Memaparkan catatan dengan label Shaklee. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shaklee. Papar semua catatan

Rabu, 13 September 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

Apabila bercerita tentang kehamilan, oxytoxins kakzaf mesti membuak-buak.

Sama jugak bila dapat tau ada kawan-kawan yang pregnant, kita yang rasa nak lompat bintang 18x sebab seronok sangat.

Tapi seronok, seronok jugak korang. Bila pregnant, kita kena tau apa persediaan yang perlu kita buat sepanjang tempoh kehamilan tu.


Jadi, harini Kakzaf nak kongsikan 4 keperluan wanita mengandung yang korang kena ambil tahu.


1. Makanan yang sihat




Selalunya bila pregnant, kita akan rasa nak makan lebih dari biasa. Tambah-tambah mak-mak yang takde alahan tu (iolls taula, sebab iolls pun macam tu). 

Tapi sebenarnya kita tak boleh makan secara berlebihan. Walaupun orang kata, "takpe, makan je..awak kan makan untuk dua orang. "

Tidak ye.

Pengambilan makanan secara sihat dan berpada-pada tu penting untuk kita kekalkan tahap kesihatan kita.

Tambahan pula, semasa hamil, hormon wanita ni makin bercelaru tau. Pemakanan yang tak sihat boleh menyebabkan tahap kesihatan kita merosot semasa hamil sehingga boleh menyebabkan terjadinya kencing manis semasa mengandung(GDM), anemia, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi.

Ibu-ibu dah boleh start ambil suplemen secara konsisten untuk topup keperluan badan contohnya seperti mulitivitamin, kalsium, Vitamin C, Zat besi, B Complex untuk melengkapi keperluan ibu dan bayi.

Semua nutrisi ni penting untuk perkembangan bayi yang sihat.


2.    Pemeriksaan kesihatan secara berkala



Seawal usia kandungan 8 minggu, ibu dah boleh mulakan sesi pemeriksaan kesihatan di Klinik Ibu dan Anak.

Pentingnya untuk ibu-ibu melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memantau kesihatan ibu dan perkembangan bayi adalah mengikut tahap yang sepatutnya.

Jika ada sebarang permasalahan dapat dikenalpasti lebih awal dan membuat persediaan yang sepatutnya.

Berdasarkan pengalaman Kakzaf, pemeriksaan kesihatan ibu hamil di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kerajaan sangat teliti dan recommended.

Setiap kali datang checkup, kenaikan berat badan kita dipantau, HB, gula dalam darah, saiz baby, kadar denyutan jantung baby semua diperiksa dengan teliti.

Nurse pun baik. Siap datang rumah buat homevisit untuk cek tahap keselamatan rumah kita lepas baby lahir nanti.

Sangat detail kan? 

Jadi berbaloi sangat kakzaf rasa checkup di klinik kerajaan ni.


3. Penjagaan Emosi dan Mental




Seperti yang Kakzaf bagitahu awal-awal tadi, ketika hamil hormon wanita ni kacau bilau. Itu yang terlebih sensitif macam orang nak datang bulan. Bezanya kalini dia datang 9 bulan. Belum campur emosi lepas bersalin lagi.

Jadi, macam mana kita nak atasi masalah hormon tak stabil ni?

Banyakkan berzikir, mengaji dan solat malam untuk hati dan fikiran kita kekal tenang. 

Selain itu, kakzaf selalu dengar orang-orang tua kata, kalau ibu-ibu ni tenang je masa dia pregnant, nanti baby lahir pun tenang, cool je. Tak meragam. In shaa Allah..

Makanya, dari baby dalam perut lagi, ibu yang kena tenang-tenang dulu k..


4. Persediaan kelahiran



Bagi kakzaf yang tak reti nak spontan, surprise ni, perancangan sangatlah penting.

Ilmu, teknik dan skill untuk elak sakit terlampau waktu bersalin tu penting ye ibu-ibu.

Ye, kita tak nafikan bersalin tu memang sakit. Kalau masa sakit tu, rasa macam nak gila, nak mati pun ada sebab sakit sangat-sangat.


Tapi, kalau kita ada ilmu, sakit tu kita boleh hadapi dengan tenang.

Kalau kita takde ilmu, macam-macam komplikasi boleh berlaku.


Jadi 1 tips penting ketika bersalin ialah DEEP BREATHING.


Setiap kali contraction datang, tarikk nafas dalam-dalam, tahan selama yang boleh. Lepas tu baru lepas perlahan-lahan.

Masa ni bayangkan kita tengah bagi oksigen pada baby.

Bayangkan baby nak keluar meluncur dengan lancar.

Bayangkan pintu rahim kita terbuka macam bunga ros yang mekar.

Doa.doa dan terus berdoa. Mohon dipermudahkan dan dilancarkan urusan kita tu.


In Shaa Allah kesakitan yang kita alami tu sedikit sebanyak dapat kita hadapi dengan baik.



Begitulah serba sedikit perkongsian Kakzaf kalini tentang keperluan wanita mengandung.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu di luar sana.






Rabu, 12 April 2023

Bisnes Online Shaklee Terbaik di Malaysia


 Assalamualaikum, haii semua.


Zaman ekonomi tak menentu sekarang ni berniaga adalah cara paling cepat untuk menjana pendapatan.

Dan perniagaan online adalah pilihan paling tepat pada masa ini kerana ianya sangat fleksibel  apabila kita boleh lakukannya secara sambilan.

Dalam banyak-banyak bisnes online, Kakzaf nak cadangkan satu bisnes online yang paling best dan paling trending hari ni iaitu bisnes Shaklee.


Jadi, hari ni Kakzaf nak share kenapa korang kena pilih bisnes Shaklee sebagai perniagaan korang.


1. MODAL RENDAH

Untuk memulakan bisnes Shaklee, korang tak perlukan modal yang besar pun. Cuma RM35, korang dah boleh start enjoy semua keistimewaan sebagai ahli Shaklee termasuklah mula menjual.

Tapi kalau korang rasa RM35 tu pun mahal. Jangan risau, Kakzaf boleh share cara untuk korang jadi ahli secara PERCUMA. 


Yes! 100% PERCUMA.


Caranya, alang-alang korang nak cuba beli produk Shaklee kan, cukupkan pembelian 100uv atau sekitar RM500, automatik boleh jadi ahli secara PERCUMA.


Tapi bulan ni special.

Beli ESP+Vitamin C bernilai RM99 je pun dah boleh daftar ahli PERCUMA tau korang.

Best kan? Jom Daftar cepat 😁

Klik gambar untuk order set ni dan daftar ahli PERUMA.


2. FLEKSIBEL

Bisnes Shaklee ni tersangatlah fleksibel tau korang. Korang boleh berniaga dari mana-mana je dan pada bila-bila masa yang korang suka. Kita yang tentukan di mana ofis kita dan bila waktu kita bekerja.


Selagi korang ada smartphone, ada capaian internet, korang bebas nak buat iklan marketing, nak layan customer ataupun nak order barang. Semuanya di hujung jari je sekarang.


Memang senang sangat buat Shaklee ni!


3. PRODUK BERKUALITI TINGGI

Shaklee sentiasa menjaga kualiti produk yang dikeluarkan. Kualiti ni dipantau bukan ketika produk dihasilkan je tau korang tapi sejak dari bahan mentah lagi. 

Contohnya, bagi ESP yang dihasilkan dari soya. Soya yang digunakan adalah soya yang non-GMO iatu soya yang tidak diubah secara genetik bagi mengekalkan khasiat soya itu sendiri.

Selain itu, soya tersebut juga diproses menggunakan suhu yang rendah bagi mengekalkan kualiti.

See? Sekecil-kecil step dan prosedur Shaklee jaga bagi menjaga kualiti produk tau. So, jangan ragu-ragu nak pilih Shaklee sebagai sumber pendapatan korang.


4. PAYSLIP SHAKLEE LAKU

Bila dah buat bisnes, sampai masa mesti kita nak tambah aset kita kan.

Sama ada beli rumah atau kereta baru.

Mudahnya bila dengan Shaklee ni, payslip Shaklee laku di mata orang bank. Mudah sangat nak buat loan dengan payslip shaklee.


Siapa kata orang gomen je senang buat loan? Orang Shaklee laaagi senang buat loan tau.. Ok, gurau je. Hehe


5. TAK PERLU JUMPA CUSTOMER 

Ni paling best!

Untuk orang introvert, nak jumpa orang sangatlah tak best kan? Malunya nak berhadapan dengan public. Malunya nak kepochi-kepochi cari customer kan?


I feel you baby!


Meh Kakzaf nak cerita, dalam Shaklee ni, kalau korang tak jumpa orang pun, korang boleh buat bisnes,buat duit kepok-kepok.


Sebab semuanya boleh setel melalui online. Whatsapp, facebook, instagram dan blog sendiri merupakan medium media sosial yang kita boleh gunakan tanpa perlu tonjolkan diri sendiri.

Cukup dengan marketing yang konsisten dan terancang pasti dapat bina bina trust untuk tarik customer beli dengan kita.



So, inilah 5 point penting kenapa korang kena join Shaklee sekarang. Jangan tunggu lagi. Lagi lama korang lagi lambat korang dapat hasilnya nanti.


Jom join bisnes Shaklee ni dengan Kakzaf.

Sama-sama kita bangkit mengejar mimpi.



#NextlevelBlogging

#BlogMegaShaklee

#ShakleeThrive2023

#ShakleeTriumph2023