Sabtu, 15 April 2023

TIPS KURUS DENGAN CEPAT




"Lebih separuh po­pulasi dewasa Malaysia iaitu sa­tu daripada dua orang bersamaan 50.1 peratus adalah obesiti atau berlebihan berat badan berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS 2019) sekali gus menunjukkan peningkatan daripada 47.7 peratus (NHMS 2015)." (sumber : Utusan Malaysia)


"TINJAUAN Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 mendapati, 50.1 peratus golongan dewasa di Malaysia berlebihan berat badan atau obes.

Ia bermakna, seorang daripada dua dewasa di negara ini, dikategorikan sebagai mempunyai berat berlebihan atau obes." (sumber : Berita Harian)


Bila kita tengok statistik macam ni, mesti risau kan.

Walaupun kita berada di kelompok yang bukan obesiti tu, tapi potensi tu tinggi untuk jadi golongan yang lagi satu.


Sebab apa?


Kerana makanan di Malaysia ni sedap sangat. Kita rasa rugi bila tak dapat makan kan?


Jadi apa yang kita perlukan kalau kita nak kurus dengan cepat?


1. Mindset yang betul



Untuk mengamalkan pemakanan yang sihat secara berterusan, mindset yang betul sangat diperlukan. Kita tidak lagi boleh mengamalkan gaya hidup dan rutin pemakanan yang sama.

Penting untuk fokus kepada gaya hidup aktif dan pemakanan yang sihat untuk mendapat kesan yang berpanjangan.


2. Sekat pengambilan gula


Sebenarnya untuk turunkan berat badan yang berkesan adalah dengan menyekat pengambilan gula putih serta-merta.

Namun begitu, menyekat gula secara tiba-tiba dan drastik akan memberi kesan buruk kepada badan.

Sebagai contoh badan akan craving untuk dapatkan lebih banyakk gula.

Badan juga akan cepat letih dan lesu apabila kita menyekat gula secara tiba-tiba.

Jadi, cuba untuk perlahan-lahan kurangkan pengambilan gula dalam pemakanan harian untuk kesan yang berpanjangan.


3. Mengawal saiz hidangan

Seperti yang kita sedia maklum, disekeliling kita dipenuhi dengan makanan-makanan enak dan lazat. Sangat rugi jika kita tidak dapat menikmati makanan-makanan ini.

Tambahan pula, dengan menyekat selera kuta daripada menikmati makanan-makanan enak ini akan membuat kita stress dan berkemungkinan ada 'misi balas dendam' apabila kita 'cheat day'.

Situasi begini akan menyebabkan berat badan naik lebih banyak dari berat asal.


Jadi cara yang paling baik adalah dengan mengawal portion makanan seharian kita.


Suku-suku separuh adalah portion terbaik.

Suku karbohidrat , suku protein dan separuh serat.

Dengan mengamalkan suku-suku separuh, journey diet kita akan lebih santai dan menyeronokkan.

Kita juga dapat mengekalkan pemakanan sihat ini secara berterusan.


4. Pengambilan serat yang tinggi.

Ramai di kalangan kita sering mengabaikan pengambilan sayur dan buah-buahan dalam hidangan yang kita ambil. Fungsi utama serat adalah bagi melancarkan sistem penyahtinjaan dalam usus besar kita.

Serat merupakan komponen diet yang penting ketika proses menurunkan berat badan. Di samping itu, serat mengurangkan nafsu makan dan memberi rasa kenyang dengan melambatkan pergerakan makanan dalam sistem pencernaan kita.

Kajian menunjukkan, mereka yang kurang mengambil serat dalam diet seharian mempunyai kebarangkalian yang tinggi untuk naik berat badan berbanding mereka yang mengambil lebih serat dalam diet seharian.

Jadi, mulai hari ini cuba untuk lebihkan serat seperti sayur dan buah-buahan dalam diet seharian. Boleh juga dijadikan snek kudap-kudapan santai.


5. Mengamalkan gaya hidup aktif

Dalam usaha untuk membakar kalori ekstra dan menurunkan berat badan, kita juga perlu meningkatkan aktiviti seharian kuta. Sebenarnya, kita tidak hanya perlu aktif di dalam gimnasium sahaja tetapi juga di mana-mana tempat sekalipun anda berada. Sebagai contoh, kita mungkin boleh berjalan, berjoging atau berbasikal ke tempat kerja. 



Selain itu, rutin seharian seperti menaiki tangga, mencuci rumah atau sekadar beriadah di luar rumah juga boleh membantu anda membakar kalori dalam badan.

Kita juga boleh mula untuk beriadah bersama keluarga dan kawan-kawan di hujung minggu sebagai salah satu gaya hidup aktif. Antara aktiviti yang boleh dilakukan seperti hiking, berbasikal, jogging di taman dan sebagainya.

Selain mengeratkan silaturahim, aktiviti sebegini membina hubungan mesra seperti adik-beradik dan kawan-kawan hingga tidak terasa penat mendaki trek yang kadang kala mengambil masa berjam lamanya itu.

Beriadah bukan sahaja menjadikan badan kita sihat, tetapi minda kita akan lebih ceria dan bersemangat apabila dapat berjumpa dan bergembira bersama insan-insan tersayang.

Apabila kita sihat fizikal, mental kita dapat berfungsi dengan lebih baik. Selain itu, fizikal yang sihat tentunya akan menambah keyakinan diri untuk bersosial dan bertemu dengan orang sekeliling.



Sangat penting untuk kita seronok dalam setiap perkara yang kita lakukan bagi mengelakkan kita rasa terbeban dan stress dalam misi kurus dengan cepat.

Bak kata orang kampung Kakzaf, 

"Love what you do, Do what you love."


Kakzaf doakn tips ni membantu korang yang sedang berusaha untuk kuruskan badan.

Yang penting betulkan niat, kenapa nak kurus dan konsisten dalam misi kurus ni.



Till then, see you next post.


Thank you for reading ^_<



Tiada ulasan:

Catat Ulasan