Memaparkan catatan dengan label b complex. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label b complex. Papar semua catatan

Khamis, 15 Jun 2023

Testimoni Hamil Bersama Shaklee

 Bismillah

Setiap orang ada pengalaman hamil yang berbeza. Kemanisannya berbeza dan ujiannya juga berbeza.

Ada yang mengalami alahan yang teruk di awal kehamilan. Namun, gembira selepas fasa trimester pertama.

Ada yang diuji alahan yang teruk dari awal mengandung sehinggalah ke saat melahirkan.

Dan ada juga yang tidak mengalami apa-apa alahan dari awal kehamilan hingga bersalin.


5 kali pregnant. Macam-macam cerita. Macam-macam pengalaman.  Rindu tapi cukuplah tu. Hehe



Kisah Kehamilan Pertama

Bagi Kakzaf, setiap kehamilan ada cerita tersendiri.

Semasa kehamilan pertama, Kakzaf masih belum mengenali Shaklee.

Dari awal kehamilan, kakzaf tidaklah mengalami alahan yang teruk. Cuma sekadar kembung perut, perut rasa tidak selesa sampai tak tau perut ni tengah lapar ke kenyang. Sakit perut sebab lapar ke sebab apa ni.

Noob sangat daku zaman mengandung sulung.

Bila tau je hamil, terus cari susu untuk ibu mengandung. Walaupun hakikatnya tak suka minum susu tepung. 

Masa kecik-kecik dulu, Kakzaf boleh muntah kalau mak bagi minum susu tepung. Tak sedap dia tak terkata.

Tapi bila hamil, demi nyawa kecil yang baru wujud tu, ibu gagahkan diri telan susu tepung tu.

Ambil jus delima sebab orang kata jus delima baik untuk ibu dan bayi.

Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Masuk trimester kedua kehamilan, kakzaf dah mula diserang simpul mengkarung atau bahasa mudahnya cramp.

Setiap malam akan kena serang tanpa gagal ye. Walaupun dah minum susu, dah sapu minyak panas sebelum tidur, setiap malam kakzaf tetap kena hadap kaki cramp tu. Sakit dia takyah cerita. Memang sakit!

Kakzaf hadap cramp ni sampai bersalin tau. Memang dok ingat, cramp dan mengandung berpisah tiada. Benda normal.

Lepas tu, tak cukup dengan cramp, sembelit pulak.

Sembelit yang sampai bila nak buang air besar tu, keluar darah semata.

Nak cangkung pun takot tau! Trauma jadinya.


Lepastu masa minggu ke 25 kan kena minum air gula kan. Kakzaf tak lepas pulak. Sangkut GDM pulak.

Masa ni dah start letih. Seminggu berapa hari kena buat BSP. Cek darah 4 kali sehari kat klinik. 4x la dok ulang alik klinik. Nasib la zaman mengandung sulung tu muda lagi. Kalau dah tua, ada yang bertapa je seharian kat klinik tu kot. 

Zaman belum kenal Shaklee memang sadis ye. Bila ada masalah kesihatan tu, macam redha je, takde nak cari solution untuk selesaikan masalah sakit tu.


Kisah kehamilan Kedua

Tapi berbeza sangat bila Kakzaf hamil anak kedua.

Zaman dah kenal Shaklee.

Masha Allah.. memang berbeza betul pengalamannya.

Badan kakzaf ni rasa lebih bertenaga. Jalan laju mengalahkan orang yang tak pregnant.

Lepas tu, benda yang kakzaf dok ingat bila pregnant wajib kena cramp ibarat irama dan lagu, ibarat ombak dengan pantai ternyata salah.

Testimoni Shaklee

Masa pregnant anak kedua, sekali pun KakZaf tak kena cramp tu. Tidur lena sampai pagi. Allah, Allah bahagia sungguh la kalau nak dibandingkan dengan pregnant anak pertama dulu.

Hb pun cantik masa ni.

GDM pun terkawal.

Sembelit pun tak pernah rasa.

Semua elok cantik je.

Pendek kata, ianya satu pengalaman yang indah ketika hamil.


Suplemen Ketika Hamil

Nak tau tak suplemen apa yang KakZaf amalkan sepanjang pregnant anak kedua ni?

Haa ni yang nak cerita ni.

1. Ostenutrix



Ostenutrix ni dulu dikenali sebagai ostematrix. Tablet kalsium yang lengkap dengan magnesium, boron, vitamin D, mangan untuk memastikan penyerapan sepenuhnya kalsium dalam badan kita. Bila ambil Ostenutrix ni kita tak yah risau dos kalsium yang kita ambil cukup ke tak untuk ibu dan baby. In Shaa Allah cukup. Buktinya, Kakzaf dah tak kena cramp lagi sejak amalkan Ostenutrix ni.

Antara fungsi Ostenutrix ialah

✅ Membekalkan kalsium harian kepada ibu dan bayi

✅ Mengatasi masalah buasir dan sembelit

✅ Menguatkan tulang dan gigi ibu dan bayi

✅ Membantu untuk tidur yang berkualiti

✅ Membantu mengatasi masalah cramp/ kejang kaki/ simpul biawak/ tarik mengakarung

✅ Melegakan sakit dan lenguh-lenguh otot dan sendi


2. B Complex



B complex mengandungi 6 jenis vitamin B yang lengkap termasuk asid folik yang bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan

✅ Menukarkan gula kepada tenang

✅ Memberi tenaga dan stamina kepada ibu

✅ Mengandungi asid folic yang penting bagi mengelakkan risiko kecacatan tube neural kepada bayi

✅ Mengawal stress ibu dan menjadikan ibu lebih tenang

✅ Menguatkan rahim

✅ Mengelakkan risiko depression selepas bersalin


3.  Vitalea 



✅ Membekalkan zat besi kepada ibu dan bayi

✅ Membantu pembentukan sel darah merah

✅ Mengurangkan risiko anemia/hb low

✅ Melengkapkan nutrisi ibu dan bayi

✅ Elak dari mudah pitam dan letih

✅ Menyokong perkembangan bayi


4. Vitamin C




✅ Meningkatkan dan menguatkan imun badan

✅ Mengatasi masalah gusi berdarah

✅ Sebagai antioksida bagi ibu mengandung

✅ Bantu memaksimumkan penyerapan zat besi

✅ Membantu masalah kulit semasa hamil


5. Omega Guard




✅ Mengandungi Omega-3, DHA dan EPA untuk menyokong perkembangan mata, otak dan organ penting bayi

✅ Sebagai anti-radang

✅ Menyokong sistem saraf ibu dan bayi

✅ Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang

✅ Membantu melindungi dan menguatkan imun dan bayi

✅ Membantu mengawal paras gula dan kolesterol.

✅ Mengawal berat badan semasa dan selepas hami


6. Energy Soy Protein (ESP)




✅ Sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting

✅ Membantu menguatkan rahim ibu

✅ Bantu kurangkan risiko GDM ketika hamil

✅ Sebagai sumber tenaga tambahan

✅ Untuk kulit ibu dan bayi yang cantik

✅ Membantu kawal berat badan dari naik mendadak

✅ Membantu melegakan masalag gastrik

✅ Membantu mengurangkan kolesterol



Semua ni memang Kakzaf ambil dengan konsisten masa pegnancy kedua sebab kakzaf trauma sangat dengan pengalaman yang menyeksakan masa hamil anak pertama dulu. 

Alhamdulillah hasilnya memang berbaloi.

Dari awal kehamilan tu badan memang tak meragam banyak. Nafsu pun tak teringin yang pelik-pelik. bersalin pun smooth sebab badan kita sihat kan. Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah jua.


Jadi korang, kalau nak kakzaf bantu korang dengan journey yang baru untuk kehamilan korang, meh roger kakzaf.


In Shaa Allah, kakzaf akan guide sebaiknya supaya korang pun dapat pengalaman indah macam yang kakzaf pernah rasa.


Till then, see you again ya.








Rabu, 30 September 2015

My Happy Vitamin!!

Assalamualaikum WBT

Hye.

Harini nak kongsi tentang 1 vitamin yang wajib ambil bila stress!!
.
Akhir-akhir ni saya kerap stress...
Banyak punca yang buat saya stress dan membabitkan orang disekeliling.. kesian orang sekeliling kan...

mungkin saya penat..
mungkin pembawakan ibu mengandung ni buat saya cepat marah, cepat melenting dan menjerumus kepada stress..(hmm..kesian baby..)
mungkin saya minta difahami..
mungkin hormon saya tak stabil..

Apapun puncanya, salah saya juga sebenarnya sebab tak pandai nak kawal stress tu...

Jadi, apa yang kita pelukan untuk kembalikan hormon gembira membuak-buak dikala stress menjelma??

Senang je...

MAKAN B COMPLEX SHAKLEE 2 BIJI..



Insya Allah cepat je boleh rasional balik otak tu..
Takde nak meroyan dah bila stress..hihi
Boleh senyum dengan riang-ria raya lagi haa...

Bagaimana B Complex membantu kita atasi stress??


B Complex terdiri daripada : Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin B3 (niacin), Vitamin B5, Vitamin B6, Vitamin B7, Vitamin B9 (asid folic), Vitamin B12... Kesemua jenis vitamin B ni diperlukan oleh badan kita



  • Vitamin B1~menggalakkan pertumbuhan dan merangsang fungsi otak, membantu kesihatan sistem saraf, mencegah kelesuan, meningkatkan stamina, membantu sistem pencernaan dan metabolisma
  • Vitamin B2~Memproses asid amino dan lemak. Juga membantu mengaktifkan vitamin B-6 dan asid folic.
  • Vitamin B3~Membantu mengurangkan kolestrol didalam darah dan pengaliran kolestrol dalam darah;membantu dalam kesihatan kulit yang baik, membantu sistem pencernaan.. Kajian klinikal membuktikan kadar B3 yang rendah dapat menyebabkan depresi dan seterusnya meninggikan kadar utk menjadikan seseorang psyco/sakit mental
  • Vitamin B5~Membantu mengurangkan stress fizikal/mental; membantu mengurangkan penuaan pramatang
  • Vitamin B6~Vitamin utama dalam proses asid amino. Mengawal serotonin didalam otak kerana ketidak seimbangan serotonin akan menyebabkan depressi..
  • Vitamin B7 - Biotin ~ Vitamin Biotin juga sering dikenali sebagai vitamin H. Ia berperanan sebagai pemecah lemak, protien dan juga karbohidrat yang menjadi bahan bakar digunakan oleh tubuh. 25mcg sehari diperlukan oleh wanita dan 30mcg diperlukan oleh lelaki, manakala bagi wanita hamil dan menyusukan pula memerlukn lebih kurang 30-35mcg sehari Biotin. Kekurangan Biotin menyebabkan rambut gugur, masalah mata merah, pucat, lesu dan kulit bersisik. Sumber untuk mendapatkan Biotin ialah melalui telur, kacang tanah, susu, ikan salmon, oat, tiram dan juga pisang.
  • Vitamin B9~Bersama2 dengan vitamin B12, vitamin B9 membantu fungsi neurotransmitter as well as aktiviti mengurangkan depresi di dalam badan
  • Vitamin B12~Mengawal kesihatan sistem saraf dan membantu pembinaan sel darah. Kekurangan B12 akan menyebabkan depressi,tidak tenteram

B Complex Shaklee mengandungi 8 jenis vitamin B yang lengkap menjadikan ianya dapat bertindak balas dan memberi kesan yang terbaik kepada tubuh kita.

Disamping itu, sifatnya yang mudah larut menjadikan ianya memberi kesan yang cepat dan optimum.

Anda perlukan sebab lain ke untuk tidak pilih Shaklee??



Hubungi saya untuk tempahan dan konsultasi terbaik untuk buat anda happy!! ^__^

Zaffeera Zahidan
0125606409

zaffeerazahidan@gmail.com



Khamis, 14 Mei 2015

SET SUPLEMEN ASAS

SET SUPLEMEN ASAS



Ini adalah set kesihatan asas yang sangat mampu milik. Terdiri daripada


  • VITALEA
  • B COMPLEX
  • SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS


Ketiga-tiga suplemen ini adalah gabungan terbaik untuk anda yang baru ingin cuba mengamalkan makanan tambahan.

Antara khasiat set ini ialah:


  • menambah tenaga segera
  • menangani stress
  • meningkatkan antibodi diri
  • mencantikkan kulit
  • memelihara kesihatan saraf
  • membantu penyerapan optimum vitamin dan suplemen lain


Saya sendiri memang mengamalkan set ini setiap hari. Hasilnya memang best dibandingkan dengan zaman tak makan suplemen dulu.

Antara kesan ketara yang saya dapat lepas amalkan set ini ialah:

>>Badan semakin segar dan bertenaga. Kalau dulu, lepas maghrib je melepek.. Tidur awal sentiasa.. Tapi sekarang, anak meragam tengah malam pun, esok pergi kerja steady lagi. Best sangat! Tak rasa macam ada anak kecil pun..

>>Dulu saya ada masalah lingkaran bawah mata yang teruk. Dah memang ala-ala mata panda sangat! Walaupun saya tidur awal, sapu krim itu, ini.. Masih tak berkesan. Sampaila bila saya amalkan set asas kesihatan shaklee ni, lingkaran gelap bawah mata saya dah makin berkurangan.

>>Selalunya, angin ribut sering melanda bila saya PMS (Habis bocor rahsia..hehe)
Tapi, sejak saya mengamalkan set ini, emosi saya semakin stabil. Takde lagi dah angin ribut taufan dan segala monsun melanda. Semuanya stabil je. Orang disekeliling pun lebih aman damai..hehe..

Itu testimoni saya sendiri dan sebenarnya banyak lagi testimoni orang di luar sana yang sangat berpuas hati dengan set.
Anda jangan ketinggalan okey..

Rebut peluang waktu ada promosi menarik Mei ini.


Dengan mendaftar ahli pada bulan ini, anda akan mendapat VITALEA SECARA PERCUMA!


Menarik?

Sihat! Jimat! Dan berkesan.


Jom cuba!!

Hubungi saya untuk konsultasi terbaik untuk anda ye..

Till then, thank u for reading.

Love,
Zaffeera
0125606409