atau bahasa mudahnya cramp.

Setiap malam akan kena serang tanpa gagal ye. Walaupun dah minum susu, dah sapu minyak panas sebelum tidur, setiap malam kakzaf tetap kena hadap kaki cramp tu. Sakit dia takyah cerita. Memang sakit!

Kakzaf hadap cramp ni sampai bersalin tau. Memang dok ingat, cramp dan mengandung berpisah tiada. Benda normal.

Lepas tu, tak cukup dengan cramp, sembelit pulak.

Sembelit yang sampai bila nak buang air besar tu, keluar darah semata.

Nak cangkung pun takot tau! Trauma jadinya.


Lepastu masa minggu ke 25 kan kena minum air gula kan. Kakzaf tak lepas pulak. Sangkut GDM pulak.

Masa ni dah start letih. Seminggu berapa hari kena buat BSP. Cek darah 4 kali sehari kat klinik. 4x la dok ulang alik klinik. Nasib la zaman mengandung sulung tu muda lagi. Kalau dah tua, ada yang bertapa je seharian kat klinik tu kot. 

Zaman belum kenal Shaklee memang sadis ye. Bila ada masalah kesihatan tu, macam redha je, takde nak cari solution untuk selesaikan masalah sakit tu.


Kisah kehamilan Kedua

Tapi berbeza sangat bila Kakzaf hamil anak kedua.

Zaman dah kenal Shaklee.

Masha Allah.. memang berbeza betul pengalamannya.

Badan kakzaf ni rasa lebih bertenaga. Jalan laju mengalahkan orang yang tak pregnant.

Lepas tu, benda yang kakzaf dok ingat bila pregnant wajib kena cramp ibarat irama dan lagu, ibarat ombak dengan pantai ternyata salah.

Testimoni Shaklee

Masa pregnant anak kedua, sekali pun KakZaf tak kena cramp tu. Tidur lena sampai pagi. Allah, Allah bahagia sungguh la kalau nak dibandingkan dengan pregnant anak pertama dulu.

Hb pun cantik masa ni.

GDM pun terkawal.

Sembelit pun tak pernah rasa.

Semua elok cantik je.

Pendek kata, ianya satu pengalaman yang indah ketika hamil.


Suplemen Ketika Hamil

Nak tau tak suplemen apa yang KakZaf amalkan sepanjang pregnant anak kedua ni?

Haa ni yang nak cerita ni.

1. Ostenutrix



Ostenutrix ni dulu dikenali sebagai ostematrix. Tablet kalsium yang lengkap dengan magnesium, boron, vitamin D, mangan untuk memastikan penyerapan sepenuhnya kalsium dalam badan kita. Bila ambil Ostenutrix ni kita tak yah risau dos kalsium yang kita ambil cukup ke tak untuk ibu dan baby. In Shaa Allah cukup. Buktinya, Kakzaf dah tak kena cramp lagi sejak amalkan Ostenutrix ni.

Antara fungsi Ostenutrix ialah

✅ Membekalkan kalsium harian kepada ibu dan bayi

✅ Mengatasi masalah buasir dan sembelit

✅ Menguatkan tulang dan gigi ibu dan bayi

✅ Membantu untuk tidur yang berkualiti

✅ Membantu mengatasi masalah cramp/ kejang kaki/ simpul biawak/ tarik mengakarung

✅ Melegakan sakit dan lenguh-lenguh otot dan sendi


2. B Complex



B complex mengandungi 6 jenis vitamin B yang lengkap termasuk asid folik yang bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan

✅ Menukarkan gula kepada tenang

✅ Memberi tenaga dan stamina kepada ibu

✅ Mengandungi asid folic yang penting bagi mengelakkan risiko kecacatan tube neural kepada bayi

✅ Mengawal stress ibu dan menjadikan ibu lebih tenang

✅ Menguatkan rahim

✅ Mengelakkan risiko depression selepas bersalin


3.  Vitalea 



✅ Membekalkan zat besi kepada ibu dan bayi

✅ Membantu pembentukan sel darah merah

✅ Mengurangkan risiko anemia/hb low

✅ Melengkapkan nutrisi ibu dan bayi

✅ Elak dari mudah pitam dan letih

✅ Menyokong perkembangan bayi


4. Vitamin C




✅ Meningkatkan dan menguatkan imun badan

✅ Mengatasi masalah gusi berdarah

✅ Sebagai antioksida bagi ibu mengandung

✅ Bantu memaksimumkan penyerapan zat besi

✅ Membantu masalah kulit semasa hamil


5. Omega Guard




✅ Mengandungi Omega-3, DHA dan EPA untuk menyokong perkembangan mata, otak dan organ penting bayi

✅ Sebagai anti-radang

✅ Menyokong sistem saraf ibu dan bayi

✅ Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang

✅ Membantu melindungi dan menguatkan imun dan bayi

✅ Membantu mengawal paras gula dan kolesterol.

✅ Mengawal berat badan semasa dan selepas hami


6. Energy Soy Protein (ESP)




✅ Sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting

✅ Membantu menguatkan rahim ibu

✅ Bantu kurangkan risiko GDM ketika hamil

✅ Sebagai sumber tenaga tambahan

✅ Untuk kulit ibu dan bayi yang cantik

✅ Membantu kawal berat badan dari naik mendadak

✅ Membantu melegakan masalag gastrik

✅ Membantu mengurangkan kolesterol



Semua ni memang Kakzaf ambil dengan konsisten masa pegnancy kedua sebab kakzaf trauma sangat dengan pengalaman yang menyeksakan masa hamil anak pertama dulu. 

Alhamdulillah hasilnya memang berbaloi.

Dari awal kehamilan tu badan memang tak meragam banyak. Nafsu pun tak teringin yang pelik-pelik. bersalin pun smooth sebab badan kita sihat kan. Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah jua.


Jadi korang, kalau nak kakzaf bantu korang dengan journey yang baru untuk kehamilan korang, meh roger kakzaf.


In Shaa Allah, kakzaf akan guide sebaiknya supaya korang pun dapat pengalaman indah macam yang kakzaf pernah rasa.


Till then, see you again ya.








Rabu, 14 Jun 2023

Pengedar Shaklee Alor Gajah Melaka

Bismillah.


Haii semua.


Buat orang Alor Gajah dan sekitarnya yang mencari produk kesihatan dan kecantikan, in shaa Allah kakzaf boleh bantu.





🌷 Set kulit cantik berseri bebas jerawat dan cela

🌷 Set Kehamilan Indah

🌷 Set Berpantang dan Menyusu dengan gembira

🌷 Set kurus sebelum raya

🌷 Set Detox



Produk yang paling banyak mendapat order dari Pengedar Shaklee di Malaysia


Dan kakzaf akan suggest suplemen ni ikot keperluan dan kemampuan korang supaya korang dapat kesan dan hasil yang terbaik. 


Bagi yang nak COD, kakzaf cover area Alor Gajah, Tampin dengan Masjid Tanah, Melaka.


Tapi kalau nak pos, kakzaf cover postage untuk seluruh Malaysia. Yang ni senang sangat. Klik-klik je terus sampai depan pintu rumah korang.🥰


Till then, jangan malu jangan segan untuk hubungi kakzaf ye.


Nak borak tentang macam mana nak buat bisnes shaklee ni pun boleh.


Pengedar Shaklee Anda

Zaffeera




Isnin, 5 Jun 2023

Multivitamin Shaklee Berwajah Baru

 Assalamualaikum.


Haii korang!!


Topik harini best sangat!


Kakzaf nak cerita tentang vitamin yang Kakzaf paaaling suka dan paaaaling sayang.


Kalau terputus stok vitamin yang satu ni, rasa macam boleh terbalik dunia.


Vitamin apa tu?


Dah tentulah Vitalea. Multivitamin No1 di dunia.


Tapi korang tau tak?


Vitalea ni dah beberapa kali berevolusi tau.


Vitalea dah wujud sejak tahun 1915 lagi dan merupakan multivitamin yang pertama wujud di dunia ni.

Di awal kemunculan vitalea diberi nama Vitalized-Mineral. Dari sinilah wujud perkataan vitamin yang merujuk kepada makanan tambahan.


Sehingga ke hari ini, Vitalea telah beberapa kali ditingkatkan formulasinya seiring peredaran zaman dan peningkatan keperluan pengguna.

Hal ini menjadikan vitalea sentiasa mendapat permintaan walaupun telah berusia ratusan tahun.


Vitalize-Mineral


Kini vitalea akan berevolusi lagi dengan formula baru yang lebih padu dan mantap untuk meningkatkan tahap kesihatan kita dengan nama Vita-lize.

Vitalized


Manfaat Vita-lize



1. Mengisi jurang nutrisi
Sebagai multivitamin, Vita-lize berfungsi untuk melengkapkan nutrisi yang kita tidak dapat daripada sumber makanan.
Terdapat banyak faktor makanan yang kita ambil hilang nutrisinya seperti suhu yang terlalu tinggi ketika dimasak, tempoh memasak yang terlalu lama dan pencemaran ketika proses penanaman.

Vitalize mengandungi 25 jenis vitamin dan mineral penting yang cukup untuk meningkatkan kesihatan diri.

2. Meningkatkan tahap tenaga
Sejak mengamalkan Vitalea lagi kakzaf dah jatuh hati dengan manfaat dia yang satu ni.

Kakzaf yakin dan percaya Vita-lized dengan formula baharu ini bakal memberikan tenaga segera dengan kesan yang lebih mantap kerana vita-lize dilengkapi dengan sistem penghantaran salutan mikro berpaten yang menyebabkan Vita-lize ceoat larut dan memberi kesan yang cepat.

3. Menambah baik mood
Kandungan Vitamin B dalam Vita-lize membantu meningkatkan mood dan menghilangkan stress. 
Sangat sesuai dijadikan rutin harian.

Perbandingan kandungan Vitalize dengan makanan yang kita ambil setiap hari.


Siapa yang Perlu Ambil Vita-lize?


1. Orang dewasa yang sibuk
2. Orang dewasa yang sering tertekan
3. Orang dewasa yang kurang berat badan
4. Orang dewasa yang aktif
5. Orang dewasa dengan diet yang tidak seimbang
6. Ibu hamil dan menyusu





Tak sabar nak tunggu kemunculan Vita-lize ni. Pastinya lebih ummph dan padu!








Jumaat, 2 Jun 2023

5 TIPS BINA RESILIENCE DALAM DIRI

 


Apa Itu Resilience?

Resilience ialah daya ketahan mental untuk menghadapi segala cabaran dalam hidup.

Seseorang yang mempunyai Resilience yang tinggi bukanlah seseorang yang tidak pernah diuji, tidak pernah menghadapi dugaan dan cabaran atau tidak punya perasaan.

Tetapi, kerana tingginya Resilience dalam diri yang menjadikan seseorang itu tenang dan menang dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Seseorang yang tinggi Resilince akan dapat menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan kesukaran dan tekanan tanpa menjejaskan fungsi diri dengan ketara.


Bagaimana untuk Membina Resilience yang Tingi Dalam Diri?


1.  Sentiasa Bersangka Baik dengan Aturan Allah.

Ketika dugaan melanda kita sering hanyut melayan perasaan sehingga wujud overthinking. Perkara-perkara negatif dalam fikiran kita adalah sangkaan buruk kita terhadap aturan Allah.

Dan Allah sentiasa bersama sangkaan hambaNya.

Maka kita kawal perkara-perkara yang kita mampu kawal. Jaga pemikiran kita jangan sampai overthinking agar Allah hadirkan perkara-perkara baik sepadan dengan sangkaan kita.


2.    Sentiasa Cari Peluang untuk Memperbaiki Diri

Apabila dilanda dugaan dan kesukaran kita kan mudah rasa kecewa, rasa rendah diri, rasa lemah. Sedangkan sebenarnya itu peluang untuk kita memperbaiki diri kita untuk jadi lebih baik.

Tiada siapa yang akan menegur kekurangan dan kelemahan kita melainkan orang yang betul-betul ikhlas dengan kita. 

Jadi, di saat dugaan melanda itu adalah peluang untuk kita sedar kelemahan diri kita dan peluang untuk jadi lebih baik hari esok.

Melayan perasaan tidak akan membawa sebarang perubahan.


إِنَّ اللهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ  

Innallaaha laa yughayyiru maa biqaumin hattaa yughayyiruu maa bi anfusihim. 

Artinya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."


Untuk hidup dalam nikmat ataupun seksaan adalah pilihan kita sendiri. Allah telah aturkan yang sebaiknya buat kita.


3.    ''Reframe' The Situation.



Setiap kali dilanda musibah dan tekanan dalam hidup, cuba tukar cara pandang situasi tersebut.

Cuba untuk bayangkan perkara sebaliknya yang terjadi dan kemungkinan yang akan kita hadapi dengan situasi baru itu.

Pastinya kita akan bersyukur dengan keadaan kita sekarang.

Contohnya dalam situasi di rumah. Kita sering kepenatan kerana perlu menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Setelah seharian bekerja, pulang ke rumah dengan sisa-sisa tenaga yang ada perlu melayan kerenah anak-anak pula.

Sesungguhnya bila kita memandang hal tersebut sebagai perkara yang memenatkan dan membebankan, memang itulah yang kita dapat.

Tapi jika kita lihat ianya sebagai ruang dan peluang kita nak bermesra dengan anak-anak kita, ruang untuk 'bonding' dengan anak-anak, pastinya itu adalah perkara yang paling membahagiakan kita setiap kali pulang ke rumah.


4.    Bina hubungan baik dengan orang sekeliling.

Menjaga hubungan baik sesama manusia adalah salah satu perkara yang dituntut dalam Islam. 

Antara kasih sayang Allah kepada hambaNya adalah perintah untuk selalu berbuat kebaikan dan kebaikan itu akan kembali kepadanya. 

Jika seseorang yang suka mempermudahkan urusan orang lain, maka pada suatu waktu dia menghadapi kesulitan pasti akan ada yang hadir membantunya. Insya Allah.

Allah berfirman "Tidak akan ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula." 

(Ar-Rahman :60)

Dengan itu, menjaga hubungan baik sesama manusia akan menjadikan kita insan yang tenang. Tenang dalam menghadapi setiap cabaran dan dugaan. dan Orang yang tenang akan sellau menang.


5. Mengamalkan Doa Nabi Yunus


Zikir ini dibaca oleh Nabi Yunus ketika beliau dihukum oleh Allah kerana meninggalkan umatnya. Nabi Yunus ditelan ikan Nun selama 40 hari. 40 hari di dalam gelap. Gelapnya di dalam perut ikan nun, gelapnya di dasar lautan dan gelapnya pada waktu malam.

Dan sepanjang tempoh itu, Nabi Yunus hanya mengamalkan zikir ini. 

Disebabkan zikir ini juga, Allah S.W.T. telah menyelamatkannya, yang akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya itu.

Sebagai hamba yang sedang kecewa dan lelah dengan masalah dunia, doa ini amt sesuai diamalkan untuk terus kuat melalui ujian Allah.


Dalam zaman yang tidak menentu ini resilience sangat penting. Ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa yang cuma ada dalam diri insan-insan tertentu malah ianya adalah perkara biasa yang ada dalam diri setiap orang dalam menghadapi ujian. Cuma perlu digilap agar lebih kuat dan kukuh untuk menjadi insan hebat dunia dan akhirat.


Sekian. daaaaa!