Memaparkan catatan dengan label my pregnancy journey. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label my pregnancy journey. Papar semua catatan

Khamis, 15 Jun 2023

Testimoni Hamil Bersama Shaklee

 Bismillah

Setiap orang ada pengalaman hamil yang berbeza. Kemanisannya berbeza dan ujiannya juga berbeza.

Ada yang mengalami alahan yang teruk di awal kehamilan. Namun, gembira selepas fasa trimester pertama.

Ada yang diuji alahan yang teruk dari awal mengandung sehinggalah ke saat melahirkan.

Dan ada juga yang tidak mengalami apa-apa alahan dari awal kehamilan hingga bersalin.


5 kali pregnant. Macam-macam cerita. Macam-macam pengalaman.  Rindu tapi cukuplah tu. Hehe



Kisah Kehamilan Pertama

Bagi Kakzaf, setiap kehamilan ada cerita tersendiri.

Semasa kehamilan pertama, Kakzaf masih belum mengenali Shaklee.

Dari awal kehamilan, kakzaf tidaklah mengalami alahan yang teruk. Cuma sekadar kembung perut, perut rasa tidak selesa sampai tak tau perut ni tengah lapar ke kenyang. Sakit perut sebab lapar ke sebab apa ni.

Noob sangat daku zaman mengandung sulung.

Bila tau je hamil, terus cari susu untuk ibu mengandung. Walaupun hakikatnya tak suka minum susu tepung. 

Masa kecik-kecik dulu, Kakzaf boleh muntah kalau mak bagi minum susu tepung. Tak sedap dia tak terkata.

Tapi bila hamil, demi nyawa kecil yang baru wujud tu, ibu gagahkan diri telan susu tepung tu.

Ambil jus delima sebab orang kata jus delima baik untuk ibu dan bayi.

Namun, kusangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengahari.

Masuk trimester kedua kehamilan, kakzaf dah mula diserang simpul mengkarung atau bahasa mudahnya cramp.

Setiap malam akan kena serang tanpa gagal ye. Walaupun dah minum susu, dah sapu minyak panas sebelum tidur, setiap malam kakzaf tetap kena hadap kaki cramp tu. Sakit dia takyah cerita. Memang sakit!

Kakzaf hadap cramp ni sampai bersalin tau. Memang dok ingat, cramp dan mengandung berpisah tiada. Benda normal.

Lepas tu, tak cukup dengan cramp, sembelit pulak.

Sembelit yang sampai bila nak buang air besar tu, keluar darah semata.

Nak cangkung pun takot tau! Trauma jadinya.


Lepastu masa minggu ke 25 kan kena minum air gula kan. Kakzaf tak lepas pulak. Sangkut GDM pulak.

Masa ni dah start letih. Seminggu berapa hari kena buat BSP. Cek darah 4 kali sehari kat klinik. 4x la dok ulang alik klinik. Nasib la zaman mengandung sulung tu muda lagi. Kalau dah tua, ada yang bertapa je seharian kat klinik tu kot. 

Zaman belum kenal Shaklee memang sadis ye. Bila ada masalah kesihatan tu, macam redha je, takde nak cari solution untuk selesaikan masalah sakit tu.


Kisah kehamilan Kedua

Tapi berbeza sangat bila Kakzaf hamil anak kedua.

Zaman dah kenal Shaklee.

Masha Allah.. memang berbeza betul pengalamannya.

Badan kakzaf ni rasa lebih bertenaga. Jalan laju mengalahkan orang yang tak pregnant.

Lepas tu, benda yang kakzaf dok ingat bila pregnant wajib kena cramp ibarat irama dan lagu, ibarat ombak dengan pantai ternyata salah.

Testimoni Shaklee

Masa pregnant anak kedua, sekali pun KakZaf tak kena cramp tu. Tidur lena sampai pagi. Allah, Allah bahagia sungguh la kalau nak dibandingkan dengan pregnant anak pertama dulu.

Hb pun cantik masa ni.

GDM pun terkawal.

Sembelit pun tak pernah rasa.

Semua elok cantik je.

Pendek kata, ianya satu pengalaman yang indah ketika hamil.


Suplemen Ketika Hamil

Nak tau tak suplemen apa yang KakZaf amalkan sepanjang pregnant anak kedua ni?

Haa ni yang nak cerita ni.

1. Ostenutrix



Ostenutrix ni dulu dikenali sebagai ostematrix. Tablet kalsium yang lengkap dengan magnesium, boron, vitamin D, mangan untuk memastikan penyerapan sepenuhnya kalsium dalam badan kita. Bila ambil Ostenutrix ni kita tak yah risau dos kalsium yang kita ambil cukup ke tak untuk ibu dan baby. In Shaa Allah cukup. Buktinya, Kakzaf dah tak kena cramp lagi sejak amalkan Ostenutrix ni.

Antara fungsi Ostenutrix ialah

✅ Membekalkan kalsium harian kepada ibu dan bayi

✅ Mengatasi masalah buasir dan sembelit

✅ Menguatkan tulang dan gigi ibu dan bayi

✅ Membantu untuk tidur yang berkualiti

✅ Membantu mengatasi masalah cramp/ kejang kaki/ simpul biawak/ tarik mengakarung

✅ Melegakan sakit dan lenguh-lenguh otot dan sendi


2. B Complex



B complex mengandungi 6 jenis vitamin B yang lengkap termasuk asid folik yang bagus untuk tumbesaran bayi dalam kandungan

✅ Menukarkan gula kepada tenang

✅ Memberi tenaga dan stamina kepada ibu

✅ Mengandungi asid folic yang penting bagi mengelakkan risiko kecacatan tube neural kepada bayi

✅ Mengawal stress ibu dan menjadikan ibu lebih tenang

✅ Menguatkan rahim

✅ Mengelakkan risiko depression selepas bersalin


3.  Vitalea 



✅ Membekalkan zat besi kepada ibu dan bayi

✅ Membantu pembentukan sel darah merah

✅ Mengurangkan risiko anemia/hb low

✅ Melengkapkan nutrisi ibu dan bayi

✅ Elak dari mudah pitam dan letih

✅ Menyokong perkembangan bayi


4. Vitamin C




✅ Meningkatkan dan menguatkan imun badan

✅ Mengatasi masalah gusi berdarah

✅ Sebagai antioksida bagi ibu mengandung

✅ Bantu memaksimumkan penyerapan zat besi

✅ Membantu masalah kulit semasa hamil


5. Omega Guard




✅ Mengandungi Omega-3, DHA dan EPA untuk menyokong perkembangan mata, otak dan organ penting bayi

✅ Sebagai anti-radang

✅ Menyokong sistem saraf ibu dan bayi

✅ Mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang

✅ Membantu melindungi dan menguatkan imun dan bayi

✅ Membantu mengawal paras gula dan kolesterol.

✅ Mengawal berat badan semasa dan selepas hami


6. Energy Soy Protein (ESP)




✅ Sumber protein lengkap dengan 9 asid amino penting

✅ Membantu menguatkan rahim ibu

✅ Bantu kurangkan risiko GDM ketika hamil

✅ Sebagai sumber tenaga tambahan

✅ Untuk kulit ibu dan bayi yang cantik

✅ Membantu kawal berat badan dari naik mendadak

✅ Membantu melegakan masalag gastrik

✅ Membantu mengurangkan kolesterol



Semua ni memang Kakzaf ambil dengan konsisten masa pegnancy kedua sebab kakzaf trauma sangat dengan pengalaman yang menyeksakan masa hamil anak pertama dulu. 

Alhamdulillah hasilnya memang berbaloi.

Dari awal kehamilan tu badan memang tak meragam banyak. Nafsu pun tak teringin yang pelik-pelik. bersalin pun smooth sebab badan kita sihat kan. Alhamdulillah. Semuanya atas izin Allah jua.


Jadi korang, kalau nak kakzaf bantu korang dengan journey yang baru untuk kehamilan korang, meh roger kakzaf.


In Shaa Allah, kakzaf akan guide sebaiknya supaya korang pun dapat pengalaman indah macam yang kakzaf pernah rasa.


Till then, see you again ya.








Jumaat, 2 Oktober 2015

Papermint Ginger Plus Atasi Alahan dan Mabuk ketika Hamil

Assalamulaikum WBT.

Hye!

Kerenah mengandung setiap orang tak sama kan.. Jangan kata setiap orang, setiap anak pun tak sama..

Ceq ni dulu masa mengandung anak first, alahan tak teruk sangat.. muntah pun kadang-kadang je..tu pun waktu pagi je.. Selera makan..hehe..tak pernah ada istilah tak lalu makan... berselera sentiasa.. itu yang sampai kena GDM tu.. makan tak terkawal... ingatkan masa mengandung boleh makan ikut suka hati.. konon-konon takot teringin nak makan waktu pantang nanti..padahal pantangnya 44hari je pun... gaya makan masa mengandung tu, macam tak dapat makan dah nanti.. Haish!! itu kesilapan yang pertama... gara-gara syok sangat mengandung tanpa alahan..

Masa anak kedua, yang ni survive sikit..sebab sepanjang mengandung, En.Suami jauh... Rezeki anak, suami dapat naik pangkat waktu mengandungkan anak kedua.. Alhamdulillah.. Rezeki...
Kuasa Allah, Dia mudahkan segalanya waktu mengandung anak kedua ni.. Alahan takde sangat.. Tapi dah pandai kawal pemakanan.. Gara-gara takut kena GDM, takut berat naik melampau, takaut kena czer lagi.. Macam-macam la yang ditakuti.. 
And hasilnya memang memuaskan la.. ada GDM tapi terkawal.. jadi saya mampu untuk tunggu tarikh due. kalau tak, minggu ke 38 tu dah kena masuk wad..induce.. serik ooo...
berat badan tak naik sangat la.. dalam 10kg camtu je... masa jiha dulu dekat 18kg kot naik..makan banyak lagi!
Waktu anak kedua ni, punya la best...dah 7 bulan pun boleh pakai baju kurung time single lagi..hehe..memang best la... Masa ni, orang tak perasan pun saya mengandung walaupun dah 7-8 bulan.. nampakk?? bezanyaa..
Hasil penjagaan makan yang baik, saya berjaya melahirkan anak secara normal.. Yeyy!! mission accomplish!! 

Masuk anak yang ketiga ni memang dia manja terlebih... mentang-mentang suami dekat... Dia punya alah, awal-awal dah rasa.. Kembung perut sentiasa.. salah makan sikit, hah, siaplah kau..merana lah kau hari tu... Pening, muntah..semua cukup..pagi petang ada.. balik kerja, melepek jap..huhu..
Nasib la dah kenal shaklee time ni... Nasibla ada papermint ginger.. Nasibla ada penyelamat ni..
kalu tak, jenuh la nak mengadun rumah, suami, dan anak-anak dengan badan melepek sentiasa camni...

haa..meh saya nak kongsi apa kebaikan  PAPERMINT GINGER PLUS yang disayangi ni..
Sekarang ni, diala yang paling wajib ada dalam handbag.. Pergi mana pun sentiasa kena bawa sebab angin ni dia mai tak menentu..
bila dia mai ja, cepat-cepat makan Papermint Ginger ni.. dan dalam tak sedar, perut dah lega.. dah tak loya lagi... Heaven owh!


Papermint ginger plus merupakan kombinasi 4 herba dari Barat dan Timur iaitu :
> daun pudina 
> halia 
> adas 
>cekur manis



Keempat-empat herba ini sangat membantu dalam merawat atau mencegah masalah loya, gastrik, mabuk laut dan penghadaman. 

1. Pudina/papermint 

> ia berfungsi utk melegakan otot perut dan mempunyai kesan penenang. > sangat membantu melegakan gastrik, pedih ulu hati dan cirit birit. 

2. Halia/ginger

 > melegakan ketidakselesaan prut dan usus, lota, dan mual angin ketika mengandung 

3. Pokok adas (fennal) 

>melegakan sakit perut, kembung perut dan gejala flu. 
> membantu dalam masalah alergi pd saluran usus . 

4. Cekur manis (anise) 

>digunakan oleh orang mesir purba untuk atasi masalah pencernaan, gejala kesakitan haid, batuk dan kahak.
 >meransang rembesan jus gastrik untuk pencernaan 
> memberi perdaran tenaga di dalam badan dan lembut pada perut.

Siapa yang sesuai mengambil Papermint Ginger Plus??


1. Pesakit gastrik 
2. Ibu hamil yang kerap loya dan mual 
3. Ibu berpantang 
4. Orang yang mabuk laut/darat 
5. Orang yang kerap alami sebu 
6. Orang yang nak menikmati makanan tapi badan tak tahan cepat berangin.. Bukan naik angin naa.. . 

Pengalaman saya makan papermint ginger ni memang best sangat!! Kalau sebu ke, perut kembung, loya, mabuk bila naik kereta cepattt sangat lega. Kadang-kadang tak sedar..eh? Dah ok la.. . Yang pernah alami je paham azabnya bila sebu kan..nak buat apa pun tak jadi dah..melepek jela..hehe. . Saya dah temui penyelesaiannya. Anda bagaimana? 

Hubungi saya untuk konsultasi dan tempahan segera...
saya faham derita anda yang mengalami alahan...
Kita bukannya saja nak melepek, penat memanjang..tapi keadaan memaksa.. i feel u... do contact me..so, i can help u.. =)


Zaffeera 
012-5606409


zaffeerazahidan@gmail.com