Godek-godek blog hari ni.
Pergh!! Berhabuknya!
Fuhh! Fuhh! Tiup sikit habuk ni.
Mari bersihkan sawang. Nak raya dah ni Zaff oii.
Nak mula dari mana ye?
KakZaf dah lama tak asah pensel ni.
Skill menulis pun dah tumpul.
Ke Mana Menghilang Sekian Lama?
KakZaf sejak jadi mak anak tiga ni, busy bukan main.
Opis ke kat rumah ke memang busy.
kat opis kena bahagi masa buat kerja dan pam susu.(Bekalan dunia akhirat untuk Dak Zayyan dan Kakzaf jugak)
Kat umah bersilat weh melayan tiga anak ni. Tak dapat bayangkan macam mana la mak anak 6,7,8 orang. KakZaf ni baru tiga je, kalau tak makan B Complex, boleh puting beliung kat rumah tu. Teheee.
Hari Ni Kakzaf Tak Busy Ke?
hehe..busy...
Jap lagi ada kerja kat luar.
Tapi mood nak menulis meluah perasaan tu menderu-deru.
Itu yang menjenguk blog yang dah lama sepi ni.
**Incik Blog jangan le merajukk
KakZaf Nak Cerita Pasal Apa Hari ni?
Perkembangan ke pengembangan ek?
Heheh.
KakZaf tengah on diet.
KakZaf minum Cinch Shaklee.
Memang nampak hasil dia. Walaupun bersenam asal sempat aje, makan jaga jangan makan banyak aje.
Tapi hasil dia nampak la.
Slowly but surely. (ayat siapa la ni..KakZaf pinjam naa)
Nanti KakZaf cerita detail pasal Cinch ni ye. Next post. Doakan masa tak mencemburui kita.
KakZaf baru lepas sambut birthday hari Jumaat lepas.
Yeayyy!! Happy Birthday To Me!!
One of the best moment in my life.
Sebabnya tahun ni KakZaf dapat 3 kek birthday.
Banyak kan? Biasa KakZaf nak dapat 1 kek pun susah.
1 daripada Ladyboss
1 daripada Puan Incaj
1 daripada Suami Terchenta.
Sweet weh deme. Siap ada party bagai..
KakZaf memang la suka. Tahun ni last merasa angka 2.
Lepas ni dah masuk 3 series. Ouch!!
Takpa janji jiwa muda, semangat membara. Hehehh
Dann tak lupa juga ada sorang insan yang sweet sawit buat surprise delivery untuk KakZaf.
Kecoh opis bila mak anak tiga ni dapat surprise delivery cam anak dara ada secret admire. hahah.
Nak buat macam mana. Insan kesayangan. Keh3.
Poyo nau KakZaf. Ada yang muntah hijau baca ni kangg.
Terima kasih atas semua kasih sayang. KakZaf hargai sangat-sangat. Tak terbalas di dunia, apatah lagi di akhirat.
Doa Kakzaf semoga kalian dilimpahi rezeki dan kasih sayang yang melimpah ruah.
Dan semoga impian kalian Allah kabulkan cepat-cepat asbab kalian gembirakan orang lain ni. Amiin.
Dan harapan KakZaf untuk diri sendiri,
Semoga Kakzaf dapat fokus untuk kukuhkan bisnes, fokus jaga suami dan anak-anak agar semuanya semakin berjaya.
KakZaf nakkk sangat handle sendiri anak-anak dan rumah tangga.
KakZaf harap dapat kerja dari rumah je.
Buat kerja menyambil tapi income berkepuk. Boleh! I can do it!!
Doakan Kakzaf ye. ☺☺
Korang yang baca blog ni, mehla beli Vitamin kat KakZaf. Cepat sikit impian KakZaf termakbul. hehe
Ok, setel menikmati terapi bagaikan di spa.
Salam sayang buat kalian. ☺☺
Tiada ulasan:
Catat Ulasan