Isnin, 11 Disember 2017

Kulit Sihat dengan 3 Langkah Mudah



18 kali KakZaf fikir nak tayang gambar ni tau.
Takot korang mimpi ngeri malam nanti. Haha

Tapi nak kena tunjuk jugak sebab nak bagitau betapa ESP dah mengubah hidup KakZaf.

Mimpi ngeri pasal kulit muka rosak ni dah lama menghantui hidup KakZaf.
Tapi yang paling disaster sekali masa December 2016.
Masa ni pakai apa pun takde kesan.
Makan apa pun tak mau jadi elok.

Uii.. Seteghess weh.
Hilang punca jadinya.

Mengadu kat sana sini, tapi tetap tak dapat jawapan.

Sampaila satu hari tu KakZaf terdetik nak detox.

Detox yang KONSISTEN dengan Alfalfa.

Hasil detox selama sebulan dah mula membuahkan hasil.

KakZaf perasan kulit dah ada perubahan positif.
Jerawat baru dah takde.
Jerawat lama dah kecut.
Alhamdulillah.

Sambil tu KakZaf konsisten jugak Vitamin C dan ESP.

Sebab KakZaf tau Vitamin C sangat penting untuk kulit yang cantik dan sihat kerana tinggi dengan antioksida.

Untuk bina sel baru yang sihat memerlukan protein. 
Protein ni ibarat batu-bata dalam badan kita.
Bayangkan kalau sesuatu bangunan tu, batu bata dia dah lama, dah rosak dan tak berganti, ada kemungkinan bangunan tu akan runtuh kan?

Macam tu la jugak KakZaf bayangkan sel dalam badan kita ni.
Kalau kita tak ambil protein yang baik, macam mana badan nak ganti sel yang dah rosak tu dengan sel yang sihat?

Jadi kakzaf ambil ESP.
Protein soya yang non-GMO, bebas lemak dan rendah gula. 

Alhamdulillah, masa yang berlalu, kulit KakZaf dah makin pulih dan sihat.
Syukur sangat.



3 Langkah Mudah untuk Kulit yang Sihat.

1. Detox dengan Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. 
Membantu proses detox hati, darah dan usus. 
Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.

Alhamdulillah, lepas sebulan konsisten ambil Alfalfa setiap hari, KakZaf dah mula nampak kesan positif pada kulit KakZaf.

Jerawat lama dah kecut.
Jerawat baru dah tak naik.
Yeayy!!


2. Bina Sel Baru dengan ESP

ESP merupakan protein soya yang dihasilkan daripada soya Non-GMO.
Protein sangat penting dalam menghasilkan sel baru yang sihat dan cantik.
Jadi, untuk memperbaiki sel kulit yang telah rosak tu, pembinaan sel baru sangat membantu dalam mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.


3. Cerahkan Kulit Kusam dengan Vitamin C

Vitamin C meransang pembentukan kolagen dalam badan.
Vitamin C juga membantu menjadikan kulit lebih cerah dan halus dan mengatasi kulit kusam.

Istimewanya Vitamin C Shaklee ni sebab dia dihasilakn dengan teknologi 'sustained release' iaitu larut perlahan-lahan dalam badan.

Teknologi ini menjadikan kita mendapat manfaat vitamin C secara optimum tanpa dibazirkan melalui air kencing.

Itulah 3 langkah mudah yang KakZaf amalkan untuk baiki kulit rosak hari tu.



KakZaf faham kesedihan dan kecelaruan hati orang yang alami masalah kulit macam ni. 
Jadi kepada awak di luar sana, yang hadapi malah sama macam KakZaf ni, meh hubungi KakZaf.

Nanti KakZaf guide korang macam mana cara pengambilan suplemen ni dengan cara yang paling sesuai dengan korang supaya korang dapat hasil yang paling superb sekali.

Tapi dengan syarat korang kena konsisten la.
Jangan kejap on, kejap off.
Ate bile nak datang kesannya kalau on-off kann.

Meh ketik sini untuk kita borak-borak kulit sihat dan cantik 


Isnin, 21 Ogos 2017

Godek-godek blog hari ni.

Pergh!! Berhabuknya!

Fuhh! Fuhh! Tiup sikit habuk ni.

Mari bersihkan sawang. Nak raya dah ni Zaff oii.

Nak mula dari mana ye?

KakZaf dah lama tak asah pensel ni.
Skill menulis pun dah tumpul.

Ke Mana Menghilang Sekian Lama?

KakZaf sejak jadi mak anak tiga ni, busy bukan main.
Opis ke kat rumah ke memang busy.

kat opis kena bahagi masa buat kerja dan pam susu.(Bekalan dunia akhirat untuk Dak Zayyan dan Kakzaf jugak)

Kat umah bersilat weh melayan tiga anak ni. Tak dapat bayangkan macam mana la mak anak 6,7,8 orang. KakZaf ni baru tiga je, kalau tak makan B Complex, boleh puting beliung kat rumah tu. Teheee.

Hari Ni Kakzaf Tak Busy Ke?

hehe..busy...
Jap lagi ada kerja kat luar.
Tapi mood nak menulis meluah perasaan tu menderu-deru.
Itu yang menjenguk blog yang dah lama sepi ni.

**Incik Blog jangan le merajukk

KakZaf Nak Cerita Pasal Apa Hari ni?

Perkembangan ke pengembangan ek?
Heheh.
KakZaf tengah on diet.
KakZaf minum Cinch Shaklee.
Memang nampak hasil dia. Walaupun bersenam asal sempat aje, makan jaga jangan makan banyak aje.
Tapi hasil dia nampak la.
Slowly but surely. (ayat siapa la ni..KakZaf pinjam naa)

Nanti KakZaf cerita detail pasal Cinch ni ye. Next post. Doakan masa tak mencemburui kita.

KakZaf baru lepas sambut birthday hari Jumaat lepas.

Yeayyy!! Happy Birthday To Me!!

One of the best moment in my life.

Sebabnya tahun ni KakZaf dapat 3 kek birthday.

Banyak kan? Biasa KakZaf nak dapat 1 kek pun susah.

1 daripada Ladyboss
1 daripada Puan Incaj
1 daripada Suami Terchenta.

Sweet weh deme. Siap ada party bagai..
KakZaf memang la suka. Tahun ni last merasa angka 2.
Lepas ni dah masuk 3 series. Ouch!!
Takpa janji jiwa muda, semangat membara. Hehehh

Dann tak lupa juga ada sorang insan yang sweet sawit buat surprise delivery untuk KakZaf.
Kecoh opis bila mak anak tiga ni dapat surprise delivery cam anak dara ada secret admire. hahah.

Nak buat macam mana. Insan kesayangan. Keh3.
Poyo nau KakZaf. Ada yang muntah hijau baca ni kangg.

Terima kasih atas semua kasih sayang. KakZaf hargai sangat-sangat. Tak terbalas di dunia, apatah lagi di akhirat.
Doa Kakzaf semoga kalian dilimpahi rezeki dan kasih sayang yang melimpah ruah.
Dan semoga impian kalian Allah kabulkan cepat-cepat asbab kalian gembirakan orang lain ni. Amiin.

Dan harapan KakZaf untuk diri sendiri,

Semoga Kakzaf dapat fokus untuk kukuhkan bisnes, fokus jaga suami dan anak-anak agar semuanya semakin berjaya.

KakZaf nakkk sangat handle sendiri anak-anak dan rumah tangga.
KakZaf harap dapat kerja dari rumah je.
Buat kerja menyambil tapi income berkepuk. Boleh! I can do it!!

Doakan Kakzaf ye. ☺☺


Korang yang baca blog ni, mehla beli Vitamin kat KakZaf. Cepat sikit impian KakZaf termakbul. hehe

Ok, setel menikmati terapi bagaikan di spa.




Salam sayang buat kalian. ☺☺