Memaparkan catatan dengan label pregnant. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pregnant. Papar semua catatan

Rabu, 13 September 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

Apabila bercerita tentang kehamilan, oxytoxins kakzaf mesti membuak-buak.

Sama jugak bila dapat tau ada kawan-kawan yang pregnant, kita yang rasa nak lompat bintang 18x sebab seronok sangat.

Tapi seronok, seronok jugak korang. Bila pregnant, kita kena tau apa persediaan yang perlu kita buat sepanjang tempoh kehamilan tu.


Jadi, harini Kakzaf nak kongsikan 4 keperluan wanita mengandung yang korang kena ambil tahu.


1. Makanan yang sihat




Selalunya bila pregnant, kita akan rasa nak makan lebih dari biasa. Tambah-tambah mak-mak yang takde alahan tu (iolls taula, sebab iolls pun macam tu). 

Tapi sebenarnya kita tak boleh makan secara berlebihan. Walaupun orang kata, "takpe, makan je..awak kan makan untuk dua orang. "

Tidak ye.

Pengambilan makanan secara sihat dan berpada-pada tu penting untuk kita kekalkan tahap kesihatan kita.

Tambahan pula, semasa hamil, hormon wanita ni makin bercelaru tau. Pemakanan yang tak sihat boleh menyebabkan tahap kesihatan kita merosot semasa hamil sehingga boleh menyebabkan terjadinya kencing manis semasa mengandung(GDM), anemia, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi.

Ibu-ibu dah boleh start ambil suplemen secara konsisten untuk topup keperluan badan contohnya seperti mulitivitamin, kalsium, Vitamin C, Zat besi, B Complex untuk melengkapi keperluan ibu dan bayi.

Semua nutrisi ni penting untuk perkembangan bayi yang sihat.


2.    Pemeriksaan kesihatan secara berkala



Seawal usia kandungan 8 minggu, ibu dah boleh mulakan sesi pemeriksaan kesihatan di Klinik Ibu dan Anak.

Pentingnya untuk ibu-ibu melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memantau kesihatan ibu dan perkembangan bayi adalah mengikut tahap yang sepatutnya.

Jika ada sebarang permasalahan dapat dikenalpasti lebih awal dan membuat persediaan yang sepatutnya.

Berdasarkan pengalaman Kakzaf, pemeriksaan kesihatan ibu hamil di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kerajaan sangat teliti dan recommended.

Setiap kali datang checkup, kenaikan berat badan kita dipantau, HB, gula dalam darah, saiz baby, kadar denyutan jantung baby semua diperiksa dengan teliti.

Nurse pun baik. Siap datang rumah buat homevisit untuk cek tahap keselamatan rumah kita lepas baby lahir nanti.

Sangat detail kan? 

Jadi berbaloi sangat kakzaf rasa checkup di klinik kerajaan ni.


3. Penjagaan Emosi dan Mental




Seperti yang Kakzaf bagitahu awal-awal tadi, ketika hamil hormon wanita ni kacau bilau. Itu yang terlebih sensitif macam orang nak datang bulan. Bezanya kalini dia datang 9 bulan. Belum campur emosi lepas bersalin lagi.

Jadi, macam mana kita nak atasi masalah hormon tak stabil ni?

Banyakkan berzikir, mengaji dan solat malam untuk hati dan fikiran kita kekal tenang. 

Selain itu, kakzaf selalu dengar orang-orang tua kata, kalau ibu-ibu ni tenang je masa dia pregnant, nanti baby lahir pun tenang, cool je. Tak meragam. In shaa Allah..

Makanya, dari baby dalam perut lagi, ibu yang kena tenang-tenang dulu k..


4. Persediaan kelahiran



Bagi kakzaf yang tak reti nak spontan, surprise ni, perancangan sangatlah penting.

Ilmu, teknik dan skill untuk elak sakit terlampau waktu bersalin tu penting ye ibu-ibu.

Ye, kita tak nafikan bersalin tu memang sakit. Kalau masa sakit tu, rasa macam nak gila, nak mati pun ada sebab sakit sangat-sangat.


Tapi, kalau kita ada ilmu, sakit tu kita boleh hadapi dengan tenang.

Kalau kita takde ilmu, macam-macam komplikasi boleh berlaku.


Jadi 1 tips penting ketika bersalin ialah DEEP BREATHING.


Setiap kali contraction datang, tarikk nafas dalam-dalam, tahan selama yang boleh. Lepas tu baru lepas perlahan-lahan.

Masa ni bayangkan kita tengah bagi oksigen pada baby.

Bayangkan baby nak keluar meluncur dengan lancar.

Bayangkan pintu rahim kita terbuka macam bunga ros yang mekar.

Doa.doa dan terus berdoa. Mohon dipermudahkan dan dilancarkan urusan kita tu.


In Shaa Allah kesakitan yang kita alami tu sedikit sebanyak dapat kita hadapi dengan baik.



Begitulah serba sedikit perkongsian Kakzaf kalini tentang keperluan wanita mengandung.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu di luar sana.






Jumaat, 2 Oktober 2015

Papermint Ginger Plus Atasi Alahan dan Mabuk ketika Hamil

Assalamulaikum WBT.

Hye!

Kerenah mengandung setiap orang tak sama kan.. Jangan kata setiap orang, setiap anak pun tak sama..

Ceq ni dulu masa mengandung anak first, alahan tak teruk sangat.. muntah pun kadang-kadang je..tu pun waktu pagi je.. Selera makan..hehe..tak pernah ada istilah tak lalu makan... berselera sentiasa.. itu yang sampai kena GDM tu.. makan tak terkawal... ingatkan masa mengandung boleh makan ikut suka hati.. konon-konon takot teringin nak makan waktu pantang nanti..padahal pantangnya 44hari je pun... gaya makan masa mengandung tu, macam tak dapat makan dah nanti.. Haish!! itu kesilapan yang pertama... gara-gara syok sangat mengandung tanpa alahan..

Masa anak kedua, yang ni survive sikit..sebab sepanjang mengandung, En.Suami jauh... Rezeki anak, suami dapat naik pangkat waktu mengandungkan anak kedua.. Alhamdulillah.. Rezeki...
Kuasa Allah, Dia mudahkan segalanya waktu mengandung anak kedua ni.. Alahan takde sangat.. Tapi dah pandai kawal pemakanan.. Gara-gara takut kena GDM, takut berat naik melampau, takaut kena czer lagi.. Macam-macam la yang ditakuti.. 
And hasilnya memang memuaskan la.. ada GDM tapi terkawal.. jadi saya mampu untuk tunggu tarikh due. kalau tak, minggu ke 38 tu dah kena masuk wad..induce.. serik ooo...
berat badan tak naik sangat la.. dalam 10kg camtu je... masa jiha dulu dekat 18kg kot naik..makan banyak lagi!
Waktu anak kedua ni, punya la best...dah 7 bulan pun boleh pakai baju kurung time single lagi..hehe..memang best la... Masa ni, orang tak perasan pun saya mengandung walaupun dah 7-8 bulan.. nampakk?? bezanyaa..
Hasil penjagaan makan yang baik, saya berjaya melahirkan anak secara normal.. Yeyy!! mission accomplish!! 

Masuk anak yang ketiga ni memang dia manja terlebih... mentang-mentang suami dekat... Dia punya alah, awal-awal dah rasa.. Kembung perut sentiasa.. salah makan sikit, hah, siaplah kau..merana lah kau hari tu... Pening, muntah..semua cukup..pagi petang ada.. balik kerja, melepek jap..huhu..
Nasib la dah kenal shaklee time ni... Nasibla ada papermint ginger.. Nasibla ada penyelamat ni..
kalu tak, jenuh la nak mengadun rumah, suami, dan anak-anak dengan badan melepek sentiasa camni...

haa..meh saya nak kongsi apa kebaikan  PAPERMINT GINGER PLUS yang disayangi ni..
Sekarang ni, diala yang paling wajib ada dalam handbag.. Pergi mana pun sentiasa kena bawa sebab angin ni dia mai tak menentu..
bila dia mai ja, cepat-cepat makan Papermint Ginger ni.. dan dalam tak sedar, perut dah lega.. dah tak loya lagi... Heaven owh!


Papermint ginger plus merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur iaitu :
> daun pudina 
> halia 
> adas 
>cekur manis



Keempat-empat herba ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut dan penghadaman. 

1. Pudina/papermint 

> ia berfungsi utk melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang. > sangat membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. 

2. Halia/ginger

 > melegakan ketidakselesaan prut dan usus, lota, dan mual angin ketika mengandung 

3. Pokok adas (fennal) 

>melegakan sakit perut, kembung perut dan gejala flu. 
> membantu dalam masalah alergi pd saluran usus . 

4. Cekur manis (anise) 

>digunakan oleh orang mesir purba untuk atasi masalah pencernaan, gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
 >meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan 
> memberi perdaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Siapa yang sesuai mengambil Papermint Ginger Plus??


1. Pesakit gastrik 
2. Ibu hamil yang kerap loya dan mual 
3. Ibu berpantang 
4. Orang yang mabuk laut/darat 
5. Orang yang kerap alami sebu 
6. Orang yang nak menikmati makanan tapi badan tak tahan cepat berangin.. Bukan naik angin naa.. . 

Pengalaman saya makan papermint ginger ni memang best sangat!! Kalau sebu ke, perut kembung, loya, mabuk bila naik kereta cepattt sangat lega. Kadang-kadang tak sedar..eh? Dah ok la.. . Yang pernah alami je paham azabnya bila sebu kan..nak buat apa pun tak jadi dah..melepek jela..hehe. . Saya dah temui penyelesaiannya. Anda bagaimana? 

Hubungi saya untuk konsultasi dan tempahan segera...
saya faham derita anda yang mengalami alahan...
Kita bukannya saja nak melepek, penat memanjang..tapi keadaan memaksa.. i feel u... do contact me..so, i can help u.. =)


Zaffeera 
012-5606409


zaffeerazahidan@gmail.com