Jumaat, 2 Jun 2023

5 TIPS BINA RESILIENCE DALAM DIRI

 


Apa Itu Resilience?

Resilience ialah daya ketahan mental untuk menghadapi segala cabaran dalam hidup.

Seseorang yang mempunyai Resilience yang tinggi bukanlah seseorang yang tidak pernah diuji, tidak pernah menghadapi dugaan dan cabaran atau tidak punya perasaan.

Tetapi, kerana tingginya Resilience dalam diri yang menjadikan seseorang itu tenang dan menang dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan.

Seseorang yang tinggi Resilince akan dapat menyesuaikan diri ketika berhadapan dengan kesukaran dan tekanan tanpa menjejaskan fungsi diri dengan ketara.


Bagaimana untuk Membina Resilience yang Tingi Dalam Diri?


1.  Sentiasa Bersangka Baik dengan Aturan Allah.

Ketika dugaan melanda kita sering hanyut melayan perasaan sehingga wujud overthinking. Perkara-perkara negatif dalam fikiran kita adalah sangkaan buruk kita terhadap aturan Allah.

Dan Allah sentiasa bersama sangkaan hambaNya.

Maka kita kawal perkara-perkara yang kita mampu kawal. Jaga pemikiran kita jangan sampai overthinking agar Allah hadirkan perkara-perkara baik sepadan dengan sangkaan kita.


2.    Sentiasa Cari Peluang untuk Memperbaiki Diri

Apabila dilanda dugaan dan kesukaran kita kan mudah rasa kecewa, rasa rendah diri, rasa lemah. Sedangkan sebenarnya itu peluang untuk kita memperbaiki diri kita untuk jadi lebih baik.

Tiada siapa yang akan menegur kekurangan dan kelemahan kita melainkan orang yang betul-betul ikhlas dengan kita. 

Jadi, di saat dugaan melanda itu adalah peluang untuk kita sedar kelemahan diri kita dan peluang untuk jadi lebih baik hari esok.

Melayan perasaan tidak akan membawa sebarang perubahan.


إِنَّ اللهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ  

Innallaaha laa yughayyiru maa biqaumin hattaa yughayyiruu maa bi anfusihim. 

Artinya: "Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri."


Untuk hidup dalam nikmat ataupun seksaan adalah pilihan kita sendiri. Allah telah aturkan yang sebaiknya buat kita.


3.    ''Reframe' The Situation.



Setiap kali dilanda musibah dan tekanan dalam hidup, cuba tukar cara pandang situasi tersebut.

Cuba untuk bayangkan perkara sebaliknya yang terjadi dan kemungkinan yang akan kita hadapi dengan situasi baru itu.

Pastinya kita akan bersyukur dengan keadaan kita sekarang.

Contohnya dalam situasi di rumah. Kita sering kepenatan kerana perlu menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Setelah seharian bekerja, pulang ke rumah dengan sisa-sisa tenaga yang ada perlu melayan kerenah anak-anak pula.

Sesungguhnya bila kita memandang hal tersebut sebagai perkara yang memenatkan dan membebankan, memang itulah yang kita dapat.

Tapi jika kita lihat ianya sebagai ruang dan peluang kita nak bermesra dengan anak-anak kita, ruang untuk 'bonding' dengan anak-anak, pastinya itu adalah perkara yang paling membahagiakan kita setiap kali pulang ke rumah.


4.    Bina hubungan baik dengan orang sekeliling.

Menjaga hubungan baik sesama manusia adalah salah satu perkara yang dituntut dalam Islam. 

Antara kasih sayang Allah kepada hambaNya adalah perintah untuk selalu berbuat kebaikan dan kebaikan itu akan kembali kepadanya. 

Jika seseorang yang suka mempermudahkan urusan orang lain, maka pada suatu waktu dia menghadapi kesulitan pasti akan ada yang hadir membantunya. Insya Allah.

Allah berfirman "Tidak akan ada balasan kebaikan kecuali kebaikan pula." 

(Ar-Rahman :60)

Dengan itu, menjaga hubungan baik sesama manusia akan menjadikan kita insan yang tenang. Tenang dalam menghadapi setiap cabaran dan dugaan. dan Orang yang tenang akan sellau menang.


5. Mengamalkan Doa Nabi Yunus


Zikir ini dibaca oleh Nabi Yunus ketika beliau dihukum oleh Allah kerana meninggalkan umatnya. Nabi Yunus ditelan ikan Nun selama 40 hari. 40 hari di dalam gelap. Gelapnya di dalam perut ikan nun, gelapnya di dasar lautan dan gelapnya pada waktu malam.

Dan sepanjang tempoh itu, Nabi Yunus hanya mengamalkan zikir ini. 

Disebabkan zikir ini juga, Allah S.W.T. telah menyelamatkannya, yang akhirnya membolehkannya keluar dari perut ikan yang menelannya itu.

Sebagai hamba yang sedang kecewa dan lelah dengan masalah dunia, doa ini amt sesuai diamalkan untuk terus kuat melalui ujian Allah.


Dalam zaman yang tidak menentu ini resilience sangat penting. Ianya bukanlah sesuatu yang luar biasa yang cuma ada dalam diri insan-insan tertentu malah ianya adalah perkara biasa yang ada dalam diri setiap orang dalam menghadapi ujian. Cuma perlu digilap agar lebih kuat dan kukuh untuk menjadi insan hebat dunia dan akhirat.


Sekian. daaaaa!




 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan