Sabtu, 19 Ogos 2023

DOA DAN ZIKIR AMALAN WANITA


Apabila seorang wanita bergelar isteri dan ibu, tangungjawabnya menjadi semakin berat. Jika dulu dia boleh bermanja dengan ibu dan ayahnya, kakak dan abang, kini semua tanggungjawab tergalas di bahunya untuk menguruskan rumah tangga dan keluarga.


Jadi, harini Kakzaf nak kongsikan 3 doa yang bagus untuk wanita yang boleh kita amalkan sebagai wanita agar kita kekal tenang dan bahagia.


1. KETIKA PENAT

Ada ketika kita terlalu penat dengan rutin kehidupan. Seawal pagi memulakan rutin rumah tangga ditambah dengan beban kerja di pejabat tentunya menyesakkan. Tambahan pula emosi wanita yang mudah berubah-ubah menjadikan wanita perlu bantuan talian hayat bagi meneruskan perjuangan.


Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Asma Harun di dalam ceramahnya, dengan mengamalkan bacaan zikir Fatimah dapat membantu mengurangkan kepenatan wanita bergelar ibu dan isteri dalam menguruskan rumah tangga.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talibb r.a. tentang tangannya yang berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukan.

Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah s.a.w untuk meminta seorang pembantu. Tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah s.a.w dan hanya bertemu Saidatina Aisyah r.a.

Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah s.a.w. Apabila Rasulullah s.a.w tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.

Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun dan ingin menghampiri Baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat pembaringan.

Kemudian Baginda bersabda: “Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akhbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)




Menjadi seorang ibu tidak mudah. Tetapi dengan mengamalkan zikir sebegini sangat baik untuk menyembuhkan emosi yang kepenatan dengan tekanan. Jika selalu marah-marah pun tak dapat apa, jadi dengan zikir begini hati senang, tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu juga boleh dibuat dengan lebih baik. Selamat mencuba!


2. WAJAH CANTIK BERSERI


Setiap wanita pasti ingin kelihatan tampil cantik dan berseri, wajah yang manis jadi impian dan badan yang ramping juga sangat diinginkan. Malahan semenjak zaman Rasulullah lagi penampilan juga menjadi antara perbahasan penting sering dibincangkan dan doa agar muka nampak cantik dan wajah berseri juga sememangnya ada dalam Al-Quran seperti Ayat 4, Surah Yusuf :


Selepas membaca Surah Yusuf teruskan dengan membaca keratan ayat dalam Surah Taha Ayat 39.


Cara untuk doa penyeri wajah agar bercahaya dan disayangi orang ini boleh dibuat dengan membaca tiga kali ayat atau doa tersebut, seterusnya sapu ke muka anda. Bagi sesetengah orang mengatakan sambil membaca doa ini boleh juga diletakkan bedak di atas tapak tangan dan memakai bedak tersebut sebagia pemanis wajah agar nampak cantik. Sejauh mana kesahihan ini tidak dapat dipastikan namun tidak salah rasanya jika kita mencuba sebagai ikhtiar dan yang akan mengabulkan doa kita adalah Allah SWT.


3. REZEKI MELIMPAH RUAH


Dua ayat terakhir surah At-Taubah iaitu ayat ke 128 – 129 dikatakan mempunyai khasiat yang luar biasa. Mereka yang mengamalkan ayat ini sebanyak 7 kali selepas solat fardhu akan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. 




Fadilat dan Kelebihan Surah at Taubah Ayat 128 dan 129

Daripada Abu Umamah RA., Rasulullah SAW bersabda: “Bacalah Al-Quran, sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.” – Hadis riwayat Muslim

  • Rezeki bertambah– Wiridkan secara istiqomah 7 x sehabis solat maghrib, Insya-Allah rezeki akan lancar. 
  • Pendinding dari ilmu hitam– Baca 7 x sehabis solat subuh, Insya Allah membentengi diri kita dari ilmu hitam 
  • Hajat terkabul– Baca 100 kali sehabis solat hajat, Insya-Allah percepatkan kabulnya hajat. 
  • Benteng diri– Lindungi diri untuk kekebalan dari segala macam senjata lawan yang menyerang. 
  • Perubatan– Dibacakan ke air, lalu tahan nafas sambil baca 2 ayat tersebut di dalam dada dan hembuskan ke air putih untuk diminumkan kepada yang sakit. 
  • Jauhi sihir– Mencegah dari segala macam sihir, guna-guna, hipnotis dan lain-lain. 
  • Dimudahkan segala urusan– Merubah nasib yang buruk menjadi lebih baik, segala urusan dipermudahkan. 
  • Kesihatan – Diberikan umur panjang dan selalu sihat, insya Allah dan terhindar dari segala marabahaya yang datang tak diduga.


Sekian, selamat beramal. 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan