Ahad, 30 April 2023

 Assalamualaikum.

Salam Syawal.

Salam Aidilfitri.

Minal aidin wal faizin.


Diam tak diam 9 Syawal telah berlalu.

Anak perantau dah mula pulang ke perantauan. Kembali dengan kesibukan bekerja.


Aidilfitri kalini kakzaf adik beradik dah sepakat untuk beraya bersama mertua masing-masing supaya raya tahun depan kami semua dapat berkumpul bersama.


Namun, suami Kakzaf yang baik hati tetap ajak balik Taiping sekejap. Nak puasa dengan mertua katanya. Makanya sempat lah kami berbuka dan beraya dengan bonda terchenta sekejap di pagi raya sebelum join family mertua beraya di kampung abah di Kedah.


Pagi raya pertama. Raya bersama ibu dan adik bongsu yang belum ada mertua.



Selesai bersalam raya dan bermaafan, Kakzaf sekeluarga join konvoi dengan keluarga mertua ke Kedah. Ikotkan dah lama perancangan nak beraya di Kedah. Tapi tertangguh sebab PKP. Semua tak boleh balik beraya.
Alhamdulillah. Tahun ni tercapai dah hajat semua nak beraya di Kedah.

Kedah sangat panas uii. Hujan pun sat-sat je. Tak sempat nak sejukkan muka bumi Kedah masa tu.

Keluarga mertua Kakzaf ni semangat sikit bab-bab bergambar. Tiap tahun kami akan photoshoot raya di studio. Seronok sangat sebenarnya. Boleh nampak perkembangan keluarga masing-masing dan 'pengembangan dan pengecutan' diri masing-masing. Haha

Yang dah kembang tu, sendiri mau ingat la untuk diet kan. Heheh

Tahun ni, lain sikit tema photoshoot raya kami.
Kakngah booked photoshoot outdoor pulak.
Kakzaf dah excited mula-mula tu sebab terbayang tengah musim bunga sakura Malaysia dah mula di Kedah. Tapu hampa. Bunganya belum banyak. Adalah sepokok dua yang nampak kat tepi-tepi jalan.

Our big family. Semua ada dari Along sampai adik bongsu.
Suami Kakzaf anak ketiga dari 5 adik beradik.
Dia selalu kata "Nizam in the middle" haha

Atok dan Opah bersama 13 orang cucu-cucunya




Seronok betul ikut abah pergi beraya. Inilah peluang nak eratkan sillaturrahim dan berkenal-kenalan dengan saudara mara. Kalau abah tak bawak jumpa ni, memang sampai kesudahlah kami tak kenai sedara. Huhu

Tapi raya, raya jugak. Kesihatan jangan diabaikan.
Lepas sebulan berpuasa, masing-masing dah makan tak ingat dunia bila beraya.

Jumpa pulak dengan sup daging utara. Memang padu lah jawabnya.

Nasib baik Kakzaf ada bawa balik Filter Lemak.

Makan dengan gumbira. Tapi berat maintain saja. Yeay!!


Jom check it out suplemen apa untuk sambut Hari Raya Dengan Shaklee

1. OMEGA GUARD

❤️ Meningkatkan kadar metabolisme
❤️ Meningkatkan kadar oembakaran lemak
❤️ Mengawal paras lemak yang sihat
❤️ Meningkatkan rasa kenyang
❤️ Meningkatkan paras insulin yang sihat
❤️ Mengurangkan tekanan

Omega Guard 


2. Lecithin

Lecithin bertindak mengemulsi lemak atau memecahkan lemak. Ia berupaya membakar lemak dengan lebih cepat jika disetai dengan senaman yang sesuai. Pengambilan lecithin mengikut kuantiti yang disyorkan membantu mempercepatkan pembakaran lemak untuk mendapat kesan penurunan berat badan yang seimbang. 

Lecithin Shaklee

3. Alfalfa

Alfalfa ni antara yang paling penting musim raya ni. Sebabnya bila dah makan macam-macam perut kita boleh jadi sebu, loya kan.

Bila jadi macam tu, telan je alfalfa ni, mesti lega.
Lepas tu sama ada kuta buang angin kot atas atau kot bawah. Hehee
#ytjt


Alfalfa Complex

4. Herb-lax
Herb-lax



Herb-lax wajib ada waktu hari raya. Rata-rata juadah raya kurang serat. Jadi akan buatkan sistem pencernaan kita terganggu.

Jadi penyelesaian paling mudah, stand by herb lax siap-siap supaya bila dah susah nak membuang tu, herb lax boleh tolong kasi lancar. 

5. Immune booster

Satu lagi set suplemen yang wajib kita sediakan di musim perayaan ini ialah suplemen untuk perisai kan badan kita dari virus jahat.
Bila berjumpa ramai orang, berkumpul bersama buatkan kuman cepat tersebar.
Makanya eloklah kita ambil langkah mencegah lebih baik dari mengubati.

Hero kiddo. Nutriferon . Vitamin C.



Sekian sahaja celoteh Kakzaf  untuk hari ini.
Semoga bermanfaat buat semua.

Di kesempatan ini Kakzaf ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf zahir dan batin.

Nak order vitamin meh klik link,


Xoxo.








Rabu, 26 April 2023

TAWARAN MENARIK INTENSIF SHAKLEE MALAYSIA

Apabila bercakap tentang Shaklee semua orang akan terbayang jenama suplemen yang organik, selamat dan berkualiti tinggi.

D samping itu, turut turut Shaklee mengeluarkan rangkaian produk penjagaan rumah dan penjagaan kulit yang organik.


Selain produk yang berkualiti tinggi dan organik, Shaklee juga menawarkan peluang untuk  kita menjana pendapatan yang tidak terhingga. Semuanya bergantung kepada usaha kita.


Bagi yang ingin memulakan perniagaan Shaklee, Shaklee menawarkan 3C kepada semua pengedar yang layak.


1. Bonus Tunai

Shaklee memberikan ganjaran tunai kepada pengedar shaklee yang layak dan mencapai target yang ditetapkan. Cash Bonus diberikan mengikut UV yang terkumpul dari 1hb-31hb.




UV minimum yang diperlukan untuk melayakkan SID menerima Cash Bonus ialah 150uv iaitu 5% bonus.

Jika SID berjaya mengumpul 3000uv dalam tempoh 1hb -31hb, SID tersebut layak untuk naik rank Supervisor dan akan mendapat bonus tambahan daripada Shaklee. 

2. Bonus Kereta

Shaklee menawarkan Car Bonus sebagai ganjaran kepada Shaklee Leader yang berkesan mencapai nilai UV berkumpulan dan konsisten.

Walaupun dinamakan Car Bonus tetapi Shaklee Leader bebas untuk menggunakan Car Bonus yang diberikan untuk tujuan apa pun. Membeli kereta, rumah, kapal, ataupun sebagai simpanan.

Kereta Idaman

3. Konvensyen


Dapat melancong ke seluruh dunia memang menjadi impian setiap orang. Ditambah pula pakej pelancongan yang ditaja sepenuhnya serta mendapat layanan VVIP.

Dengan Shaklee, leader yang layak akan mendapat pakej pelancongan secara percuma. Dari tiket penerbangan, tempat pengginapan, beg luggage, duit shopping semuanya Shaklee sediakan. Kita hanya perlu menikmati perancangan yang selesa oleh pihak Shaklee.





Bagi tahun 2023, Shaklee telah mengaturkan insentif trip ke Korea dan USA bagi leader yang layak.



INSENTIF TAMBAHAN FYP2023/2024


Bagi kitaran 23/2024, Shaklee menawarkan insentif tambahan kepada semua ahli Shaklee bermula April 2023 hingga Jun 2024. Insentif Shaklee tambahan ini melayakkan anda mendapat bonus tambahan sebanyak RM 600. 


Terma dan Syarat


1. Mendaftar sebagai keahlian .

Anda mestilah telah mendaftar menjadi ahli Shaklee.

Pilihan 1 : 
Membayar yuran keahlian sebanyak RM35 sekali seumur hidup.

Pilihan 2 :
Membuat pembelian sebarang produk Shaklee bernilai 100uv dan layak untuk mendaftar secara PERCUMA.

Atau sekarang masih berlangsung promosi Set Rahmah yang bernilai RM99 serta melayakkan anda mendaftar ahli secara PERCUMA juga.




2. Tidak boleh membuat jualan di laman e-dagang atau di premis runcit.

Setiap SID yang layak akan dipantau cara mereka berniaga. Adakah mengikut syarat dan syarat yang ditetapkan oleh Shaklee?

 Selain itu, penjualan produk Shaklee kepada mana-mana permis runcit / kedai sama ada secara langsung atau tidak, melanggar peraturan P&R Shaklee.


3. Rank-up dan efektif selama 3 bulan.

Bagi melayakkan anda menerima Bonus Intensif Shaklee, anda perlu naik pangkat dan kekal 3x berkesan. Sama ada 3 bulan berturut-turut atau selang-seli bulan dalam tempoh April hingga Ogos 2023.


Semua orang boleh fight untuk menerima bonus Intensif shaklee ni.

Tambahan pula di kala ekonomi tidak menentu ni, apabila dapat duit extra, pastilah sangat-sangat membantu.

Jadi jom kawan-kawan, kita usaha dan fight sama-sama

















Sabtu, 15 April 2023

TIPS KURUS DENGAN CEPAT




"Lebih separuh po­pulasi dewasa Malaysia iaitu sa­tu daripada dua orang bersamaan 50.1 peratus adalah obesiti atau berlebihan berat badan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019) sekali gus menunjukkan peningkatan daripada 47.7 peratus (NHMS 2015)." (sumber : Utusan Malaysia)


"TINJAUAN Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati, 50.1 peratus golongan dewasa di Malaysia berlebihan berat badan atau obes.

Ia bermakna, seorang daripada dua dewasa di negara ini, dikategorikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes." (sumber : Berita Harian)


Bila kita tengok statistik macam ni, mesti risau kan.

Walaupun kita berada di kelompok yang bukan obesiti tu, tapi potensi tu tinggi untuk jadi golongan yang lagi satu.


Sebab apa?


Kerana makanan di Malaysia ni sedap sangat. Kita rasa rugi bila tak dapat makan kan?


Jadi apa yang kita perlukan kalau kita nak kurus dengan cepat?


1. Mindset yang betul



Untuk mengamalkan pemakanan yang sihat secara berterusan, mindset yang betul sangat diperlukan. Kita tidak lagi boleh mengamalkan gaya hidup dan rutin pemakanan yang sama.

Penting untuk fokus kepada gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat untuk mendapat kesan yang berpanjangan.


2. Sekat pengambilan gula


Sebenarnya untuk turunkan berat badan yang berkesan adalah dengan menyekat pengambilan gula putih serta-merta.

Namun begitu, menyekat gula secara tiba-tiba dan drastik akan memberi kesan buruk kepada badan.

Sebagai contoh badan akan craving untuk dapatkan lebih banyakk gula.

Badan juga akan cepat letih dan lesu apabila kita menyekat gula secara tiba-tiba.

Jadi, cuba untuk perlahan-lahan kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian untuk kesan yang berpanjangan.


3. Mengawal saiz hidangan

Seperti yang kita sedia maklum, disekeliling kita dipenuhi dengan makanan-makanan enak dan lazat. Sangat rugi jika kita tidak dapat menikmati makanan-makanan ini.

Tambahan pula, dengan menyekat selera kuta daripada menikmati makanan-makanan enak ini akan membuat kita stress dan berkemungkinan ada 'misi balas dendam' apabila kita 'cheat day'.

Situasi begini akan menyebabkan berat badan naik lebih banyak dari berat asal.


Jadi cara yang paling baik adalah dengan mengawal portion makanan seharian kita.


Suku-suku separuh adalah portion terbaik.

Suku karbohidrat , suku protein dan separuh serat.

Dengan mengamalkan suku-suku separuh, journey diet kita akan lebih santai dan menyeronokkan.

Kita juga dapat mengekalkan pemakanan sihat ini secara berterusan.


4. Pengambilan serat yang tinggi.

Ramai di kalangan kita sering mengabaikan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam hidangan yang kita ambil. Fungsi utama serat adalah bagi melancarkan sistem penyahtinjaan dalam usus besar kita.

Serat merupakan komponen diet yang penting ketika proses menurunkan berat badan. Di samping itu, serat mengurangkan nafsu makan dan memberi rasa kenyang dengan melambatkan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan kita.

Kajian menunjukkan, mereka yang kurang mengambil serat dalam diet seharian mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet seharian.

Jadi, mulai hari ini cuba untuk lebihkan serat seperti sayur dan buah-buahan dalam diet seharian. Boleh juga dijadikan snek kudap-kudapan santai.


5. Mengamalkan gaya hidup aktif

Dalam usaha untuk membakar kalori ekstra dan menurunkan berat badan, kita juga perlu meningkatkan aktiviti seharian kuta. Sebenarnya, kita tidak hanya perlu aktif di dalam gimnasium sahaja tetapi juga di mana-mana tempat sekalipun anda berada. Sebagai contoh, kita mungkin boleh berjalan, berjoging atau berbasikal ke tempat kerja. 



Selain itu, rutin seharian seperti menaiki tangga, mencuci rumah atau sekadar beriadah di luar rumah juga boleh membantu anda membakar kalori dalam badan.

Kita juga boleh mula untuk beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan di hujung minggu sebagai salah satu gaya hidup aktif. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti hiking, berbasikal, jogging di taman dan sebagainya.

Selain mengeratkan silaturahim, aktiviti sebegini membina hubungan mesra seperti adik-beradik dan kawan-kawan hingga tidak terasa penat mendaki trek yang kadang kala mengambil masa berjam lamanya itu.

Beriadah bukan sahaja menjadikan badan kita sihat, tetapi minda kita akan lebih ceria dan bersemangat apabila dapat berjumpa dan bergembira bersama insan-insan tersayang.

Apabila kita sihat fizikal, mental kita dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, fizikal yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri untuk bersosial dan bertemu dengan orang sekeliling.



Sangat penting untuk kita seronok dalam setiap perkara yang kita lakukan bagi mengelakkan kita rasa terbeban dan stress dalam misi kurus dengan cepat.

Bak kata orang kampung Kakzaf, 

"Love what you do, Do what you love."


Kakzaf doakn tips ni membantu korang yang sedang berusaha untuk kuruskan badan.

Yang penting betulkan niat, kenapa nak kurus dan konsisten dalam misi kurus ni.



Till then, see you next post.


Thank you for reading ^_<



Rabu, 12 April 2023

Bisnes Online Shaklee Terbaik di Malaysia


 Assalamualaikum, haii semua.


Zaman ekonomi tak menentu sekarang ni berniaga adalah cara paling cepat untuk menjana pendapatan.

Dan perniagaan online adalah pilihan paling tepat pada masa ini kerana ianya sangat fleksibel  apabila kita boleh lakukannya secara sambilan.

Dalam banyak-banyak bisnes online, Kakzaf nak cadangkan satu bisnes online yang paling best dan paling trending hari ni iaitu bisnes Shaklee.


Jadi, hari ni Kakzaf nak share kenapa korang kena pilih bisnes Shaklee sebagai perniagaan korang.


1. MODAL RENDAH

Untuk memulakan bisnes Shaklee, korang tak perlukan modal yang besar pun. Cuma RM35, korang dah boleh start enjoy semua keistimewaan sebagai ahli Shaklee termasuklah mula menjual.

Tapi kalau korang rasa RM35 tu pun mahal. Jangan risau, Kakzaf boleh share cara untuk korang jadi ahli secara PERCUMA. 


Yes! 100% PERCUMA.


Caranya, alang-alang korang nak cuba beli produk Shaklee kan, cukupkan pembelian 100uv atau sekitar RM500, automatik boleh jadi ahli secara PERCUMA.


Tapi bulan ni special.

Beli ESP+Vitamin C bernilai RM99 je pun dah boleh daftar ahli PERCUMA tau korang.

Best kan? Jom Daftar cepat 😁

Klik gambar untuk order set ni dan daftar ahli PERUMA.


2. FLEKSIBEL

Bisnes Shaklee ni tersangatlah fleksibel tau korang. Korang boleh berniaga dari mana-mana je dan pada bila-bila masa yang korang suka. Kita yang tentukan di mana ofis kita dan bila waktu kita bekerja.


Selagi korang ada smartphone, ada capaian internet, korang bebas nak buat iklan marketing, nak layan customer ataupun nak order barang. Semuanya di hujung jari je sekarang.


Memang senang sangat buat Shaklee ni!


3. PRODUK BERKUALITI TINGGI

Shaklee sentiasa menjaga kualiti produk yang dikeluarkan. Kualiti ni dipantau bukan ketika produk dihasilkan je tau korang tapi sejak dari bahan mentah lagi. 

Contohnya, bagi ESP yang dihasilkan dari soya. Soya yang digunakan adalah soya yang non-GMO iatu soya yang tidak diubah secara genetik bagi mengekalkan khasiat soya itu sendiri.

Selain itu, soya tersebut juga diproses menggunakan suhu yang rendah bagi mengekalkan kualiti.

See? Sekecil-kecil step dan prosedur Shaklee jaga bagi menjaga kualiti produk tau. So, jangan ragu-ragu nak pilih Shaklee sebagai sumber pendapatan korang.


4. PAYSLIP SHAKLEE LAKU

Bila dah buat bisnes, sampai masa mesti kita nak tambah aset kita kan.

Sama ada beli rumah atau kereta baru.

Mudahnya bila dengan Shaklee ni, payslip Shaklee laku di mata orang bank. Mudah sangat nak buat loan dengan payslip shaklee.


Siapa kata orang gomen je senang buat loan? Orang Shaklee laaagi senang buat loan tau.. Ok, gurau je. Hehe


5. TAK PERLU JUMPA CUSTOMER 

Ni paling best!

Untuk orang introvert, nak jumpa orang sangatlah tak best kan? Malunya nak berhadapan dengan public. Malunya nak kepochi-kepochi cari customer kan?


I feel you baby!


Meh Kakzaf nak cerita, dalam Shaklee ni, kalau korang tak jumpa orang pun, korang boleh buat bisnes,buat duit kepok-kepok.


Sebab semuanya boleh setel melalui online. Whatsapp, facebook, instagram dan blog sendiri merupakan medium media sosial yang kita boleh gunakan tanpa perlu tonjolkan diri sendiri.

Cukup dengan marketing yang konsisten dan terancang pasti dapat bina bina trust untuk tarik customer beli dengan kita.



So, inilah 5 point penting kenapa korang kena join Shaklee sekarang. Jangan tunggu lagi. Lagi lama korang lagi lambat korang dapat hasilnya nanti.


Jom join bisnes Shaklee ni dengan Kakzaf.

Sama-sama kita bangkit mengejar mimpi.



#NextlevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023



Jumaat, 7 April 2023

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

 Assalamualaikum.

Haii semua. Dah lama Kakzaf tak muncul di dunia blog ni.

Tapi kalini muncul demi nak hebahkan promo  Vitamin Kulit dengan Harga Rahmah ni.

Rasa bersalah tau kalau korang semua tak tau pasal ni.

Sana sini orang cari rahmah. Di Shaklee pun ada tau korang.

Menyahut seruan kerajaan sangat promo kali ni.


ESP + Vitamin C = RM99
(Harga biasa ESP = RM 173.75)
(Harga biasa Vitamin C = RM 115)
Jumlah = RM 288.75
JIMAT RM 189.75


2 ESP + 2 Vitamin C = RM188
( 2 ESP = RM 347.50)
( 2 Vitamin C = RM 230)
Jumlah = RM 577.50
JIMAT RM 389.50



BANYAKNYA JIMATTT!!
Boleh guna untuk duit lebih tu untukbeli baju raya nanti.



Apa yang ada dalam Set Rahmah ni?

Set Rahmah Shaklee merupakan gabungan 2 suplemen asas yang sangat penting untuk kecantikan kulit.

1. ESP
ESP merupakan protein yang sangat penting dala pertumbuhan sel baru yang sihat.
Protein ibarat batu bata dalam sebuah bangunan. Jika batu-bata yang kita gunakan tidak berkualiti akan membuatkan bangunan yang kita bina tidak kukuh.
Begitu juga dengan badan kita.
Badan yang sihat, kuat dan cantik terbentuk daripada protein yang berkualiti tinggi.

ESP juga mengandungi niacinamide yang membantu bagi mencerahkan kuli, mengecilkan pori-pori  dan mengekalkan kelembapan kulit.

Pengambilan ESP yang berterusan sangat membantu mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit kita.

2. Sustained Released Vitamin C
Vitamin C merupakan Vitamin yang larut air dan tidak disimpan dalam badan.
Namun, Vitamin C sangat penting untuk

- membantu menggalakkan pembentukan kolagen
- membantu mengatasi masalah kulit kusam dan jeragat
- mempercepatkan penyembuhan luka
- meningkatkan antibodi badan
- mengurangkan gejala penuaan


Jadi penting sangat untuk kita amalkan 2 suplemen asas ni sepanjang masa.

Dan waktu begini lah kita kena rebut peluang jadi pengguna yang bijak. 

Dapatkan ESP dan Vitamin C dengan harga terjunam ni sekarang jugak tau.