Memaparkan catatan dengan label vitamin C. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label vitamin C. Papar semua catatan

Jumaat, 7 April 2023

VITAMIN KULIT CANTIK HARGA RAHMAH

 Assalamualaikum.

Haii semua. Dah lama Kakzaf tak muncul di dunia blog ni.

Tapi kalini muncul demi nak hebahkan promo  Vitamin Kulit dengan Harga Rahmah ni.

Rasa bersalah tau kalau korang semua tak tau pasal ni.

Sana sini orang cari rahmah. Di Shaklee pun ada tau korang.

Menyahut seruan kerajaan sangat promo kali ni.


ESP + Vitamin C = RM99
(Harga biasa ESP = RM 173.75)
(Harga biasa Vitamin C = RM 115)
Jumlah = RM 288.75
JIMAT RM 189.75


2 ESP + 2 Vitamin C = RM188
( 2 ESP = RM 347.50)
( 2 Vitamin C = RM 230)
Jumlah = RM 577.50
JIMAT RM 389.50



BANYAKNYA JIMATTT!!
Boleh guna untuk duit lebih tu untukbeli baju raya nanti.



Apa yang ada dalam Set Rahmah ni?

Set Rahmah Shaklee merupakan gabungan 2 suplemen asas yang sangat penting untuk kecantikan kulit.

1. ESP
ESP merupakan protein yang sangat penting dala pertumbuhan sel baru yang sihat.
Protein ibarat batu bata dalam sebuah bangunan. Jika batu-bata yang kita gunakan tidak berkualiti akan membuatkan bangunan yang kita bina tidak kukuh.
Begitu juga dengan badan kita.
Badan yang sihat, kuat dan cantik terbentuk daripada protein yang berkualiti tinggi.

ESP juga mengandungi niacinamide yang membantu bagi mencerahkan kuli, mengecilkan pori-pori  dan mengekalkan kelembapan kulit.

Pengambilan ESP yang berterusan sangat membantu mengekalkan kecantikan dan kesihatan kulit kita.

2. Sustained Released Vitamin C
Vitamin C merupakan Vitamin yang larut air dan tidak disimpan dalam badan.
Namun, Vitamin C sangat penting untuk

- membantu menggalakkan pembentukan kolagen
- membantu mengatasi masalah kulit kusam dan jeragat
- mempercepatkan penyembuhan luka
- meningkatkan antibodi badan
- mengurangkan gejala penuaan


Jadi penting sangat untuk kita amalkan 2 suplemen asas ni sepanjang masa.

Dan waktu begini lah kita kena rebut peluang jadi pengguna yang bijak. 

Dapatkan ESP dan Vitamin C dengan harga terjunam ni sekarang jugak tau.










Isnin, 11 Disember 2017

Kulit Sihat dengan 3 Langkah Mudah



18 kali KakZaf fikir nak tayang gambar ni tau.
Takot korang mimpi ngeri malam nanti. Haha

Tapi nak kena tunjuk jugak sebab nak bagitau betapa ESP dah mengubah hidup KakZaf.

Mimpi ngeri pasal kulit muka rosak ni dah lama menghantui hidup KakZaf.
Tapi yang paling disaster sekali masa December 2016.
Masa ni pakai apa pun takde kesan.
Makan apa pun tak mau jadi elok.

Uii.. Seteghess weh.
Hilang punca jadinya.

Mengadu kat sana sini, tapi tetap tak dapat jawapan.

Sampaila satu hari tu KakZaf terdetik nak detox.

Detox yang KONSISTEN dengan Alfalfa.

Hasil detox selama sebulan dah mula membuahkan hasil.

KakZaf perasan kulit dah ada perubahan positif.
Jerawat baru dah takde.
Jerawat lama dah kecut.
Alhamdulillah.

Sambil tu KakZaf konsisten jugak Vitamin C dan ESP.

Sebab KakZaf tau Vitamin C sangat penting untuk kulit yang cantik dan sihat kerana tinggi dengan antioksida.

Untuk bina sel baru yang sihat memerlukan protein. 
Protein ni ibarat batu-bata dalam badan kita.
Bayangkan kalau sesuatu bangunan tu, batu bata dia dah lama, dah rosak dan tak berganti, ada kemungkinan bangunan tu akan runtuh kan?

Macam tu la jugak KakZaf bayangkan sel dalam badan kita ni.
Kalau kita tak ambil protein yang baik, macam mana badan nak ganti sel yang dah rosak tu dengan sel yang sihat?

Jadi kakzaf ambil ESP.
Protein soya yang non-GMO, bebas lemak dan rendah gula. 

Alhamdulillah, masa yang berlalu, kulit KakZaf dah makin pulih dan sihat.
Syukur sangat.



3 Langkah Mudah untuk Kulit yang Sihat.

1. Detox dengan Alfalfa Complex

Alfalfa merupakan Herba yang kaya dengan pelabagai nutrisi dan digelar 'Raja Segala Tumbuhan'. 
Membantu proses detox hati, darah dan usus. 
Beralkali tinggi dan membantu meneutralkan keasidan badan, membantu menyingkirkan lemak dan kolesterol, membantu merawat masalah penghadaman dan banyak lagi.

Alhamdulillah, lepas sebulan konsisten ambil Alfalfa setiap hari, KakZaf dah mula nampak kesan positif pada kulit KakZaf.

Jerawat lama dah kecut.
Jerawat baru dah tak naik.
Yeayy!!


2. Bina Sel Baru dengan ESP

ESP merupakan protein soya yang dihasilkan daripada soya Non-GMO.
Protein sangat penting dalam menghasilkan sel baru yang sihat dan cantik.
Jadi, untuk memperbaiki sel kulit yang telah rosak tu, pembinaan sel baru sangat membantu dalam mendapatkan kulit yang sihat dan cantik.


3. Cerahkan Kulit Kusam dengan Vitamin C

Vitamin C meransang pembentukan kolagen dalam badan.
Vitamin C juga membantu menjadikan kulit lebih cerah dan halus dan mengatasi kulit kusam.

Istimewanya Vitamin C Shaklee ni sebab dia dihasilakn dengan teknologi 'sustained release' iaitu larut perlahan-lahan dalam badan.

Teknologi ini menjadikan kita mendapat manfaat vitamin C secara optimum tanpa dibazirkan melalui air kencing.

Itulah 3 langkah mudah yang KakZaf amalkan untuk baiki kulit rosak hari tu.



KakZaf faham kesedihan dan kecelaruan hati orang yang alami masalah kulit macam ni. 
Jadi kepada awak di luar sana, yang hadapi malah sama macam KakZaf ni, meh hubungi KakZaf.

Nanti KakZaf guide korang macam mana cara pengambilan suplemen ni dengan cara yang paling sesuai dengan korang supaya korang dapat hasil yang paling superb sekali.

Tapi dengan syarat korang kena konsisten la.
Jangan kejap on, kejap off.
Ate bile nak datang kesannya kalau on-off kann.

Meh ketik sini untuk kita borak-borak kulit sihat dan cantik 


Rabu, 15 Julai 2015

WHY I LOVE VITAMIN C TO THE MOON AND BACK??


Tajuk nak omputih.. tak nak kalah..hihi

Assalamualaikum WBT..
Hari ni saya nak kongsi pengalaman saya dengan Vitamin C Shaklee. 
Suplemen Shaklee yang pertama saya cuba. =)



Saya memang ada masalah lingkaran gelap bawah mata.. sejak bila dah tak ingat..sebab bila sedar, rasanya keadaan mataku dah kritikal...sangat hodoh macam niyang rapik..huhu

Bermacam cara saya cuba..dari tradisional, hinggalah cara moden..dari krim mahal hinggalah ke krim murah..semua tak mendatangkan kesan positif.
Mata saya masih begitu..dengan lingkaran gelap yang semakin bertambah teruk .. bertambah stress jadinya!! Huh!!

Sampai la satu hari saya cuba Vitamin C Shaklee ni.
Tak sampai 2 minggu, saya dah mula rasa perubahan positif.. =)
Best sangat-sangat!!


Lingkaran gelap bawah mata semakin kurang..

Tak dapat nak bayangkan dengan kata-kata betapa best nya perasaan tu.. Sebab memang dah lama saya cari penyelesaian masalah gelap bawah mata ni. Memang tak pernah terfikir Vitamin C adalah penyelesaiannya.


Yang keduanya, bibir dah tak kering. Yang ni memang kesan yang paling ketara..
Ini pun antara masalah saya sejak dulu.. bibir sangat kering walaupun air kesukaan saya adalah sky juice.

Tak tahu lah apa masalahnya.. tapi memang kering sangat sampaikan bila senyum, bibir merekah dan berdarah. Sampai tak rasa pelik dah kalau ada orang tegur, 
"Zaf, bibir awak luka ek? pecah? berdarah tu.."
Dengan selamba, muka tak beriak saya akan jawab, " oo.. tak de apa la..biasa dah ni.."

Tapi itu kisah dulu la.. Sejak amal Vitamin C ni, bibir pun lembab sentiasa,, Best sangat!
Nak pakai lipstick pun dah takde hal dah.. Yeahh!!


Alhamdulillah syukur dengan nikmat Allah..

Dan sejak tu, sampai sekarang tak pernah missed makan Vitamin C.. 
kalau tak nanti, ada je bibir merekah bila terlebih senyum..
Mata pun dah kalah panda..
Agaknya kalau panda tengok pun dia keliru..aku panda ke dia panda nih?? Hihii

Anda pun menghadapi masalah macam saya?
Meh saya bantu anda untuk kembali cantik dengan mata yang cantik bersinar, wajah yang berseri, dan hidup yang lebih ceria.

Anda boleh hubungi saya untuk order dan konsultasi percuma ^__^

Love,
Zaffeera Zahidan
0125606409

Khamis, 14 Mei 2015

SET SUPLEMEN ASAS

SET SUPLEMEN ASAS



Ini adalah set kesihatan asas yang sangat mampu milik. Terdiri daripada


  • VITALEA
  • B COMPLEX
  • SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS


Ketiga-tiga suplemen ini adalah gabungan terbaik untuk anda yang baru ingin cuba mengamalkan makanan tambahan.

Antara khasiat set ini ialah:


  • menambah tenaga segera
  • menangani stress
  • meningkatkan antibodi diri
  • mencantikkan kulit
  • memelihara kesihatan saraf
  • membantu penyerapan optimum vitamin dan suplemen lain


Saya sendiri memang mengamalkan set ini setiap hari. Hasilnya memang best dibandingkan dengan zaman tak makan suplemen dulu.

Antara kesan ketara yang saya dapat lepas amalkan set ini ialah:

>>Badan semakin segar dan bertenaga. Kalau dulu, lepas maghrib je melepek.. Tidur awal sentiasa.. Tapi sekarang, anak meragam tengah malam pun, esok pergi kerja steady lagi. Best sangat! Tak rasa macam ada anak kecil pun..

>>Dulu saya ada masalah lingkaran bawah mata yang teruk. Dah memang ala-ala mata panda sangat! Walaupun saya tidur awal, sapu krim itu, ini.. Masih tak berkesan. Sampaila bila saya amalkan set asas kesihatan shaklee ni, lingkaran gelap bawah mata saya dah makin berkurangan.

>>Selalunya, angin ribut sering melanda bila saya PMS (Habis bocor rahsia..hehe)
Tapi, sejak saya mengamalkan set ini, emosi saya semakin stabil. Takde lagi dah angin ribut taufan dan segala monsun melanda. Semuanya stabil je. Orang disekeliling pun lebih aman damai..hehe..

Itu testimoni saya sendiri dan sebenarnya banyak lagi testimoni orang di luar sana yang sangat berpuas hati dengan set.
Anda jangan ketinggalan okey..

Rebut peluang waktu ada promosi menarik Mei ini.


Dengan mendaftar ahli pada bulan ini, anda akan mendapat VITALEA SECARA PERCUMA!


Menarik?

Sihat! Jimat! Dan berkesan.


Jom cuba!!

Hubungi saya untuk konsultasi terbaik untuk anda ye..

Till then, thank u for reading.

Love,
Zaffeera
0125606409

Rabu, 10 Disember 2014

PROMO VITAMIN C DAN VITAMIN E!!

Assalamualaikum

Sebagai Pengedar Shaklee yang tegar, saya rasa sudah menjadi kewajipan saya untuk memberitahu anda semua tentang berita panas ini..

Sempena penutup tahun 2014 ni, Shaklee telah berbesar hati melancarkan promo Vitamin C dan Vitamin E. Sepanjang saya mengenali shaklee, ini adalah julung kalinya shaklee mengadakan promo Vitamin C secara besar-besaran. Jadi haruslah tidak melepaskan peluang untuk borong Vitamin C ini banyak-banyak sebab die-hard-fan Vitamin C ini yang tidak terkira jumlahnya. teheeee




Haaa...macam mane? Gempak tak promo kalini?

Sangat gempak kan???

Untuk yang masih belum mengenali Vitamin C ni, mai sini ceq nak ceghita sejarah dia sikit..

Vitamin C ini pernah menjadi satu fenomena yang amat dahsyat di Malaysia suatu ketika dahulu. Dek kerana kegilaan yang melampau terhadap vitamin C ini, Vitamin C ini telah habis di pasaran Malaysia kira-kira setahun lamanya. Lepas tu, bila Shaklee dah restock balik Vitamin C ni, dalam masa beberapa hari je dah sold out.. Memang rare lah!!

Ramai lah yang keciwa dengan kejadian tersebut. Lepas tu dalam sebulan lepas tu Vitamin C ni muncul balik dengan formula baru yang lebih hebat, lebih gempak dan lebih awesome gituu..

Maka. berduyun-duyunlah orang membeli Vitamin C ini secara pukal kerana khuatir kehabisan stok lagi.. Tapi alhamdulillah, sejak kes Vitamin C Shaklee habis sampai setahun tu, takde lagi berulang kejadian seumpama itu.. Bukan sebab Vitamin C Shaklee ni dah tak best tapi sebab production tip top beb.. mampu keluarkan produk sejajar dengan permintaan pengguna dengan kualiti yang terbaikkk!!

Jadi, sempena promo yang super duper best ni..yang entah bila nak datang lagi, jomla kita borong Vitamin C dan Vitamin E banyak-banyak. Biar habis je promo ni, semua yang borong, dah jadi cantik, glowing, gebus-gebas semua..

Tapi kalau ada yang nak beli satu je pun saya akan layan anda juga..layanan sama rata yang tiada belah bahagi ye..Don't worry!!

waa..panjang pulak ceritanya kan..
Sebenarnya memang ada banyakk lagi info nak share..tapi tak pe..kita sambung next entry.. letih pulak mata korang nak baca nanti kan.. 

Till then. kepada sesiapa yang ada sebarang pertanyaan, ingin bertanya lebih lanjut tentang Shaklee boleh emel saya 

zaffeerazahidan@gmail.com 

Zaffeera
0125606409




Produk Shaklee bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Anda digalakkan mendapat nasihat pakar perubatan yang berkaitan.