Sabtu, 27 Mei 2023

Renewal Mudah Dengan Shaklee

 "Kak, membership Shaklee saya dah expired. Macam mana nak renew?"



Siapa yang ada masalah yang sama?


Meh kakzaf nak cerita.

Membership Shaklee perlu diperbaharui setahun sekali.

Dan bagi memudahkan ahli untuk mengingati tarikh untuk perbaharui keahlian setiap tahun, Shaklee telah menetapkan tarikh renewal sama dengan tarikh lahir setiap ahlinya.


Shaklee renewal ni mudah sangat.



Kita hanya perlu membuat sekurang-kurangnya 1 pembelian bermula 3 bulan sebelum tarikh lahir kita dan keahlian kita akan terus diaktifkan secara percuma.

Mudah sangat-sangat kan?

Cumanya kalau kita terlupa, boleh je roger-roger upline. Mesti dia suka je nak membantu.

Till then, siapa yang nak enjoy benefits jadi ahli Shaklee, jom register sekarang.











Cash Rebate - Dapat Makan Vitamin Percuma

 Assalamualaikum.


Hye semua.


Hari ni Kakzaf nak cerita macam mana kita boleh dapatkan vitamin Shaklee ni dengan percuma?


Benda boleh dapat free kan, buat apa nak beli?


Sebelum tu, Kakzaf nak terangkan apa maksudnya cash rebate ni?


Cash rebate ni maksudnya pengembalian wang kepada ahli selepas pembelian produk Shaklee dengan jumlah yang tertentu. Berapa jumlah cash rebate yang diperolehi adalah berdasarkan point UV yang kita perolehi.

Semakin banyak produk yang dibeli semakin banyak point uv yang kita ada makan semakin banyak cash rebate yang akan kita perolehi.


Dan yang paling best kita bebas untuk belanjakan cash rebate yang diperolehi kerana ia terus masuk ke dalam akaun kita. Bukan diperolehi dalam bentuk vaucher atau kupon yang hanya boleh ditebus untuk pembelian produk sahaja.


Namun begitu, yang paling best tentulah apabila dapat beli kembali vitamin dan makan secara percuma tanpa perlu mengeluarkan duit kita sendiri.

 

Jom rujuk jadual di bawah untuk kita ketahui jumlah point UV yang diperlukan  bagi melayakkan kita mendapat cash rebate dari Shaklee.





Bagaimana cara untuk kita enjoy cashbrebate dari Shaklee ni?


Tentulah anda perlu mendaftar sebagai ahli Shaklee terlebih dahulu.


Ada banyak cara untuk berdaftar sebagai ahli Shaklee.


1. Yuran pendaftaran RM35

Dengan membayar cuma RM35, kita layak untuk enjoy semua kelebihan dan rewards sebagai ahli Shaklee.


2. Pembelian produk sehingga 100uv 

Dengan pembelian produk yang bernilai sehingga 100uv atau bernilai RM400 korang akan terus dapat jadi ahli berdaftar secara percuma dan terus boleh menikmati keistimewaan sebagai ahli Shaklee.


3. Pembelian Set Rahmah RM99

Dengan pembelian Set Rahmah yang bernilai RM99 je korang akan dapat mendaftar sebagai ahli Shaklee secara percuma. Tak perlu nak beli barang sampai RM400 lagi untuk mendapatkan keahlian percuma ni dan enjoy segala kelebihan sebagai ahli Shaklee.


Set Rahmah A

Set Rahmah B

Pilih je nak set yang mana, dan boleh terus daftar ahli secara Percuma.





Lepas tu boleh enjoy cash rebate yang Shaklee tawarkan. 

YEAY OR NAY?


Klik sini untuk daftar ahli






Rabu, 17 Mei 2023

 Assalamualaikum~


Haii semua.


Masih dalam mood beraya kan walaupun Syawal dah di minggu akhir.


Jadi kita cerita pasal raya lagi hari ni. Hehe


Hari Raya dan open house berpisah tiada.

Tak lengkap rasanya raya kalau takde open house.


Pendapat peribadi KakZaf, best buat open house sebab kita sibuk dan penat sekali harung.

Bukanlah tak suka tetamu datang, tapi dalam zaman kesibukan anak-anak tengah membesar, kerja tak tentu masa, bila buat open house tu dapatlah layan tetamu dengan sepenuh hati dengan juadah dan suasana rumah yang kemas dan bersih. Paham jelah bila anak ramai. Kalau tak sepah tu tak sah 😂


Nak dijadikan cerita,  aidilfitri kalini adik-beradik KakZaf semua beraya dengan mertua. Jadi kami adik-beradik tak semua dapat nak berjumpa pun sebab ada yang tak sempat balik ke Taiping atas sebab kekangan cuti. Dapat jumpa Angah dengan si bongsu Rin je.


Jadi seminggu selepas raya, adik Kakzaf yang ketiga plan nak beraya di Melaka. Adik yang no5 pun sempat menyahut kata nak join sekali.Lepas tu si bongsu yang baru balik dari cuti-cuti raya dia pun free dan sempat singgah. Maka dapatlah kami 4 beradik berkumpul sekejap raya kalini. 


Seronok sangat dapat berkumpul setelah sekian lama tak berjumpa. Rasa tak cukup masa yang ada.

Banyak sangat benda yang nak dikongsi. Bahagia sungguh ada adik-beradik kan.

Anak-anak pun seronok dapat jumpa sepupu-sepupu. Kemain depa melayan main basikal pusing-pusing taman.










Boleh nampak kan ragam masing-masing yang naik sheikh bila ada ramai orang.
Baru 4 beradik. Mai lagi 2 family, lagi meriahh.



Bila ada orang nak datang, kakzaf dan suami memang jenis semangat nak menjamu. Macam-macam menu kami plan dan susun sepanjang ada tetamu tu.


Dan alhamdulillah.. Semua jadi. Tetamu pun puji sedap. Alhamdulillah.. Lega rasa hati bila orang puas hati dengan layanan dan masakan kita kan. 











Malam pertama kami ber'steamboat' ala Johnny.
Bila dah ramai, makan rebut-rebut macam ni memang seronok. Tak sedap pun jadi sedap. Haha

Hari kedua Kakzaf dah terlupa nak snap gambar. Asyik benor membawang
 Ahahha

Hari kedua babah kata nak bagi rasa suasana raya, jadi kita jamulah menu raya.

So, ada lontong dan kuah lodeh untuk anak-anak.
Pulut kuning dan kari daging special from babah. Heheh



Bila jadi tuan rumah, kita perlukan tenaga extra.

Tak sah lah kalau tak ambil Vitalea si penambah tenaga.

Tetamu nak mai hari Sabtu. Dia punya preparation dari hari Rabu. Haha
Kalau takde vitalea ni, haruslah pengsan daku nak selesaikan semua kerjaan ini.





Sebelum tidur wajib makan ostenutrix 4 biji.
Tidur lena, bangun bertenaga.

Berkualiti betul tidur bila consume ostenutrix.





Bangun pagi wajib ambil Vitamin C.



Topup antioksidan dalam badan supaya sel-sel dalam badan kita kekal sihat dan tingkatkan antibodi diri.

Kang orang datang rumah kita, kita melepek demam pulak. Haru, haru..





Kedai Shaklee Kakzaf on macam biasa walau busy beraya.

Kalau ada apa-apa yang korang berkenan tekan je gambar kat bawah ni.

Kakzaf sedia membantu tau.