Isnin, 17 Julai 2023

TIPS BISNES ONLINE




Dalam era digital kini, ramai yang mengambil peluang untuk memulakan bisnes secara online. 
Dari segi kos dan risko, bisnes online memerlukan kos yang minimal kerana tidak perlu kedai fizikal dan berisiko rendah kerana tidak perlu pegang stok yang banyak. Hanya perlu order mengikut permintaan pelanggan.

Hari ini, bisnes online juga lebih mudah dan berpotensi memberi keuntungan yang lumayan. Rugilah jika kita tidak menumpang arus perubahan ini  kerana hanya bermodalkan smartphone dan internet anda sudah boleh memulakan mana-mana bisnes secara online. 



Jika anda sedang ingin memulakan bisnes online, meh kakzaf nak konsikan 5 tips penting untuk mulakan bisnes online.

1. Personal Branding

Personal Branding adalah satu aktiviti pemasaran bertujuan untuk memperkenal dan membina jenama seseorang.

Bagi orang bisnes, personal branding sangat penting kerana :

  • Memberi kepercayaan terhadap bisnes
  • Membantu meningkatkan jualan dalam jangka masa panjang
  • Menarik minat orang yang ingin berbisnes dengan anda
  • Menarik minat orang untuk bekerja dengan anda
  • Membantu mengekalkan kesetiaan pelanggan terhadap bisnes

Jadi penting untuk kita bina identiti diri bagi membina kepercayaan pelanggan dengan kita dan seterusnya mendapatkan jualan.




2.    Kenal pasti sasaran

Sebelum memulakan bisnes, kaji dahulu sasaran pelanggan ataupun customer avatar bagi produk yang dipilih.
Contoh jika kita memilih bisnes suplemen, target kita mestilah golongan yang ingin meningkatkan kesihatan.
berapakah kelompok umurnya, jantina dan lain-lain lagi.

Dengan adanya kumpulan sasaran yang jelas, memudahkan kita memberi nilai yang golongan tersebut perlukan serta memudahkan kita menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.




3.    Simpan database

Dalam bisnes online, database sangat penting. Database penting untuk kita mendapatkan repeated customer.
Menjaga pelanggan sedia ada adalah lebih mudah berbanding mendapatkan pelanggan baru.

Database juga penting untuk kita mengekalkan hubungan dengan pelanggan dari segi mendapatkan maklumbalas produk dan testimoni.

4. Medium

Bagi bisnes online adalah sangat penting untuk kita mengoptimumkan medium pemasaran kita.

Medium seperti Facebook, Instagram, Tiktok, blog, dan lain-lain lagi haruslah digunakan secara optimum dalam mengembangkan bisnes kita.

Kita juga haruslah sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan agar content dan teknik kita seiring dengan trend semasa.


5. Konsisten


Dalam bisnes online, konsisten adalah perkara paling utama. 
Konsisten dalam mempromosikan produk.
konsisten dalam membina branding.
Konsisten dalam memberi nilai kepad pelanggan.

Sebagai peniaga online, kita mestilah konsisten mengemaskini kedai online kita, facebook, instagram dan lain-lain mestilah sentiasa dikemaskini.
Jiha tiada produk ataupun promo terbaru, update sajaha tentang tips. Ini dapat memberi nilai baru kepada pengunjung.


Kehidupan bukanlah berkisar tentang kekalahan anda, tetapi berkisar tentang apa usaha anda untuk bangun semula


Ada bahagian yang tidak jelas?

Tinggalkan komen anda, nanti Kakzaf jawab.


Kakzaf sendiri sudah 10 tahun membuat bisnes online.

Jika ada yang berminat nak bersama-sama team kakzaf, ayuh kita bersama-sama.


Zaffeera Zahidan

0125606409 






Tiada ulasan:

Catat Ulasan