Rabu, 9 Ogos 2023

KEKAL AKTIF DAN BERTENAGA DENGAN COQ-TROL PLUS SHAKLEE

 COQ-TROL PLUS SHAKLEE adalah Coenzyme Q10 yang merupakan komponen yang penting untuk penghasilan tenaga di dalam sel. Ia berada di dalam mitokondria, stesen janakuasa sel. 


CoQ10  bertindak sebagai palam pencucuh, yang menghidupkan enjin dengan memulakan penghasilan tenaga dalam setiap sel. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda berfungsi pada tahap optimum yang membolehkan anda melakukan apa yang anda suka setiap hari.

CoQ10 menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang kuat, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. 


Coenzyme Q10 tinggi dalam sel otak, jantung, dan hati. Ia menukarkan lemak dan gula kepada tenaga yang boleh digunakan sepanjang hari. Ia juga adalah antioksida yang berkesan, melindungi sel daripada dirosakkan oleh radikal bebas. Walaubagaimanapun, tahap Coenzyme Q10 menurun apabila usia kita meningkat dan penggunaan statin untuk menurunkan kolesterol menyebabkan tahap Coenzyme Q10 semakin rendah di dalam tubuh.


COQ-Trol Plus - Penjana Tenaga Terbaik 

1. Meningkatkan kekuatan otot 

Kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 dapat membantu meningkatkan kekuatan otot dan jisim otot fast-twitch (type-II)1 (otot yang menjana kuasa dan kekuatan). Ia juga bertindak sebagai antioksida untuk mengurangkan kerosakan oksidatif kepada sel-sel otot. 

CoQ10 amat penting bagi jutaan sel tubuh, menghasilkan tenaganya sendiri untuk kekal berfungsi. Untuk menghasilkan tenaga ini, sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan. Nutrien ini kemudiannya terurai dan ditukarkan kepada tenaga, dan proses tersebut memerlukan kehadiran CoQ10 sebagai pencetus tenaga.

Proses penghasilan tenaga ini diulang beribu kali pada setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan seterusnya membolehkan organ-organ tubuh lain berfungsi bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan. Tanpa CoQ10, sel-sel lain tidak dapat menghasilkan tenaga dan organ tubuh lain tidak dapat berfungsi dengan baik bagi menyokong kehidupan.

2. Mempercepatkan proses pemulihan luka 

CoQ10 menyokong penghasilan semula tisu yang rosak dengan meningkatkan penghasilan sel, pembaikan tisu dan proses penyerapan oksigen ke dalam tisu, mempercepat penyembuhan luka.3 CoQ10 juga berperanan sebagai anti-radang dalam pemulihan luka.

3. Menyokong gaya hidup aktif anda 

Pelbagai kajian telah menunjukkan bahawa CoQ10 memberi manfaat kepada orang dewasa, dari atlet yang kerap melakukan latihan sehingga kepada orang biasa yang cuba mengekalkan jantung yang sihat dan kekal cergas. Hasil kajian menunjukkan bahawa CoQ10 membantu orang ramai untuk kekal aktif secara fizikal dan meningkatkan prestasi dengan menggalakkan penghasilan tenaga selular. Kini jantung anda dapat mengepam darah ke seluruh badan dengan lebih cekap, anda boleh berjalan lebih cepat dan berlari lebih jauh, dan anda dapat memberi lebih tumpuan.

4. Memastikan anda bertenaga sepanjang hari 

CoQ10 adalah asas dalam penjanaan tenaga badan. Ia berfungsi sepanjang masa untuk memulakan dan menghasilkan tenaga. Apabila sel-sel menghasilkan lebih banyak tenaga, badan anda mempunyai tahap tenaga yang tinggi, stamina anda meningkat, meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan anda , menjadikan anda berasa lebih bertenaga sehingga anda boleh melakukan pelbagai perkara dalam sehari.


COQ-Trol Plus Nutrien Jantung Sihat

Setiap hari, jantung bekerja keras untuk memastikan setiap sel dalam tubuh anda menerima nutrien penting untuk fungsi yang optimum. 

1. Memberi Tenaga dan Menguatkan Otot Jantung 

Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa CoQ10 menyokong kesihatan jantung dengan meningkatkan penghasilan tenaga, memulihkan denyutan otot jantung 1,2 dan sekaligus, meningkatkan kekuatannya dalam jangka panjang.

2. Meningkatkan Peredaran Darah 

Bertindak sebagai antioksida yang kuat, CoQ10 membantu melindungi saluran darah dari kerosakan akibat molekul kolesterol yang teroksida. Ia juga membantu mengurangkan pembentukan plak pada arteri3,4 meningkatkan peredaran darah membolehkan darah mengalir dengan lancar melalui saluran darah yang sihat.


3. Mengoptimumkan Denyutan Jantung Paras 

CoQ10 yang rendah dikaitkan dengan ketidakupayaan jantung untuk mengepam darah yang mencukupi ke seluruh badan, yang membawa kepada kegagalan jantung. Pengambilan suplemen CoQ10 menunjukkan peningkatan dalam jumlah darah yang dipam oleh jantung.5,6 Kesannya, ia memberikan tenaga yang mencukupi untuk jantung, mengoptimumkan kemampuan mengepam dan meningkatkan kesihatan keseluruhan jantung.


TAHUKAH ANDA?

Statins Mengurangkan Tahap CoQ10 Anda! Statin, ubat yang digunakan untuk menurunkan tahap kolesterol, mengurangkan penghasilan semulajadi CoQ10 dalam badan sebanyak 40%! Ambil suplemen CoQ10 sekarang untuk jantung yang kuat dan sihat!


TESTIMONI CO Q-TROL PLUS SHAKLEE





 

Berminat nak cuba COQ-Trol Plus Shaklee?

Hubungi Kakzaf segera untuk maklumat lanjut.




 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan