Rabu, 13 September 2023

KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG

Apabila bercerita tentang kehamilan, oxytoxins kakzaf mesti membuak-buak.

Sama jugak bila dapat tau ada kawan-kawan yang pregnant, kita yang rasa nak lompat bintang 18x sebab seronok sangat.

Tapi seronok, seronok jugak korang. Bila pregnant, kita kena tau apa persediaan yang perlu kita buat sepanjang tempoh kehamilan tu.


Jadi, harini Kakzaf nak kongsikan 4 keperluan wanita mengandung yang korang kena ambil tahu.


1. Makanan yang sihat




Selalunya bila pregnant, kita akan rasa nak makan lebih dari biasa. Tambah-tambah mak-mak yang takde alahan tu (iolls taula, sebab iolls pun macam tu). 

Tapi sebenarnya kita tak boleh makan secara berlebihan. Walaupun orang kata, "takpe, makan je..awak kan makan untuk dua orang. "

Tidak ye.

Pengambilan makanan secara sihat dan berpada-pada tu penting untuk kita kekalkan tahap kesihatan kita.

Tambahan pula, semasa hamil, hormon wanita ni makin bercelaru tau. Pemakanan yang tak sihat boleh menyebabkan tahap kesihatan kita merosot semasa hamil sehingga boleh menyebabkan terjadinya kencing manis semasa mengandung(GDM), anemia, tekanan darah tinggi dan lain-lain lagi.

Ibu-ibu dah boleh start ambil suplemen secara konsisten untuk topup keperluan badan contohnya seperti mulitivitamin, kalsium, Vitamin C, Zat besi, B Complex untuk melengkapi keperluan ibu dan bayi.

Semua nutrisi ni penting untuk perkembangan bayi yang sihat.


2.    Pemeriksaan kesihatan secara berkala



Seawal usia kandungan 8 minggu, ibu dah boleh mulakan sesi pemeriksaan kesihatan di Klinik Ibu dan Anak.

Pentingnya untuk ibu-ibu melakukan pemeriksaan secara berkala bagi memantau kesihatan ibu dan perkembangan bayi adalah mengikut tahap yang sepatutnya.

Jika ada sebarang permasalahan dapat dikenalpasti lebih awal dan membuat persediaan yang sepatutnya.

Berdasarkan pengalaman Kakzaf, pemeriksaan kesihatan ibu hamil di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak kerajaan sangat teliti dan recommended.

Setiap kali datang checkup, kenaikan berat badan kita dipantau, HB, gula dalam darah, saiz baby, kadar denyutan jantung baby semua diperiksa dengan teliti.

Nurse pun baik. Siap datang rumah buat homevisit untuk cek tahap keselamatan rumah kita lepas baby lahir nanti.

Sangat detail kan? 

Jadi berbaloi sangat kakzaf rasa checkup di klinik kerajaan ni.


3. Penjagaan Emosi dan Mental




Seperti yang Kakzaf bagitahu awal-awal tadi, ketika hamil hormon wanita ni kacau bilau. Itu yang terlebih sensitif macam orang nak datang bulan. Bezanya kalini dia datang 9 bulan. Belum campur emosi lepas bersalin lagi.

Jadi, macam mana kita nak atasi masalah hormon tak stabil ni?

Banyakkan berzikir, mengaji dan solat malam untuk hati dan fikiran kita kekal tenang. 

Selain itu, kakzaf selalu dengar orang-orang tua kata, kalau ibu-ibu ni tenang je masa dia pregnant, nanti baby lahir pun tenang, cool je. Tak meragam. In shaa Allah..

Makanya, dari baby dalam perut lagi, ibu yang kena tenang-tenang dulu k..


4. Persediaan kelahiran



Bagi kakzaf yang tak reti nak spontan, surprise ni, perancangan sangatlah penting.

Ilmu, teknik dan skill untuk elak sakit terlampau waktu bersalin tu penting ye ibu-ibu.

Ye, kita tak nafikan bersalin tu memang sakit. Kalau masa sakit tu, rasa macam nak gila, nak mati pun ada sebab sakit sangat-sangat.


Tapi, kalau kita ada ilmu, sakit tu kita boleh hadapi dengan tenang.

Kalau kita takde ilmu, macam-macam komplikasi boleh berlaku.


Jadi 1 tips penting ketika bersalin ialah DEEP BREATHING.


Setiap kali contraction datang, tarikk nafas dalam-dalam, tahan selama yang boleh. Lepas tu baru lepas perlahan-lahan.

Masa ni bayangkan kita tengah bagi oksigen pada baby.

Bayangkan baby nak keluar meluncur dengan lancar.

Bayangkan pintu rahim kita terbuka macam bunga ros yang mekar.

Doa.doa dan terus berdoa. Mohon dipermudahkan dan dilancarkan urusan kita tu.


In Shaa Allah kesakitan yang kita alami tu sedikit sebanyak dapat kita hadapi dengan baik.



Begitulah serba sedikit perkongsian Kakzaf kalini tentang keperluan wanita mengandung.


Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal ibu di luar sana.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan