Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aidilfitri. Papar semua catatan

Rabu, 17 Mei 2023

 Assalamualaikum~


Haii semua.


Masih dalam mood beraya kan walaupun Syawal dah di minggu akhir.


Jadi kita cerita pasal raya lagi hari ni. Hehe


Hari Raya dan open house berpisah tiada.

Tak lengkap rasanya raya kalau takde open house.


Pendapat peribadi KakZaf, best buat open house sebab kita sibuk dan penat sekali harung.

Bukanlah tak suka tetamu datang, tapi dalam zaman kesibukan anak-anak tengah membesar, kerja tak tentu masa, bila buat open house tu dapatlah layan tetamu dengan sepenuh hati dengan juadah dan suasana rumah yang kemas dan bersih. Paham jelah bila anak ramai. Kalau tak sepah tu tak sah 😂


Nak dijadikan cerita,  aidilfitri kalini adik-beradik KakZaf semua beraya dengan mertua. Jadi kami adik-beradik tak semua dapat nak berjumpa pun sebab ada yang tak sempat balik ke Taiping atas sebab kekangan cuti. Dapat jumpa Angah dengan si bongsu Rin je.


Jadi seminggu selepas raya, adik Kakzaf yang ketiga plan nak beraya di Melaka. Adik yang no5 pun sempat menyahut kata nak join sekali.Lepas tu si bongsu yang baru balik dari cuti-cuti raya dia pun free dan sempat singgah. Maka dapatlah kami 4 beradik berkumpul sekejap raya kalini. 


Seronok sangat dapat berkumpul setelah sekian lama tak berjumpa. Rasa tak cukup masa yang ada.

Banyak sangat benda yang nak dikongsi. Bahagia sungguh ada adik-beradik kan.

Anak-anak pun seronok dapat jumpa sepupu-sepupu. Kemain depa melayan main basikal pusing-pusing taman.










Boleh nampak kan ragam masing-masing yang naik sheikh bila ada ramai orang.
Baru 4 beradik. Mai lagi 2 family, lagi meriahh.



Bila ada orang nak datang, kakzaf dan suami memang jenis semangat nak menjamu. Macam-macam menu kami plan dan susun sepanjang ada tetamu tu.


Dan alhamdulillah.. Semua jadi. Tetamu pun puji sedap. Alhamdulillah.. Lega rasa hati bila orang puas hati dengan layanan dan masakan kita kan. 











Malam pertama kami ber'steamboat' ala Johnny.
Bila dah ramai, makan rebut-rebut macam ni memang seronok. Tak sedap pun jadi sedap. Haha

Hari kedua Kakzaf dah terlupa nak snap gambar. Asyik benor membawang
 Ahahha

Hari kedua babah kata nak bagi rasa suasana raya, jadi kita jamulah menu raya.

So, ada lontong dan kuah lodeh untuk anak-anak.
Pulut kuning dan kari daging special from babah. Heheh



Bila jadi tuan rumah, kita perlukan tenaga extra.

Tak sah lah kalau tak ambil Vitalea si penambah tenaga.

Tetamu nak mai hari Sabtu. Dia punya preparation dari hari Rabu. Haha
Kalau takde vitalea ni, haruslah pengsan daku nak selesaikan semua kerjaan ini.





Sebelum tidur wajib makan ostenutrix 4 biji.
Tidur lena, bangun bertenaga.

Berkualiti betul tidur bila consume ostenutrix.





Bangun pagi wajib ambil Vitamin C.



Topup antioksidan dalam badan supaya sel-sel dalam badan kita kekal sihat dan tingkatkan antibodi diri.

Kang orang datang rumah kita, kita melepek demam pulak. Haru, haru..





Kedai Shaklee Kakzaf on macam biasa walau busy beraya.

Kalau ada apa-apa yang korang berkenan tekan je gambar kat bawah ni.

Kakzaf sedia membantu tau.

















Ahad, 30 April 2023

 Assalamualaikum.

Salam Syawal.

Salam Aidilfitri.

Minal aidin wal faizin.


Diam tak diam 9 Syawal telah berlalu.

Anak perantau dah mula pulang ke perantauan. Kembali dengan kesibukan bekerja.


Aidilfitri kalini kakzaf adik beradik dah sepakat untuk beraya bersama mertua masing-masing supaya raya tahun depan kami semua dapat berkumpul bersama.


Namun, suami Kakzaf yang baik hati tetap ajak balik Taiping sekejap. Nak puasa dengan mertua katanya. Makanya sempat lah kami berbuka dan beraya dengan bonda terchenta sekejap di pagi raya sebelum join family mertua beraya di kampung abah di Kedah.


Pagi raya pertama. Raya bersama ibu dan adik bongsu yang belum ada mertua.



Selesai bersalam raya dan bermaafan, Kakzaf sekeluarga join konvoi dengan keluarga mertua ke Kedah. Ikotkan dah lama perancangan nak beraya di Kedah. Tapi tertangguh sebab PKP. Semua tak boleh balik beraya.
Alhamdulillah. Tahun ni tercapai dah hajat semua nak beraya di Kedah.

Kedah sangat panas uii. Hujan pun sat-sat je. Tak sempat nak sejukkan muka bumi Kedah masa tu.

Keluarga mertua Kakzaf ni semangat sikit bab-bab bergambar. Tiap tahun kami akan photoshoot raya di studio. Seronok sangat sebenarnya. Boleh nampak perkembangan keluarga masing-masing dan 'pengembangan dan pengecutan' diri masing-masing. Haha

Yang dah kembang tu, sendiri mau ingat la untuk diet kan. Heheh

Tahun ni, lain sikit tema photoshoot raya kami.
Kakngah booked photoshoot outdoor pulak.
Kakzaf dah excited mula-mula tu sebab terbayang tengah musim bunga sakura Malaysia dah mula di Kedah. Tapu hampa. Bunganya belum banyak. Adalah sepokok dua yang nampak kat tepi-tepi jalan.

Our big family. Semua ada dari Along sampai adik bongsu.
Suami Kakzaf anak ketiga dari 5 adik beradik.
Dia selalu kata "Nizam in the middle" haha

Atok dan Opah bersama 13 orang cucu-cucunya




Seronok betul ikut abah pergi beraya. Inilah peluang nak eratkan sillaturrahim dan berkenal-kenalan dengan saudara mara. Kalau abah tak bawak jumpa ni, memang sampai kesudahlah kami tak kenai sedara. Huhu

Tapi raya, raya jugak. Kesihatan jangan diabaikan.
Lepas sebulan berpuasa, masing-masing dah makan tak ingat dunia bila beraya.

Jumpa pulak dengan sup daging utara. Memang padu lah jawabnya.

Nasib baik Kakzaf ada bawa balik Filter Lemak.

Makan dengan gumbira. Tapi berat maintain saja. Yeay!!


Jom check it out suplemen apa untuk sambut Hari Raya Dengan Shaklee

1. OMEGA GUARD

❤️ Meningkatkan kadar metabolisme
❤️ Meningkatkan kadar oembakaran lemak
❤️ Mengawal paras lemak yang sihat
❤️ Meningkatkan rasa kenyang
❤️ Meningkatkan paras insulin yang sihat
❤️ Mengurangkan tekanan

Omega Guard 


2. Lecithin

Lecithin bertindak mengemulsi lemak atau memecahkan lemak. Ia berupaya membakar lemak dengan lebih cepat jika disetai dengan senaman yang sesuai. Pengambilan lecithin mengikut kuantiti yang disyorkan membantu mempercepatkan pembakaran lemak untuk mendapat kesan penurunan berat badan yang seimbang. 

Lecithin Shaklee

3. Alfalfa

Alfalfa ni antara yang paling penting musim raya ni. Sebabnya bila dah makan macam-macam perut kita boleh jadi sebu, loya kan.

Bila jadi macam tu, telan je alfalfa ni, mesti lega.
Lepas tu sama ada kuta buang angin kot atas atau kot bawah. Hehee
#ytjt


Alfalfa Complex

4. Herb-lax
Herb-lax



Herb-lax wajib ada waktu hari raya. Rata-rata juadah raya kurang serat. Jadi akan buatkan sistem pencernaan kita terganggu.

Jadi penyelesaian paling mudah, stand by herb lax siap-siap supaya bila dah susah nak membuang tu, herb lax boleh tolong kasi lancar. 

5. Immune booster

Satu lagi set suplemen yang wajib kita sediakan di musim perayaan ini ialah suplemen untuk perisai kan badan kita dari virus jahat.
Bila berjumpa ramai orang, berkumpul bersama buatkan kuman cepat tersebar.
Makanya eloklah kita ambil langkah mencegah lebih baik dari mengubati.

Hero kiddo. Nutriferon . Vitamin C.



Sekian sahaja celoteh Kakzaf  untuk hari ini.
Semoga bermanfaat buat semua.

Di kesempatan ini Kakzaf ingin mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri , Maaf zahir dan batin.

Nak order vitamin meh klik link,


Xoxo.