Sabtu, 19 Ogos 2023

VITAMIN UNTUK WANITA

Peningkatan usia membawa kepada perubahan hidup, baik dari segi gaya hidup dan kesihatan.

Amalan gaya hidup sihat yang diterapkan dari muda bukan sahaja akan mengurangkan risiko untuk mendapat penyakit malah sebagai satu usaha memanjangkan usia untuk hidup bermanfaat. 

Antara gaya hidup sihat yang perlu kita amalkan ialah sentiasa positif, melakukan aktiviti fizikal yang bersesuaian untuk kekal aktif, mendapat tidur yang cukup, mengawal stress, memilih makanan yang berkhasiat dan mengambil supleman sebagai makanan tambahan.

Dalam kehidupan yang serba moden dan maju ini masih ramai yang merasakan pengambilan suplemen sebagai makanan tambahan untuk melengkapkan nutrisi bukanlah satu keperluan. 

Namun, meh Kakzaf nak kongsikan kenapa pengambilan suplemen adalah satu keperluan pada hari ini. 


Sebab Wanita Memerlukan Suplemen.

1. Period

Ketika datang haid setiap bulan, wanita kehilangan zat besi yang lebih banyak. Zat besi sangat penting dalam pembentukan sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut oksigen ke seluruh badan. Jika seorang wanita tidak mengambil zat besi yang cukup sebagaimana jumlah yang diperlukan oleh badan, iaitu 20-29mg sehari, kebarangkalian untuk mendapat anemia sangat tinggi terutama ketika hamil nanti.


2.  Hamil



Proses kehamilan akan menyerap banyak zat daripada ibu untuk tumbesaran bayi. Jika badan ibu tidak mempunyai nutrisi yang cukup untuk diserap bagi tumbesaran bayi, bayi tidak dapat membesar dengan sempurna dan boleh menyebabkan bayi tidak cukup berat, anemia, kelahiran pra matang dan lain-lain.

Selain itu, untuk jangka masa panjang, akan memudaratkan badan ibu jika terus-terusan tidak mendapat nutrisi yang sempurna mengikut keperluan badan.


3. Penyusuan



Keperluan nutrisi selepas hamil adalah sama seperti keperluan nutrisi semasa hamil. Nutrisi yang cukup penting untuk badan berfungsi secara normal selepas melahirkan anak. Bahkan, nutrisi yang cukup penting untuk mengatasi masalah keletihan, ganguan emosi, tidak cukup tidur dan kemurungan selepas bersalin.

Badan ibu yang keletihan dan stress juga tidak dapat menghasilkan susu yang cukup dan berkhasiat untuk bayi.

Pengambilan suplemen yang konsisten dapat membantu ibu melengkapkan nutrisi dalam badan dan membantu ibu kekal sihat.


4. Pencemaran

Gaya hidup kita di zaman moden jauh berbeza dengan cara hidup datuk nenek kita. Sumber pemakanan datuk nenek kita dahulu adalah hasil yang mereka tanam sendiri dan tentunya jauh daripada penggunaan racun serangga perosak dan baja kimia. Sumber makanan kita yang dibeli di pasaraya ditanam secara komersial dengan penggunaan baja kimia dan racun rumpai bagi mendapatkan hasil yang tinggi dari segi kuantiti. Makanan dari sumber daging ayam, lembu dan kambing yang diternak  secara komersial dengan penggunaan hormon dan antibiotik yang berleluasa. Ikan di laut juga tercemar dengan logam berat raksa yang menyebabkan keracunan kronik.

Isu pencemaran sebegini amat kompleks dan sukar dielakkan dan kesannya untuk menjaga kesihatan kita, kita perlukan suplemen setiap hari.


Cadangan Vitamin untuk Wanita

1. OsteNutrix - Untuk tulang yang kuat

OsteNutrix diformulasi khas dengan campuran 7 nutrien penting untuk membantu membina ketumpatan tulang :

  • Kalsium
  • Vitamin D3
  • Magnesium
  • Zink
  • Kuprum
  • Mangan
  • Boron



Tahukah anda wanita lebih berisiko tinggi mendapat osteoporosis (penyakit tulang rapuh) berbanding lelaki disebabkan penurunan hormon estrogen selepas menopaus bila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat.

Pengambilan OsteNutrix secara konsisten sangat membantu badan kita mengganti tisu tulang apabila menopaus nanti.


2. Vita-lize - Multivitamin untuk kesihatan dan kesejahteraan yang optimum





Setiap hidangan Vita-lize iaitu 2 tablet membekalkan 25 jenis vitamin dan mineral penting yang diperlukan untuk tubuh badan yang sihat, termasuk:

• Vitamin C • Kalsium • Zat besi • Vitamin B • Asid folik

Multivitamin sangat penting dalam melengkapkan nutrisi seharian dalam badan. Kekurangan nutrisi menyebabkan keletihan dan ketidakseimbangan hormon dalam badan. 

Secara peribadi, kakzaf telah amalkan Vita-lize ni selama 10 tahun. Kesannya sangat ketara bila ambil Vita-lize ni. Kakzaf rasa lebih bertenaga walaupun telah seharian penat kerja di pejabat. Menguruskan rumah tangga, menyusukan anak serta seharian bekerja di pejabat sangat memenatkan. Kalau tak ambil Vita-lize sebagai suplemen, mungkin hari-hari jadi mak kau hijau.



3. GLA COMPLEX




GLA adalah jawapan kepada kulit yang cantik dan berseri. GLA adalah asid lemak omega-6 penting yang digunakan oleh badan anda untuk menghasilkan prostaglandin- bahan yang membantu mengawal pelbagai fungsi tubuh, termasuk kesihatan kulit. Miliki kulit yang sihat dan lembut dengan Shaklee GLA Complex.

GLA COMPLEX diperoleh daripada minyak borage yang mengandungi GLA berkepekatan tinggi (17%-25%), tulen dan semula jadi dalam bentuk yang mudah diserap. 

Ianya juga diformulasi khas dengan gabungan GLA (asid lemak Omega-6), minyak biji bunga matahari (satu lagi sumber asid lemak Omega-6), dan vitamin E untuk mengekalkan kesejahteraan dan kesihatan kulit.


4. Omega Guard




Asid lemak Omega-3 adalah lemak yang sihat atau ‘baik’ yang diperlukan untuk menyokong fungsi normal tubuh. Omega-3 telah dikaji secara meluas berkenaan manfaatnya terhadap tubuh badan:

 Jantung

  • Omega-3 dapat mengurangkan keradangan. Keradangan boleh merosakkan saluran darah dan menyebabkan penyakit jantung. 
  • EPA & DHA telah terbukti melalui penyelidikan dapat memberikan manfaat berikut - yang mana semuanya boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung: 
  1. Membantu mengekalkan paras trigliserida (kolesterol) dan tekanan darah.
  2. Meningkatkan pengaliran darah.
  3. Mengekalkan degupan jantung yang sihat

Otak

  • Otak kita terdiri daripada hampir 60% lemak dan kebanyakan sistem saraf terdiri daripada lemak.
  • Korteks serebrum (yang bertanggungjawab untuk ingatan dan perhatian) dianggarkan mengandungi 20% DHA. EPA dan DHA telah dikaji untuk: 
    • Penglibatan dalam penghantaran maklumat di antara saraf.
    •  Kesan positif kepada perasaan.
    • Kognitif, daya ingatan, pembelajaran dan perhatian.
    • Memberikan kesan penuaan yang sihat, dimana boleh melambatkan permulaan penyakit yang berkaitan dengan usia dan minda seperti Alzheimer dan demensia/nyayuk.

Kesihatan Sendi

  • EPA & DHA befungsi untuk mengurangkan keradangan dengan mengurangkan pengeluaran enzim yang menghakis rawan dan menyebabkan sakit sendi.
  • Omega-3 juga memainkan peranan penting dalam:
    • Mengekalkan ketumpatan mineral tulang.
    • Menggalakkan pergerakan sendi, fleksibiliti, mengurangkan kekejangan, bengkak dan kesakitan.
    • Mengurangkan keradangan - menyekat keradangan dan kemusnahan sendi - yang kerap berlaku dalam artritis.
    • Bertindak sebagai pelincir untuk membolehkan sendi-sendi yang berkeriut serta sakit bergerak dengan lancar.


SHAKLEE SELAMAT, TERBUKTI DAN BERKESAN

Dalam membina legasi inovasi dan sainsnya, falsafah Living in Harmony with Nature® adalah tunjang kepada semua yang Shaklee lakukan.

Shaklee komited untuk membuat produk dari bahan semula jadi yang asli.

  • Produk Shaklee bebas daripada bahan tiruan dan bahan kimia yang berbahaya.
  • Produk Shaklee mematuhi standard keselamatan tertinggi.
  • Produk Shaklee lembut pada persekitaran.
  • Setiap satu daripada produk Shaklee adalah bebas gluten.
  • Shaklee tidak pernah melakukan ujian ke atas haiwan dan kami bebas dari penganiayaan.

Dari produk nutrisi dan kecantikan yang terbukti secara saintifik hingga ke kemampanan alam sekitar, Shaklee telah membantu berjuta-juta orang hidup lebih sihat, lebih muda dan lebih puas dengan kehidupan. Selamat. Terbukti. Berkesan.


Jom tengok Kajian Landmark Diet Tambahan (A Landmark Study) – Versi Bahasa Melayu



Kajian Landmark, diketuai oleh penyelidik pemakanan yang terkenal, Dr. Gladys Block bersama University of California, Berkeley, merupakan salah satu kajian terbesar pengguna jangka panjang pelbagai suplemen. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai lebih banyak biomarker yang lebih sihat untuk jantung, otak, dan kesihatan kognitif berbanding dengan pengguna yang tidak mengambil suplemen atau pengambil suplemen bukan produk Shaklee.

Jadi jangan ragu-ragu untuk pilih Shaklee sebagai sumber makanan tambahan anda kerana Shaklee menjamin produknya Sentiasa Selamat, Terbukti dan Berkesan.



Untuk dapatkan khidmat nasihat mahupun membuat sebarang pembelian, jangan segan silu untuk hubungi Kakzaf ye.



Pengedar Shaklee Anda


Zaffeera Zahidan

012 560 6409



Klik link di bawah pun boleh




Tiada ulasan:

Catat Ulasan