Rabu, 17 Mei 2023

 Assalamualaikum~


Haii semua.


Masih dalam mood beraya kan walaupun Syawal dah di minggu akhir.


Jadi kita cerita pasal raya lagi hari ni. Hehe


Hari Raya dan open house berpisah tiada.

Tak lengkap rasanya raya kalau takde open house.


Pendapat peribadi KakZaf, best buat open house sebab kita sibuk dan penat sekali harung.

Bukanlah tak suka tetamu datang, tapi dalam zaman kesibukan anak-anak tengah membesar, kerja tak tentu masa, bila buat open house tu dapatlah layan tetamu dengan sepenuh hati dengan juadah dan suasana rumah yang kemas dan bersih. Paham jelah bila anak ramai. Kalau tak sepah tu tak sah 😂


Nak dijadikan cerita,  aidilfitri kalini adik-beradik KakZaf semua beraya dengan mertua. Jadi kami adik-beradik tak semua dapat nak berjumpa pun sebab ada yang tak sempat balik ke Taiping atas sebab kekangan cuti. Dapat jumpa Angah dengan si bongsu Rin je.


Jadi seminggu selepas raya, adik Kakzaf yang ketiga plan nak beraya di Melaka. Adik yang no5 pun sempat menyahut kata nak join sekali.Lepas tu si bongsu yang baru balik dari cuti-cuti raya dia pun free dan sempat singgah. Maka dapatlah kami 4 beradik berkumpul sekejap raya kalini. 


Seronok sangat dapat berkumpul setelah sekian lama tak berjumpa. Rasa tak cukup masa yang ada.

Banyak sangat benda yang nak dikongsi. Bahagia sungguh ada adik-beradik kan.

Anak-anak pun seronok dapat jumpa sepupu-sepupu. Kemain depa melayan main basikal pusing-pusing taman.










Boleh nampak kan ragam masing-masing yang naik sheikh bila ada ramai orang.
Baru 4 beradik. Mai lagi 2 family, lagi meriahh.



Bila ada orang nak datang, kakzaf dan suami memang jenis semangat nak menjamu. Macam-macam menu kami plan dan susun sepanjang ada tetamu tu.


Dan alhamdulillah.. Semua jadi. Tetamu pun puji sedap. Alhamdulillah.. Lega rasa hati bila orang puas hati dengan layanan dan masakan kita kan. 











Malam pertama kami ber'steamboat' ala Johnny.
Bila dah ramai, makan rebut-rebut macam ni memang seronok. Tak sedap pun jadi sedap. Haha

Hari kedua Kakzaf dah terlupa nak snap gambar. Asyik benor membawang
 Ahahha

Hari kedua babah kata nak bagi rasa suasana raya, jadi kita jamulah menu raya.

So, ada lontong dan kuah lodeh untuk anak-anak.
Pulut kuning dan kari daging special from babah. Heheh



Bila jadi tuan rumah, kita perlukan tenaga extra.

Tak sah lah kalau tak ambil Vitalea si penambah tenaga.

Tetamu nak mai hari Sabtu. Dia punya preparation dari hari Rabu. Haha
Kalau takde vitalea ni, haruslah pengsan daku nak selesaikan semua kerjaan ini.





Sebelum tidur wajib makan ostenutrix 4 biji.
Tidur lena, bangun bertenaga.

Berkualiti betul tidur bila consume ostenutrix.





Bangun pagi wajib ambil Vitamin C.



Topup antioksidan dalam badan supaya sel-sel dalam badan kita kekal sihat dan tingkatkan antibodi diri.

Kang orang datang rumah kita, kita melepek demam pulak. Haru, haru..





Kedai Shaklee Kakzaf on macam biasa walau busy beraya.

Kalau ada apa-apa yang korang berkenan tekan je gambar kat bawah ni.

Kakzaf sedia membantu tau.

















Tiada ulasan:

Catat Ulasan